Saturday, December 23, 2017

Spontaneous Saturday : Favourite quote from Kisah 25 Filsuf Barat



Heyyaw.. Assalamualaikum !

Tahun ni, aku langsung tak treat diri aku dengan beli buku. Fyi, I love to read and shopping books. Kalau pening sangat birthday aku nak beli hadiah apa.. Beli je buku. Confirm aku sayang kau selama-lamanya.

Tapi janganlah gi bantai pergi beli buku latihan buat nota tu 




Tapi haritu, kebetulan aku ada duit lebih sikit. So aku decide untuk beli buku Kisah 25 Filsuf Barat karangan Mat Luthfi. Basically aku beli buku ni sebab content dia yang different plus menarik.

Kita tak selalu ada peluang nak baca karya-karya ahli falsafah barat. Well kalau ada peluang pun, aku rasa, maybe aku takkan faham apa yang cuba disampaikan sebab aku rasa bahassa orang-orang falsafah ni sangatlah complicated macam diri aku.

So idea matluthfi untuk karang buku ni bagi aku tersangatlah bernas sebab at least dapat juga tahu falsafah-falsafah barat dengan bahasa yang lebih mudah.

and harini, aku nak share sikit several quotes yang menarik dari buku ni. Plus, boleh relate dengan kehidupan seharian dan jadi iktibar untuk kita semua~

1- Kata-Kata Plato tentang pasangan yang baik

" Cinta sebenar ialah kekaguman"

Ia bermaksud orang yang kita pilih untuk bercinta alah orang yang mempunyai kualiti yang kita tidak ada. Dengan mendekati mereka, kita sedikit sebanyak akan mengambil manfaat daripada kualiti mereka. Tetapi kita perlulah membiarkan mereka memanifestasikan kualiti mereka itu. Kalau kau halang kebebasan dia, macam mana dia nak keluarkan bakat dia.

Orang yang sesuai dengan kita ialah orang yang dapat membantu membangunkan potensi kita kepada tahap yang lebih baik. Dalam perhubungan yang baik:

"..pasangan tidak sepatutnya mencintai satu sama lain seperti mana mereka sedang mencintai satu sama lain sekarang"

Mencari psangan yang menerima kita seadanya memang penting, tapi kita sepatutnya komited untuk terus mendidik dengan menggalakkan satu sama lain untuk menjadi diri mereka sendiri, pada tahap yang lebih baik.

2- Aristotle dan perkara yang membuatkan manusia bahagia

Orang yang baik dan berjaya mempunyai sifat-sifat yang mulia. Manusia perlu mengetahui sifat-sifat mulia ini supaya mereka dapat membangunkannya dalam diri mereka dan menghargainya dalam diri orang lain. Ada sebelas sifat terpuji kesemuanya iaitu :

Keberanian, kesederhanaan, kebebasan, keindahan, kemurahan hati, harga diri, kesabaran, kejujuran, kepandaian berjenaka, kemesraan dan kerendahan diri.

Kita tidak boleh mengubah sifat kita dengan mudah walaupun setelah mengetahui kesemua sifat mulia ini. Perubahan sudah tentunya susah, tetapi ia tidaklah mustahil. Kebaikan moral kata Aristotle, adalah kesan daripada tabiat. Ia memerlukan masa, latihan dan dorongan.

Orang yang kekurangan sifat-sifat mulia adalah sebenarnya orang-orang yang bernasib malang dan bukannya orang-orang jahat. mereka patut dikasihani. Mereka tidak perlu dimarahi atau diperli, tetapi mereka perlukan tunjuk ajar dan guru yang bagus dan penyabar.

3- Aristotle dan pandangan tentang kegunaan kawan-kawan

Kawan sebenar tidak semestinya berperangai seperti kau tetapi kawan yang berkongsi sifat-sifat mulia dan menghapuskan kelemahan masing-masing.

