Thursday, October 2, 2014

Kisah Nafis . Denda dan Penculikan


Assalamualaikum and Heyyaw !
Apa khabar semuanya ? Sri Nazwa berada dalam keadaan yang tak berapa nak sihat sangat . Tapi gagahkan juga badan ni pasal tengah exam and yang pasti nak update blog ni . I’m so happy sebab tak lama lagi dah nak habis final exam untuk Semester 3 . Huh . Cepat gila masa berlalu . Harap Sri Nazwa dapat Anugerah Dekan lagi . Ihiksss :P

Cerita hari ni ?

Ini cuma pandangan aku tentang  “ Denda balik lambat dah tak relevan untuk pelajar sekolah (baca : sekolah rendah ) *ecehwahh dh mcm style buku terfaktab je .

Kisah :-

Harini sepatutnya pelajar sekolah rendah akan balik pukul 12 tengah hari sbb hari Jumaat kan ? Tapi adik aku tak balik-balik lagi . Mak aku yang perasan pasal hal ni . Terus suruh aku pergi jemput dia kat sekolah . (Sebaiklah aku ada kat rumah kan ) . Aku sampai je sekolah . Agak lengang juga lah , semua van sekolah dah takda , lepastu adalah 2 3 budak sekolah tgh tunggu apa , aku pun tak tahu . Aku pandang sekeliling . Tak Nampak pun adik aku . Tadi time aku otw pun aku tak nampak adik aku . Lepastu aku tengoklah kat pagar , nampaklah adik aku mmg betul-betul baru habis kelas .

Aku  : Kau kenapa keluar lambat ? Kena denda lah ni
Nafis : Haah .
Aku : Habistu , ni kalau aku tak datang , kau jalan kaki lah ni ? ( sbb van dah tinggalkan dia)
Nafis : Saya ada duit , tapi public phone rosak kalau nak call abah . Jadi jalan kaki lah .

So itulah cerita dia . Jadi kenapa  aku kata denda balik lambat ni dah tak bagus lagi nak diguna pakai ?
Dalam zaman sekarang yg penuh dengan macam2 kes  , terutamanya kes culik dan ambik organ mangsa culik . Aku rasa agak bahaya jugaklah bila cg denda budak2 sekolah ni balik lambat .

 Kebanyakan budak sekolah rendah ni , datang –balik sekolah naik bas/van . Bas / van ni kalau lambat setengah jam , takda maknanya dia nak tunggu . Dia akan chaw terus la kan ? Boleh bayangkan tak kalau budak tadi :

-Duduk jauh dari sekolah
-Parents / siblings takda kat rumah untuk jemput dorang
-Jenis yang akal tak berapa nak panjang sangat

So end up dorang jalan kaki balik rumah , takpun tumpang orang tak kenal ( or kau namakan je sebarang kemungkinan yg boleh berlaku ) .

Macam kes adik aku . Cikgu dia bagi balik pun lepas dia tanya adik aku balik naik apa . Lepas dia tahu adik aku naik van , terus dia bagi balik .

Aku tak kisahlah cikgu tu nak denda ke apa . Tapi bila dah denda balik lewat , plus yg kau denda ni budak sek rendah , tolong jadi concern sikit dengan berfikir dorang balik rumah macamana ? selamat ke x ? well at least , kalau malas nak hantar student tu balik rumah , why not call parents dorang kan ?  Nampak tak kat sini yang kadang-kadang diri kita sendiri yang jadi punca untuk budak tu diculik and so on .

*sebaik adik aku darjah 5 , kalau darjah 1 aku tak tahulah macamana pulak kan .

Jadi itulah pendapat aku . Kalau cikgu nak denda student sekolah menengah balik lambat sampai sebulan x boleh balik rumah sbb tk siap kerja , sikit pun aku tak kisah , tu padanlah muka dorang . (overlah pulak contoh aku) lagipun dorang dah besar dah berakal . Tapi kalau yang sek rendah ni , aku rasa bahaya sangat  , macam-macam benda boleh jadi sebab kelalaian kita .

