Friday, July 21, 2017

Spontaneous Saturday: Soalan Yang Tak Pernah Ditanya


"How to be you ? 
Whats your secret ?
You inspired me a lot "

*

Ada masa-masa tertentu, Z akan bergaduh dgn A  tentang perihal-perihal hidup yang selalu Z ambil mudah. Bila dah bergaduh tu, mulalah Z rasa A ni seorang yang poyo dan tak faham akan masalah yang dia hadapi.

Bagi Z, bila A ni membebel kat dia pasal hal-hal hidup, contohnya pasal duit..

Z mesti rasa yang A ni cakap, tanpa fikir situasi Z
Z mesti rasa yang A ni cakap, tanpa faham diri Z tu macamana

Tapi bila dah susah nanti, Z cari juga A. Sebaikla A ni still nak tolong dia.

Z memang rapat dgn A. Boleh dikatakan minat dorang sama lagi-lagi bab muzik.

Tapi, serapat-rapat Z dengan A. Z tak pernah cerita masalah peribadi mcm masalah family, relationship or kawan-kawan dekat A. Z selalu prefer orang lain kalau dia nak bercerita bab-bab ni.

Tapi A, tak tahulah macamana.

Isnin sampai Jumaat bz kerja
kadang balik kerja malam
Nanti dah sampai rumah, kadang-kadang dia sambung lagi kerja dia tu
Nanti hujung minggu, sama ada dia siapkan kerja office dia,
takpun pergi join seminar, takpun main game, baiki motor atau pergi servis kereta.

Nak kata hangout dengan kawan?
sebulan tu mungkin sekali dua atau tak langsung.

Z selalu terfikir kan... dalam kesibukan A, dia ni tak pernah ada masalah ke?
Dia tak pernah pula cerita dengan Z
Cerita dengan parents dia? A takdelah rapat sangat dengan parents dia.. biasa-biasa je.

Z tahu, A ada je problem personal dia.

Tapi perangai si A ni, dia memang suka simpan sorang-sorang.

dan bagi Z, A ni memang seorang yang misteri dan diam- diam ubi berisi.

Buatkan Z rasa kagum bila tengok A..

Semua orang yang di sekeliling A, memang takkan dapat teka, dia ni ada masalah ke tak, kalau tengok life si A ni.

Diwaktu kawan-kawan  Z banyak yang dah menamatkan zaman bujang, begitu juga lah dengan A. Kawan-kawan A lagi ramai yang dah kahwin kalau nk dibandingkan dengan kawan -kawan si Z..

Tapi dia nampak tenang je..
still cool takda girlfriend
atau sibuk nak fikir yang dia ni tak laku ke ?
takda siapa minat kat dia ke ?

Kalau ada orang tanya dekat A pasal bila dia nak kahwin ?
A akan slumber menjawab yang mak dia tak kasi dia kahwin.
Haahahahahaha... Tu alasan yang paling tak masuk akal pernah Z dengar.

Duit banyak, tapi lifestyle biasa-biasa je
tak berapa nk into trend macam nak gi travel ke, foodhunting ke, beli baju-baju branded..

Ok.. pergi travel tu adela.. tapi tu pun kalau outstation kerja..
kalau dengan kawan-kawan tu.. sekali setahun atau pun memang tak da langsung..

Yelah, bagi Z, kalau Z ada duit mcm si A ni.. memang comfirm nk pergi travel dengan kawan-kawan.. beli itu ini..

Tapi itulah yang membezakan Z dengan A.. tahap power si A ni nak tahan desire dia untuk having fun dengan life, memang buatkan si A jadi idola si Z.

Z tahu one day dia akan jadi tak rapat dengan si A.
Waktu tu maybe Z dah tak ada kawan nak cuba benda baru, nak kenalkan dia dengan benda-benda yang dia tak pernah nak ambil tahu .

Bagi Z, A ni adalah orang yang rare pernah dia jumpa...
Kalau nak cari orang macam A ni, memang susahlah Z nak jumpa.

Ini membuatkan Z rasa sedih if one day, dia terpaksa kena berjauhan dengan A.


" When I felt so miserable with my life,
I wonder, how you survive "