Kawan sebenar ialah kawan yang saling melengkapi kelemahan satu sama lain. Kau kisah sangat tentang dia seperti mana kau kisahkan diri kau. Kesedihan dan kegembiraan mereka adalah kesedihan dan kegembiraan kau,

Mereka membuatkan hidup kau lebih terdedah kepada risiko kecelakaan emosi, teapi mereka juga boleh memberikan kekuatan dan motivasi yang orang lain tidak boleh berikan.

Kau akan keluar daripada orbit pemikiran dan hidup kau akan mengembang masuk dalam lingkungan hidup mereka.

4. Epikurus (Epi-kiu-ri-yes) dan hubungan romantik

Kesalahan pertama apabila manusia menganggap kegembiraan itu semestinya perlu datang daripada hubungan romantik dan intim. Epikurus kata kegembiraan tidak akan datang dengan hubungan sebegini. Kalau ada pun ianya hanyalah bersifat sementara dan kepura-puraan.

Persahabatan jauh lebih bagus daripada hubungan romantik. Dalam persahabatan, manusia tidak akan cuba memiliki. Orang lebih ikhlas, lebih sopan, dan tidak pentingkan diri dalam persahabatan. Persahabatan adalah hubungan manusia yang paling manis sekali.

Justeru, manusia sebenarnya perlu berjumpa dengan sahabat lebih kerap daripada berjumpa dengan psangan hidup kerana ia membawa lebih banyak kebahagiaan.

5- Epikurus dan cara-cara menjadi gembira.

Terdapat 3 cara yang diamalkan sendiri oleh Epikurus untuk memperoleh hidup yang bahagia :

Pertama, dia memperbanyakkan pergaulan bersama kawan-kawannya

Keduanya, Epikurus dan kawan-kawannya bekerja sendiri. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja dengan orang lain. Apabila mereka mengetahui makna dan sumbangan pekerjaan mereka, mereka menjadi  lebih gembira dan lebih sedar akan kewujudan hidup.

Ketiga, mereka berhenti berharap kepada dunia luar . Epikurus percaya bahawa kegembiraan datang daripada ketenangan dalaman dan bukannya daripada perkara-perkara luaran. Kalau manusia dapat mengawal apa yang di dalam, mereka akan dapat mengawal kegebiraan mereka.

Epikurus dan kawan-kawannya selalu berbincang, bermuhasabah, berfikir, bermonolog, mebaca dan menulis apa yang mereka fikir; dan itu sudah cukup  untuk membuatkan mereka gembira.

6- Stoic dan keresahan

Apabila kau rasa resah dan gelisah, orang-orang yang kisah dan sayangkan kau akan berkata,

" Rilekslah kawan. Semuanya akan menjadi okay. Tak payah risau lebih-lebih"

Stoic tidak sukakan ayat-ayat yang memberikan harapan palsu sebegini. Harapan adlah candu kepada emosi, kata mereka. Harapan ini harus dipijak henyak dan dinyahkan daripada hati manusia. dengan itu barulah manusia dapat mencapai kebahagiaan abadi. Ini adalah kerana lagi tinggi harapan, lagi tinggilah kau akan jatuh, dan lagi sakitlah kau akan terhempas.

Stoic kata, apa yang sepatutnya kita perlu lakukan apabila berada dalam kecelakaan adalah mengatakan kepada diri,

" Okay..aku memang sedang berada dalam situasi yang lahanat. Aku sudah tentu aku akan terseksa, aku akan menangis, aku akan kena marah,  aku akan dimalukan, orang akan memandang hina kepada aku TETAPI rileks... benda ni akan berlalu. Bila dah selesai semuanya, aku akan  kembali stabil seperti sediakala "

Aurelius mengatakan bahawa kita sebenarnya lebih perkasa, lebih tahan lasak dan lebih cekal daripada apa yang kita sangkakan.

" Untuk mengurangkan kerisauan kau, kau perlu menganggap bahawa apa yang kau takut mungkin terjadi akan semestinya terjadi."

7- Stoic dan kemarahan

Kemarahan berpunca daripada kebodohan diri dan kepalsuan maklumat yang dia dapat tentang dunia ini.

