Friday, July 4, 2014

Kisah Aku dan Pakcik Teksi


Dah 2 minggu berturut aku pulang ke rumah dan pada minggu ini , aku ambil keputusan untuk menginap di kolej sahaja . Kondisi kesihatan pun baru saja nak pulih . Minggu depan , mungkin aku pulang kembali .

Harini Jaja ajak aku ke Bazar Masjid Tanah . Bazar yang paling best aku rasa di kawasan ni . Bukan berdua sahaja , Jah dengan Ayu pun ikut sama . Kami berempat malas nak tunggu bas , jadi kami ambil keputusan untuk naik teksi sahaja .

Setelah mendapatkan teksi , semua pun naik . Aku duduk di bahagian depan . Sejujurnya , bila aku naik teksi , aku tak suka duduk depan sebab aku rasa tak selamat . Tapi disebabkan geng-geng aku dah memenuhi ruang belakang , aku beralah sahaja .

Pakcik yang pandu teksi ni , aku jangka umurnya lingkungan 45 ke atas mungkin . Waktu aku laraskan tetingkap aircond teksinya yang rongak , dia mulakan bicara .

“yang lompong-lompong tu , anak pakcik lah yang buat tu , habis disepaknya “
Aku balas , “ Biasalah pakcik , budak kecik ..hmmm “

Dan beberapa meter berlalu , pakcik teksi ni terus bercerita . Perihal teksi yang mahal tambangnya , cuti student-student uitm hingga dia bukak satu cerita tentang nak raya .

Pakcik Teksi : Budak-budak sekarang , baju raya kemain lagi . Kalah mak ayah . Haritu anak pakcik , pakcik tempahkan 2 baju raya . Suka betul dia . Tiap hari tanya , bila nak siap baju ? Bila dah siap , semangat betul dia pakai sampai tanya bila nak raya ni bah ?

Aku : Hmm . betul lah tu pakcik , budak-budak kan . (*aku seakan tak tahu nak respond apa .)

Pakcik Teksi : Tapi asalkan dorang gembira pakcik tak kisah . Pakcik dulukan anak bini pakcik lebih dari diri sendiri . Kadang baju raya pakcik pun , pakcik pakai yang tahun lepas . Kalau beli pun , pakcik mampu beli yang kat Pasaraya Sakan tu je . Seluar ni pun 29 ringgit . Mahal lagi baju anak pakcik dri baju pkcik sendiri . Tapi kan , bila pakcik balik rumah , dorang sambut pakcik , senyum , gembira , terbalas semua kepenatan pakcik ni , hilang terus .

Panjang lebar cerita pakcik ni . Setiap satu yang diceritanya betul-betul terpukul di kepala aku . Aku teringat pasal ayah aku . Abah aku pun bukan kerja besar , tapi Alhamdulillah , cukup untuk sara family . Tiap tahun , baju aku , adik-adik , silih berganti fesyennya . Tak pernahlah kami pakai yang tahun lepas punya atau bagian orang . Tapi Abah , 2 tahun sekali barulah bertukar baju rayanya . Kalau kami dapat 3 pasang sorang , abah baru satu pasang . Aku tak tahu kenapa , mungkin dia rasa , kami lagi perlu rasa kemeriahan beraya dengan baju baru lebih dari dia yang kini sudah hampir 52 tahun .

*sampai di Masjid Tanah

Pakcik Teksi : Satu hari , kau dah kahwin , ada anak . kau tahulah susah nak fikir pasal makan pakai dorang . Nanti , kau mesti teringat balik apa yang pakcik ckp tadi .
Aku : Hmmm. Betul lah tu pakcik . Ni tambangnya pakcik . Terima kasih banyak J

Sepanjang aku di Bazar . Aku masih terngiang-ngiang cerita pakcik teksi tadi . Mata aku mula berkaca teringatkan abah di rumah .

Lantas aku beri pesanan 
“ Abah , terima kasih sebab selama ni belikan sri baju raya , dan tanggung makan , pakai sri dari kecik. Sorry kalau sri pernah x bersyukur dengan apa yang abah bagi . Sri sayang abah dengan mak “

Dan 3 minit berlalu , abah membalas .
“ kau dah kenapa ? ttbe je…. Kau baru dengar kuliah ke ? “


Aku senyum ,ketawa tak sedar air mata jatuh lagi :’)

Thursday, April 17, 2014

Stereotype detected !


Assalamualaikum and Heyyaw !

*from google

Kalau adalah lagi yang tak tahu stereotype tu menda . Stereotype tu kita judge satu kelompok manusia dan assume dorang dgn benda yang negatif . Contohnya , asal tengok satu kumpulan ni , suka motor , suka baiki moto kita kata dia mat rempit . *contoh la kan . Ok . Itulah yang dinamakan stereotype .


Kes bila anak-anak nak sambung study .

" Mak nak kau ambik course perubatan . Kau jadi doktor nanti . Bagus . Orang akan nampak kau ni terpelajar , duit banyak , pandai ..blalalalalablalalalal....................................... "

" Tapi , saya nak jadi wartawan ."

" Nak jadi wartawan ?! ...lailahailallah ... kerja wartwan tu tak bagus . Sibuk gosip sana , sibuk gosip sini ....kerja x seberapa , naknya popular je ... dah2 . mak taknak kau jadi wartawan ke , pahlawan ke ..mak nak kau jadi Doktor ! " 

*drama melayu Astro Prima . 

Memang terjadi lagi zaman sekarang benda macamtu . Thats why I came with this post .