Semoga keluarga kita selalu mendapat perlindungan Allah .
Salam Jumaat dan Salam Hari Raya AidilAdha in advance !!
Tschuss J


Friday, September 12, 2014

Megat AD on How To Be Awesome


Heyyaw and Assalamualaikum .


Okay this was a short update , just nak promote Vlog pertama aku featuring abam tweetpemes kita Megat Amir Danish .

Its a fun + maybe educational video about 10 cara nak jadi awesome di University . Ni merupakan assignment aku yang agak tough jugak sem ni . So , korang semua dijemput untuk menonton video ni plus lepas tengok kena comment juga for penambahbaikan di masa akan datang .

Harap korang semua terhibur dengan video ni :) Lepas tengok jangan lupa comment . Thank You :)

Klik sini : 10 Cara Untuk Menjadi Awesome Di Universiti (Feat MegatAD)

Saturday, August 16, 2014

Kisah Aku dan Ayam Goreng ( Pengalaman bekerja di KFC )

Heyyaw !! Assalamualaikum

Apa khabar semuanya ? It have been several month blog ni dibiarkan tanpa apa-apa cerita . So , harini apa agaknya yang aku nak cerita ? Lalalalalalalalalala .

Ye , harini berkenaan pengalaman kerja aku di KFC pada bulan 4 dan 5  yang lepas . Dah lama aku nak share pasal benda ni kat blog , tapi kemain sibuk lagi aku kalah PM . Basically , ni adalah guideline untuk sesiapa yang nak kerja part time or maybe full-time kat KFC . Sekurang-kurangnya tahulah korang akan suasana bekerja disitu kan ? Okay lets start !


(Muka sebenar dirahsiakan :P )

 CARA NAK APPLY :

1 – Pergi mana-mana KFC berdekatan , then tanya lah staff or manager dia ada kosong tak . If dia kata ada , or isi borang dulu , So isi je borang dulu .

2- Kalau dia memang perlukan pekerja , dia akan buat walk-in interview time tu juga . Tapi kalau macam kau dah tunggu lama tapi dia tak panggil interview . Maybe tak dapatlah tu .

“Weyh bro , KFC pun ada interview ke ?"

KFC mmg buat juga interview . Tapi soalan dia takdalah susah mana pun . Dia just tanya position apa yg nk dipohon , tempat tinggal , boleh tak kerja lebih masa ? Lebih kurang macamtu je .

3- So kalau dah diterima bekerja . Korang akan diminta untuk buat suntikan Typhod  dan buka akaun maybank ( kalau nk senang gaji masuk ) . Suntikan Typhod ni selalu ada kat klinik swasta , satu suntikan dalam RM 60 . Kalau nk free , suruh manager buat surat , so korang boleh buat suntikan tu kat Klinik Panel KFC . Sama juga dengan buka akaun maybank .  Kalau buka akaun saja-saja je , harga dia RM250 , tapi kalau korang ada surat manager , murah lah sikit .
Mengerti kamu ? :D

4- Biasanya bila dah diterima bekerja , of courselah korang dapat uniform kan ? Waktu aku kerja , uniform aku yang t-shirt tu . Dan jangan ingat korang dapat percuma untuk uniform tu . Harga satu T-shirt tu RM 50 , dan ia akan dipotong waktu first gaji korang .

5- Pasal KWSP semua . Kalau manager korang suruh buka sendiri . Endahkan je . Nampak sangat manager tu noob pasal KWSP . Selalunya , bab2 KWSP ni , syarikat yang buatkan untuk kita bukan kita buka sendri .
So .. dapat tak cara nak apply kerja dan apa yg peru korang ada untuk kerja di KFC ? Ok , good . Sekarang kita nak masuk topic 2 pula ye pelajar semuaa .