Kemarahan terjadi apabila sesuatu harapan yang menggunung telah terhempas ke atas tanah realiti, tidak kiralah menggunungnya harapan itu adalah kerana diangkat oleh harapan palsu atau memang dibina atas harapan yang benar yang tinggi. Walau bagaimanapun, kemarahan bukanlah satu-satunya kesan hempasan tersebut. kesan lain mungin termasuk kekecewaan, tangisan atau gabungan antara ketiga-tiga kesan ini.

Kau tak marah kepada semua benda lahanat yang terjadi kepada diri kau. Kau hanya marah apabila terjadinya sesuatu benda lahanat, dan kau tak sangka benda lahanat itu akan terjadi.

Orang yang bijak kata Stoicialah orang yang sudah menjangkakan banyak benda lahanat yang boleh terjadi dalam kehidupannya. Dengan mempunyai jangkaan yang sedemikian, tidak banyak benda yang boleh mengacau dan merosakkan emosi dan pemikirannya.

8- Stoic dan kehilangan perspektif

Kehilangan perspektif berlaku apabila kita terlalu memfokuskan hidup ini hanya kepada perihal diri kita sahaja. Kesannya benda-benda kecil pun akan nampak besar kepada kita.

Stoic kata jangan nak perasan sangat. Dunia ini bukan berlegar dan berkisar tentang kau pun. Kalau kau mati, bumi masih berputar, orang yang kau sayang akan meneruskan hidup mereka, kekasih kau akan mencari penggantinya dan pokok akan terus berbuah.

Stoic mencadangkan supaya kita merenung langit dan menyedari betapa kecilnya kita ini. Kau rasa kau penting sangatkah sebagai  satu habuk kecil dalam dunia ini yang mengandungi entah berapa banyak bintang, planet, bulan, lohong hitam, meteor, taik bintang....

Dengan menyedari akan sedemikian hal, manusia akan sedar betapa tidak relevannya perasaan mereka dan seterusnya mendapatkan semula perspektif yang betul tentang kehidupan.

9- Montaigne dan tanggapan terhadap normaliti

"Jika (sesuatu pasangan) belum bersedia, mereka tidak patut mencuba untuk tergesa-gesa. Daripada jatuh ke dalam kecelakaan yang berterusan dengan disambar dengan kesedihan pada penolakan pertama, adalah lebih baik... untuk tunggu kepada satu detik berpeluang.... seorang lelaki yang menderita ditolak patut membuat ujian-ujian dan kemesraan -kemesraan yang lembut dengan lawak-lawak kecil yang pelbagai....."

Dalam erti kata yang lain, usahlah bersungguh sangat kalau orang dah tak ingin. Bukanlah sesuatu yang tidak normal pun jika tiada pasangan.

10- La Rochefoucauld (La Khof-fu-co) dan tanggapan terhadap pujian dan cinta.

"Orang yang enggan menerima pujian untuk pertama kali, berbuat demikian untuk mendengarnya buat kali kedua"

" Ada orang yang tidak akan pernah jatuh cinta, jika mereka tidak pernah mendengar tentang perkara tersebut"

" Sebab mengapa pencinta tidak pernah penat dan bosan dengan kehadiran pasangannya ialah kerana mereka tidak pernah bercakap tentang benda lain melainkan diri mereka sendiri"

11- Pascal , ketidakgembiraan dan cabaran

"Kesemua ketidakgembiraan manusia datang daripada ketidakbolehannya untuk duduk dengan tenang secara bersendirian di dalam bilik"

" Kita bergelut dengan cabaran, tetapi setelah ia di atasi, rehat terbukti tidak boleh ditoleransikan kerana kebosanan yang ia hasilkan"

12- Hegel dan masa lepas

Apabila kita bernostalgia tentang masa lepas, kita sebenarnya sedang mengenalpasti nilai-nilai pada masa lepas yang tidak ada pada masa sekarang. Kita tentulah tidak boleh pulang kepada masa lepas tetapi kita tidak boleh mengambil nilai-nilai pada masa silam untuk dibawa kepada masa sekarang dengan mempelajari sejarah, supaya dapat menjadikan masa hadapan lebih baik.

