Thursday, April 17, 2014

Stereotype detected !


Assalamualaikum and Heyyaw !

*from google

Kalau adalah lagi yang tak tahu stereotype tu menda . Stereotype tu kita judge satu kelompok manusia dan assume dorang dgn benda yang negatif . Contohnya , asal tengok satu kumpulan ni , suka motor , suka baiki moto kita kata dia mat rempit . *contoh la kan . Ok . Itulah yang dinamakan stereotype .


Kes bila anak-anak nak sambung study .

" Mak nak kau ambik course perubatan . Kau jadi doktor nanti . Bagus . Orang akan nampak kau ni terpelajar , duit banyak , pandai ..blalalalalablalalalal....................................... "

" Tapi , saya nak jadi wartawan ."

" Nak jadi wartawan ?! ...lailahailallah ... kerja wartwan tu tak bagus . Sibuk gosip sana , sibuk gosip sini ....kerja x seberapa , naknya popular je ... dah2 . mak taknak kau jadi wartawan ke , pahlawan ke ..mak nak kau jadi Doktor ! " 

*drama melayu Astro Prima . 

Memang terjadi lagi zaman sekarang benda macamtu . Thats why I came with this post .

Ramai yang pandang rendah Course Komunikasi dan Media .
Mereka rasa course ni mudah , mereka rasa course ni tak menjamin apa-apa pada masa depan .

Tapi .

Lihat dunia media sekarang .
Banyak fitnah . Hentam orang sana , hentam orang sini . Berita palsu ,khabar angin ..
Semuanya sebab apa ?

Sebab , kita terlalu ambil mudah dengan perkara yang asyik kita rasa mudah tu . Jadi inilah yang berlaku .

Kita tak suka bila kita berurusan dgn mana2 kakitangan kerajaan/swasta , mereka layan kita ala kadar sahaja . Bila kita tanya soalan , dorang nak tak nak je jawab . Tak professional dengan kerja . 

Kita tak suka bila buka TV , iklan merapu-rapu . Kita tak suka bila buka berita penuh dengan fitnah . Kita tak suka bila ada orang terbitkan rancangan yang tak beri manfaat di TV .

and disinalah pentingya ilmu Komunikasi dan Media tu . 

Kalau kita asyik ada pemikiran hanya orang yang pandai kena belajar dalam bidang sekian-sekian ... yang kurang pandai belajar dlm bidang2 macamni . Inilah yang terjadi akhirnya pada dunia media kita .

Kalau kita nak dunia media kita jadi baik , apa sahaja yg disampaikan penuh ilmu dan jauh dari perkara-perkara negatif . Maka kita perlu ada orang yang baik dan pandai untuk berada dalam bidang ni .

Dengan harapan mereka dapat ubah suasana dunia penyiaran yang selalu dipandang negatif oleh masyarakat . Bidang penyiaran itu baik sebenarnya . Ia memudahkan kita menerima maklumat , perkembangan terkini dan macam-macam lagi .Tapi apa yang membuatkan bidang ni nampak tak baik adalah berpunca dari orang yang bekerja di bawah bidang ini lah .

Senang je .

Kalau kita ada seorang penerbit yang beriman = kita akan ada banyak rancangan agama di TV
Kalau kita ada seorang penerbit yang hanya mengejar duit = kita akan ada banyak rancangan yang melalaikan .


" Semoga kita jauh dari fitnah dunia yg semakin menjadi-jadi "
Tschusss !

2 comments:

  1. Saya juga menglami keadaan seperti yg di nyatakan oleh saudari di atas. Persoalannye, bagaimanakah utk mengetahui bahawa saya mempunyai kemampuan dlm bidang ni walaupun rase minat tu ade sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk boleh try buat ujian kerjaya . Boleh google je. Uitm pun ada sediakan ujian kerjaya under page selangkah ke uitm. So u may try n see the result

      Delete