Ramai yang pandang rendah Course Komunikasi dan Media .
Mereka rasa course ni mudah , mereka rasa course ni tak menjamin apa-apa pada masa depan .

Tapi .

Lihat dunia media sekarang .
Banyak fitnah . Hentam orang sana , hentam orang sini . Berita palsu ,khabar angin ..
Semuanya sebab apa ?

Sebab , kita terlalu ambil mudah dengan perkara yang asyik kita rasa mudah tu . Jadi inilah yang berlaku .

Kita tak suka bila kita berurusan dgn mana2 kakitangan kerajaan/swasta , mereka layan kita ala kadar sahaja . Bila kita tanya soalan , dorang nak tak nak je jawab . Tak professional dengan kerja . 

Kita tak suka bila buka TV , iklan merapu-rapu . Kita tak suka bila buka berita penuh dengan fitnah . Kita tak suka bila ada orang terbitkan rancangan yang tak beri manfaat di TV .

and disinalah pentingya ilmu Komunikasi dan Media tu . 

Kalau kita asyik ada pemikiran hanya orang yang pandai kena belajar dalam bidang sekian-sekian ... yang kurang pandai belajar dlm bidang2 macamni . Inilah yang terjadi akhirnya pada dunia media kita .

Kalau kita nak dunia media kita jadi baik , apa sahaja yg disampaikan penuh ilmu dan jauh dari perkara-perkara negatif . Maka kita perlu ada orang yang baik dan pandai untuk berada dalam bidang ni .

Dengan harapan mereka dapat ubah suasana dunia penyiaran yang selalu dipandang negatif oleh masyarakat . Bidang penyiaran itu baik sebenarnya . Ia memudahkan kita menerima maklumat , perkembangan terkini dan macam-macam lagi .Tapi apa yang membuatkan bidang ni nampak tak baik adalah berpunca dari orang yang bekerja di bawah bidang ini lah .

Senang je .

Kalau kita ada seorang penerbit yang beriman = kita akan ada banyak rancangan agama di TV
Kalau kita ada seorang penerbit yang hanya mengejar duit = kita akan ada banyak rancangan yang melalaikan .


" Semoga kita jauh dari fitnah dunia yg semakin menjadi-jadi "
Tschusss !

Sunday, March 30, 2014

Cinta kerana Allah .


Assalamualaikum and Heyyawww !
Berbulan lamanya tak update blog .
Nampak sangat ketandusan idea + sibuk dengan kerja sebagai student yang berkaliber *cough

 Sambil mendownload movie Percy Jackson . Dapat idea untuk post harini . Harini nak buat sikit review (lebih kepada pengalaman membaca sebenarnya ), pasal buku yang baru saja aku habis baca semalam . Titled : Cinta Kerana Allah oleh Ustat Pahrol Juoi .


Hampir setiap hari berendam dgn ilmu dari buku-buku universiti sampai rasa otak ni dah kecut untuk hadap semua buku tu .

Sebelum final exam , aku balik rumah . Kononnya sebab nak belanjakan baucar buku . Jadi haritu aku dengan kawan-kawan pergi MPH MidValley .

"hmmm...seronok juga shopping buku ni ya "...  memang seronok , sampai aku rasa tak tahu nak pilih buku apa yg patut untuk dibeli .

I saw this book . Walaupun aku ni tak pernah patah hati , *batuk lagi , aku rasa buku ni macam best pulak. Aku selak buku ni pada isi kandungannya dan tanpa fikir panjang aku masukkan buku ni dalam bakul belian aku .

Buku ni sebenarnya lebih ditujukan khas oleh pasangan yg sudah berkahwin , bagaimana nak kekalkan hubungan rumahtangga , bagaimana nak solve masalah dlm hubungan . Tapi , maklumlah , seorang yg 'pengobserve' macam aku ni , mana reti kisah semua tu . Aku baca , aku dalami dan aku dapati ....

Buku ini terlalu banyak memberi motivasi kepada remaja mcm aku yg selalu nampak cinta tu sebagai yg wajib dimiliki , tapi selalu tak sedar , siapa yg patut dicintai sebenarnya ? buku ni juga telah beri jawapan atas soalan aku tentang , kenapa selama ni , orang yang putus cinta , akan rasa sakit lepas putus cinta ? dan banyak lagi .  Bersyukur dapat jumpa dengan buku macamni , yang bahasanya ringan , mudah difahami , sarat dengan motivasi berguna .



Terjun dalam-dalam ke dasar hati . Lihat kiri kanan muhasabah diri .

Pagi tadi , bukak blog Budak Tomato . Tengok post pertama dia dalam blog , about why he choose Tomato ? ..

Aku pun rasa macam nak samakan diri aku dengan buah la *menyibuk jugak 

Buah Tembikai . Ya , mungkin diri aku sama macam buah tembikai ... Luarnya keras , warna hijau ada jalur-jalur mcm corak askar. (Bukanlah bermaksud luaran aku pun warna hijau ada jalur-jalur askar) but what I want to represent is .. orang selalu nampak aku ni kasar , keras ...tengok cara jalan , tengok cara cakap . Memang macam takda chance org nk buat bini je . haha

Tapi , keras-keras si tembikai ni , sekali kena hempas . Pecah berkecai . *teringat kat iklan topi keledar tembikai .


Aku selalu lemah disebabkan manusia .Walhal , semua manusia itu lemah . Sepatutnya , aku lemah kerana yg berkuasa iaitu Tuhan .

banyak lagi cacat celanya di hati ini .

Jadi , buat para pencinta . Dapatkan buku Cinta Kerana Allah . insyaAllah bakal memberi manfaat .


Tschuss :)