13- Schopenhauer dan persepsi terhadap kegembiraan

" Hanya ada satu sahaj kesalahan semula jadi dan ianya adalah tanggapan bahawa kita hidup adalah untuk menjadi gembira. Selagi mana kita kekal dengan kesalahan semula jadi ini....dunia akan nampak kepada kita penuh dengan percanggahan . Kerana untuk setiap langkah, dalam perkara-perkara yang besar dan kecil, kita akan terikat dengan pengalaman bahawa dunia dan kehidupan semestinya tidak diatur untuk tujuan menjadi puas. Itulah (sebab) mengapa muka-muka hampir kesemua orang-orang tua terukir dengan begitu dalamnya dengan kekecewaan itu "

14- Kierkegaard tentang keresahan dan kegelisahan

" Hidup ini harus difahami secara kebelakang, tetapi harus diteruskan secara kehadapan"

" Penyelesaian pertama yang sesuai dengan semua orang sama ada bertuhan atau tidak, adalah dengan ketawa. Kierkegaaard kata ketawa ialah cara orang bijak menanggani kegilaan dan kebodohan dunia"

15- Sartre dan Kepercayaan Mengarut (Bad Faith)

Bad faith berlaku apabila manusia percaya bahawa mereka ditakdirkan untuk buat perkara yang mereka sedang buat dan mereka tidak ada kebebasan untuk memilih untuk melakukan perkara yang lain. Bad Faith merupakan satu pembohongan yang kita bisikkan kepada diri kita untuk mengelak daripada kesakitan berhadapan dengan realiti bahawa kita bebas dan perlu berfikir dan memilih.

Sartre memerhatikan bad faith boleh menjadi salah satu penyebab kerosakan hubungan romantik. Dia mengatakan bahawa ada sesetengah pasangan yang mahu meneruskan hubungan dan perkahwinan mereka walaupun mereka tahu mereka tidak sepadan. Mereka memaksa diri mereka untuk percaya bahawa mereka boleh hidup gembira bersama.

Dalam contoh Sartre, seorang wanita mahu dicintai kerana akalnya, tetapi dia sendiri tidak mahu untuk memberikan perhatian kepada keraguan yang tersembunyi dalam dirinya bahawa pasangannya sebenarnya lebih berminat dengan badan dan paras rupanya.

Bagi lelaki pula, dia terus mengatakan kepada dirinya bahawa pasangannya itu sukakan dirinya secara seksual, walaupun dia tahu perempuan itu tidak sukakannya kerana faktor seksual. Mereka berdua berbohong kepada satu sama lain. Oleh kerana itu mereka akhirnya walaupun berjaya untuk bersama, tetapi mereka gagal untuk menjadi gembira bersama. Kepercayaan mengarut akan membuatkan mereka menyalahkan satu sama lain dengan mengungkit kelemahan pasangan mereka padahal masalah sebenarnya adalah terletak pada tindakan dan pilihan mereka sendiri...


Ok...itulah antara quote2 favourite aku dalam buku Kisah 25 Filsuf Barat ni. Basically aku suka quote2 ni sebab ada related dengan life aku personally.

So kalau korang nak tahu lebih lagi content buku ni, korang bolehlah beli buku ni kat MPH, Kinokuniya, n etc... E-book pun ada kalau malas sangat nak beli physical copy..

Thats all for today, havva nice day people ! Tschusss !

Friday, July 21, 2017

Spontaneous Saturday: Soalan Yang Tak Pernah Ditanya


"How to be you ? 
Whats your secret ?
You inspired me a lot "

*

Ada masa-masa tertentu, Z akan bergaduh dgn A  tentang perihal-perihal hidup yang selalu Z ambil mudah. Bila dah bergaduh tu, mulalah Z rasa A ni seorang yang poyo dan tak faham akan masalah yang dia hadapi.

Bagi Z, bila A ni membebel kat dia pasal hal-hal hidup, contohnya pasal duit..