POSITION2 di KFC :

1- Cashier – Tugas cashier adalah ambil dan serve order dan dia duduk di kawasan depan sekali iaitu , bukan dekat pintu masuk . Tapi dekat kaunter ye , pembaca semua . Cashier ni tanggungjawab dia berat , kena amanah dan sabar . Kalau duit kat kaunter shot  , kena ganti . Kena juga ada skill komunikasi yang baik , boleh speaking English , BM , Indon , atau mungkin bahasa isyarat ? (btw , aku pernah serve customer yang bisu ) . Kerja cashier bukan lah jaga kaunter je , bila takda customer , cashier kena pastikan department mereka bersih , topup barang-barang yang kurang , sediakan box dan lipat plastic sos ( ada certain branch KFC , dorg tak lipat pun plastic sos tu . Untunglahhh ) .

2- CSC – CSC ni stand for customer service kalau aku tak silap lah . Tugas CSC ni = tugas cleaner ( senaraikan semua tugas cleaner disini ) . After that , CSC juga kena hantar order yang cashier lambat buat dekat customer . CSC kena refill semua sos dlm pump sos tu dan dia juga yang selalu kena buli oleh department lain untuk ambil barang-barang kat stor . (maklumlah CSC mana ada department sendiri ) . Bila stok sampai , CSC juga yang kena angkat semua barang dan susun dalam stor .

3- Backup – Backup ni adalah mereka2 yang akan bantu cashier serve order . Contohnya kalau customer order Burger , cheezy wedges or apa sahaja yang selain menu ayam . Semua backup yang tolong sediakan . Mereka2 ni yang tolong melancarkan tugas cashier . Selain buat burger , tugas backup juga adalah prepare n packing coslaw , mashed potato , bancuh cheese , masak nasi , fries dan semua benda selain ayam backup yg akan masak . Backup juga akan selalu ingatkan cashier jumlah2 stok makanan yg dorang masak . So kalau habis , cashier senanglah nak bagitahu customer benda tu habis . Department backup adalah di belakang department cashier .

4- Cook – Bahagian cook adalah bahagian masak ayam . Tugas dorang adalah masak ayam , tepungkan ayam  . Then bil stok ayam baru sampai setiap hari , dorang akan marinade ayam tu , dan bersihkan ayam tu sikit-sikit ( tak semua bahagian ayam kena bersihkan ) . Senang cerita , tugas cook adalah berkaitan preparation ayam KFC sahaja . So lepasni kalau rasa-rasa food poisoning mkn KFC , tahu lah kan nak cari siapa ?

So , done with position2 dalam KFC . Waktu bekerja adalah mengikut shift ( morning , middle , closing ) Dalam waktu-waktu ni , setiap position ada lagi tugas yang specific . Aku malas nak terang , pandai-pandaila tanya sendiri kat manager ye :D

Hmmm . sepanjang bekerja kat KFC (even tak lama ) banyak pahit manis dah aku tempuh . Sejujurnya boleh aku katakan KFC adalah tempat yang paling worst pernah aku kerja . Tapi meh sini aku cerita dulu apa yang best pasal kerja kat sini ( errr… tak banyak pun aku rasa )

1- Makan free .
Sapa tak suka makan free kan ? Kerja KFC jimat kos makan and tak payah susah2 fikir waktu break nak makan apa . Tiap hari boleh makan ayam . Tapi kalau dah bosan sangat makan ayam , pandai-pandaila korang cari makan sendiri .

2- Tambah kawan-kawan
Ni pun kalau dapat staff yang okay . Bolehla buat kawan . Time aku kerja dulu , yang betul2 boleh dijadikan kawan adalah 3 orang  . Kenapa 3 orang je ? tak perlu lah aku cerita di sini . Nanti dah jadi kes buka aib orang pula . hehehe ( tapi kalau buka aib KFC takpelah kot :D )

3- Boleh bawak balik makanan yang lebih .
Ni pun best juga . Lagi-lagi kalau shift kita time closing . Asal makanan lebih je bawak balik .

Ok tu je yang best pasal kerja kat KFC .