Z mesti rasa yang A ni cakap, tanpa fikir situasi Z
Z mesti rasa yang A ni cakap, tanpa faham diri Z tu macamana

Tapi bila dah susah nanti, Z cari juga A. Sebaikla A ni still nak tolong dia.

Z memang rapat dgn A. Boleh dikatakan minat dorang sama lagi-lagi bab muzik.

Tapi, serapat-rapat Z dengan A. Z tak pernah cerita masalah peribadi mcm masalah family, relationship or kawan-kawan dekat A. Z selalu prefer orang lain kalau dia nak bercerita bab-bab ni.

Tapi A, tak tahulah macamana.

Isnin sampai Jumaat bz kerja
kadang balik kerja malam
Nanti dah sampai rumah, kadang-kadang dia sambung lagi kerja dia tu
Nanti hujung minggu, sama ada dia siapkan kerja office dia,
takpun pergi join seminar, takpun main game, baiki motor atau pergi servis kereta.

Nak kata hangout dengan kawan?
sebulan tu mungkin sekali dua atau tak langsung.

Z selalu terfikir kan... dalam kesibukan A, dia ni tak pernah ada masalah ke?
Dia tak pernah pula cerita dengan Z
Cerita dengan parents dia? A takdelah rapat sangat dengan parents dia.. biasa-biasa je.

Z tahu, A ada je problem personal dia.

Tapi perangai si A ni, dia memang suka simpan sorang-sorang.

dan bagi Z, A ni memang seorang yang misteri dan diam- diam ubi berisi.

Buatkan Z rasa kagum bila tengok A..

Semua orang yang di sekeliling A, memang takkan dapat teka, dia ni ada masalah ke tak, kalau tengok life si A ni.

Diwaktu kawan-kawan  Z banyak yang dah menamatkan zaman bujang, begitu juga lah dengan A. Kawan-kawan A lagi ramai yang dah kahwin kalau nk dibandingkan dengan kawan -kawan si Z..

Tapi dia nampak tenang je..
still cool takda girlfriend
atau sibuk nak fikir yang dia ni tak laku ke ?
takda siapa minat kat dia ke ?

Kalau ada orang tanya dekat A pasal bila dia nak kahwin ?
A akan slumber menjawab yang mak dia tak kasi dia kahwin.
Haahahahahaha... Tu alasan yang paling tak masuk akal pernah Z dengar.

Duit banyak, tapi lifestyle biasa-biasa je
tak berapa nk into trend macam nak gi travel ke, foodhunting ke, beli baju-baju branded..

Ok.. pergi travel tu adela.. tapi tu pun kalau outstation kerja..
kalau dengan kawan-kawan tu.. sekali setahun atau pun memang tak da langsung..

Yelah, bagi Z, kalau Z ada duit mcm si A ni.. memang comfirm nk pergi travel dengan kawan-kawan.. beli itu ini..

Tapi itulah yang membezakan Z dengan A.. tahap power si A ni nak tahan desire dia untuk having fun dengan life, memang buatkan si A jadi idola si Z.

Z tahu one day dia akan jadi tak rapat dengan si A.
Waktu tu maybe Z dah tak ada kawan nak cuba benda baru, nak kenalkan dia dengan benda-benda yang dia tak pernah nak ambil tahu .

Bagi Z, A ni adalah orang yang rare pernah dia jumpa...
Kalau nak cari orang macam A ni, memang susahlah Z nak jumpa.

Ini membuatkan Z rasa sedih if one day, dia terpaksa kena berjauhan dengan A.


" When I felt so miserable with my life,
I wonder, how you survive "

Friday, May 12, 2017

Spontaneous Friday: Kisah Aku. Air Terjun dan Sungai Chiling.

\
Assalamualaikum and Heyyaw !

So haritu waktu cuti Wesak, me and my friends plan nak pergi mandi air terjun. We decided  to go to Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. Dari Shah Alam adalah dalam 1 jam 30 minit perjalanan. Itupun sebab guna google map. Maybe kalau betul-betul tahu jalan, takla selama macamtu.

Sepanjang perjalanan ke Sg. Chiling tu maybe korang akan lalu di kawasan Empangan Kuala Kubu Bharu yang sangat cantik dan menenangkan !


Dari empangan tu. sekitar 15 minit korang akan sampai ke destinasi. Kereta kena parking dekat luar. So dari entrance gerbang yang tulis 'Santuari Ikan Sungai Chiling' tu, korang kena jalan kaki ke main entrance.

(Main entrance Santuari Ikan Sungai Chiling)

(Di sekitar kawasan pos kawalan)


Sampai je kat main entrance, korang boleh terus daftar nama kat pondok kawalan dia and buat bayaran sebanyak RM 1 per head. Untuk ke air terjun, korang perlu jungle trekking dan melintasi 6 anak sungai. Kadar masa perjalanan dari pondok kawalan ke air terjun adalah lebih kurang 45 minit, kalau korang tak berhenti rehat atau tak sesat jalan.

Antara tips yang aku boleh bagi kepada korang yang maybe first time nak pergi mandi air terjun kat sini, adalah:

1- Pakai pakaian yang bersesuaian. Kalau boleh waktu nk jungle trekking tu, pakai seluar panjang. Sebab, korang akan melalu jalan berair, berlumut, semak kiri kanan. So untuk mengelakkan dari ada binatang kecil melekat kat kaki, better pakai seluar panjang. Sebolehnya pakai kasut supaya senang nak lintas sungai nanti.

2- Jangan bawa banyak barang yang banyak ketika jungle trekking. Ini untuk memudahkan perjalanan korang terutamanya waktu nak melintas sungai. Arus air agak deras dan agak mencabar. Tapi kalau korang memang sukakan cabaran atau jenis dah biasa hiking n everything. Just go with it.

3- Tak perlu bawa baju spare waktu jungle trekking. Terutamanya bagi yang perempuan. Korang boleh tinggal je baju spare korang maybe kat surau atau di kawasan pos kawalan. Sebab, dekat area air terjun tu, takda tempat pun nak tukar baju. So buat penat je nak usung beg baju yang ada macam-macam barang tu waktu jungle trekking. Tapi, if nak bawak juga, make sure wrap dalam plastik. So waktu lintas sungai or kalau hujan, baju korang tak basah. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Hahahaha.

4- Jangan lupa alas perut before jungle trekking and bawak air yang mencukupi.

5- Datang pagi sebab kawasan air terjun akan ditutup pada pukul 5 dan mungkin awal daripada itu.

Ok. itu adalah beberapa perkara yang aku boleh share dekat korang yang first time nak pergi mandi air terjun kat Sg Chilling ni. Bagi aku, trek dia agak mudah untuk dilalui cuma bila part nak lintas sungai tu yang agak mencabar sikit. Sampai selipar dengan tuan selipar ni, hampir di bawa arus sungai. Hahahaha

Aku start jungle trekking sekitar pukul 11.30 dan sampai ke air terjun lebih kurang 12.45 macamtu. Lambat sampai sebab bebarapa obstacles plus first time lagi. hahaha. Walaupun penat tapi puas hati sebab finally dapat tengok keindahan air terjun Sungai Chilling nii............ !



So pukul 2.30, me and my friends dah bersiap untuk balik ke pos kawalan. n otw nk balik tu, hujan lebat yang amat. Hahaha. Merasa lah kiteorang hiking dalam kehujanan..

Aktiviti ni memang mengajar aku erti kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. I think I dont need to join team building programme pun. Cukupla gi jungle trekking kat Sg Chilling ni. Hahahahaha. Macam-macam drama ada.

But I really hope that will be an organization yang akan cuba bangunkan tempat ni. Sebab dari segi fasiliti kurang memuaskan. Tandas yang boleh digunakan hanya 2 dan kemudahan surau pun tak selesa sebab kecil. Plus, aku nak nasihatkan korang, untuk dengar cakap staff yang bertugas kat pos kawalan supaya takda perkara yang tidak diingini berlaku.

But overall I'm still having fun ! thanks to my buddies sebab ajak iols join this trip. Next time kita pergi lagi k ? HAHAHAHAHAHA

Havva nice day people !
Tschusss !