“Weyh bro.. itu je ke yang best kerja KFC ? “ 

Haah . Itulah realitinya  bagi aku . Aku tak tahulah orang lain yang pernah kerja KFC macamana kan .

Okay , are you ready for the worst part ? ladies n gentleman ? .
Tadaaaa .

1- Gaji lambat masuk
Siapa suka kan bila dah penat2 kerja tapi gaji tak masuk tepat pada harinya . Ni kisah aku . Aku dah penat buka akaun maybank . Tapi gaji aku dia bayar guna check . (yang dibayar guna check sepatutnya orang yang taknak buka akaun maybank ) . Check ni pula dibayar tengah bulan . Hmm , aku bengang juga lah pasal pembayaran gaji ni . Sebab pada mulanya alasan manager adalah sebab gaji pertama dia memang bayar guna check . Tapi realitinya ada staff lain , gaji pertama terus di bank-in .
Dan malangnya , gaji kedua aku pun dapat melalui check . Hampehh …

2- Gaji sikit
For yang baru masuk , gaji sejam adalah RM 4.33 . Kita takdalah expect nak gaji ribu-ribu tapi at least bagi aku , gaji yang aku dapat tak berbaloi dengan penderitaan kerja yang aku dapat ( amboi ayat ) .

3- Penat
Kerja apa yang tak penat kan ? Tapi kerja KFC ni penat dia mcam kerja kilang ( macamlah aku pernah kerja kilang kan ? ) Mental dan fizikal penat . Lagi-lagi yang position CSC . Aku pernah duduk kat position tu and satu hari bila stok sampai , semua stok aku angkat sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa . Dahla stor kat tingkat 2 . Kau boleh bayang tak situasi tu macamana ? Tu yang kes aku turun berat badan sampai 5 kg . Haha . Lagi satu bila ada staff lain buat hal ( tak datang kerja dan ponteng / cuti mengejut ) Kita juga lah yang kena ganti shift dia . Kalau tak cukup staff pun sama juga . Bayangkan nak kerja dari morning sampai closing . Gila kau tak penat ? Tapi actually bila lama-lama  , dah tak rasa apa dah . Cuma rasa sakit hati la .

4- Jadual tak menentu .
Bila dah ditetapkan jadual shift pada setiap minggu . Tak payahlah nak percaya jadual tu 100 %.  Kadang-kadang tetiba je manager tukar jadual dan call kita suruh masuk awal dan sebagainya . Ini amatlah menyusahkan . Aku pernah juga kena macamni . Waktu-waktu aku tengah tidur dia telefon . Sabar jelah .

5-Manager tak professional .
Waktu aku kerja dulu , manager aku sangatlah tak professional dalam handle masalah staff dan sebagainya . Jangan tak tahu ye , kalau manager tak pandai urus outlet dia . Kelam kabut dibuatnya ,dan kau pun kena tempiasnya sama .

6- Susah nak solat .
Punca keberkatan rezeki tu adalah apabila kita jaga solat kita even ketika bekerja . Dan senang cerita , kalau kau jenis yang jaga solat . Better jangan kerja kat KFC sebab susah nak keluar solat . Aku dulu pun banyak keluar curi-curi nak pergi solat . Sampai macamtu sekali tahapnya . Even manager outlet aku tu melayu Islam . So no wonder la outlet aku tu kucar kacir . If manager sendiri tak jaga bab ni , lahirlah staf-staf yang tak amanah dan seangkatan dengannya

Jadi , itulah antara Pro n cons bekerja di KFC . Tapi semua ni bergantung pada individu masing-masing . Ini hanyalah pengalaman aku yang bekerja hanya 1 bulan setengah kat situ . Setiap kali aku pergi makan kat KFC , aku mesti rindu nak ambil order customer dan serve customer yang ragamnya , Tuhan saja yang tahu . Bekerja disini sememangnya mengajar aku tentang erti kerjasama , sabar dan amanah .


Have a nice day people ! Tschusss !