Monday, November 28, 2016

Spontaneous Monday : Sri serius ? Seriuzlyyy ?


Assalamualaikum and Heyyawww !

Adalah dalam 3 bulan tak update apa-apa kat blog. Sorry readers. Actually bukan senang nak cari topik menarik dan berfaedah untuk aku share dengan korang. Tapi if korang emel or comment kat post in my blog, aku akan reply je. :)

Tapi kalau kau tanya soalan yang sama, jangan tanya kenapa aku tak reply k.

Topik harini, santai je dan aku rasa agak penting la juga, untuk menukar persepsi orang terhadap aku. Kalau tak menarik , sorry
Kalau tak berfaedah , tekan butang X di belah kanan atas sekali.

So.. recently someone said this to me

"Tengok sri.. dulu serius je..sekarang dah pandai gelak..........."
" Sri ni, nampak je serius, tapi bila kau dah lepak dengan dia, comfirm boleh masuk dengan dia"

and i was like.





Sekejapp. Aku ni serius sangat ke ? *Gelakgulingguling dalam hati.
Aku adalah tanya member aku , aku ni serius ke weh ?
and jawapan dia ---> Gi Mampus. hahahahahaha.

Kenapa kau boleh rasa aku ni serius dan nampak garang ?

1- Sebab maybe kau tak pernah tengok aku senyum *basically I've the cutest smile you ever seen.  Bhahahahahahah :P
2- Kau tak kenal and tak pernah having a conversation dengan aku.

Kenapa  aku nampak serius and garang and susah nak gelak?

1- Sebab nak tengok respon orang 
2- Sebab aku mengantuk and penat.
3-Sebab aku tak suka kau . Bhahahahah :D
4- Aku takkan gelak kalau lawak tu lawak hambar.
5- Supaya kau ada effort nak tahu aku ni sebenarnya perangai mcmana *tapimcmxdeeffortje. hahaha


Jadi antara 1 sampai 5. Kau pandai-pandaila fikir sebab apa kau rasa aku ni serius sangat and nampak macam tak boleh di buat bergurau.

Sebelum aku nak kenal dengan seseorang. Aku banyak diamkan diri dan observe attitude orang tu. The way they talk, the way they bergaul, how they makes jokes and many more. Sampai satu tahap, I will go and check their social network untuk tengok personaliti dorang. 

Dengan cara tu, I will know people better. Aku akan tahu cara nak approach dorang dengan cara terbaik, and respect them the way they are. So jangan terkejutlah, kalau tiba-tiba aku tahu birthday kau bila, kau pergi mana, kau buat apa, kau belajar mana, tgh in relationship ke.. semua tu aku boleh tahu sebab style aku, bila aku kenal dengan seseorang tak kisah lelaki ke perempuan. Aku akan buat background check pasal orang tu. 

Honestly.

Kalau kau kenal aku betul-betul... kau akan tahu yang aku ni sebenarnya seorang yang sangat talkactive, suka banyak tanya , gelak macam kejap lagi takde masalah nak datang and yang lainn, korang kena kenal aku dulu la, baru tahu perangai aku macamana. 

Aku tak kisah kalau kau nak kata aku serius ke ape ke.
Actually aku lagi suka macamtu, sebab at least maybe kau takkan berani nak pijak kepala aku and ada rasa hormat.
But its quiet unfairla kalau kau cakap macamtu, without effort pun untuk having conversation with me and to know the real me.

Sebab

Orang selalu cakap, kau akan kenal attitude sebenar seseorang tu kalau kau dah kawan dengan orang tu.

First impression boleh jadi betul boleh jadi salah. So untuk tahu 1st impression kita terhadap seseorang tu betul ke tak, cara dia hanya dengan berkenalan and talk to that person.

And I'm so sorry la to person yang rasa tak selesa dengan keseriusan aku, or maybe rasa aku tak banyak bergaul dan tak banyak cakap.

Sebabnya...

Kalau aku tak jumpa keserasian or maybe topik untuk bercakap . I will just in silent mode. Bak dalam bio blog aku ni. Tapi jangan ingat, aku tak tahu apa pun pasal korang because aku seorang yang sangat ambil tahu hal orang sekeliling.


So yeah..

Pengajaran untuk aku dan kau. Kenal dulu dengan orang tu, baru kau tahu orang tu macamana. Kalau nak buat assumption pun , tak payah nak speak out macam kau dah betul2 tahu orang tu macamana.

n last thing aku nak cakap. Antara benda paling basic untuk aku tahu orang tu betul tak kenal aku adalah.

Dia tahu siapakah orang yang paling aku fanatik kat dunia ni. Hahahaha

Kalau tak tahu tu, memang dia bukan sesiapa la dalam hidup aku.


On my mid semester break. Will really take a break
from everything
that makes my life miserable. Goodnight.





Sunday, July 31, 2016

Hidangan Lobster dengan Harga Murah !



Aku ada satu habit iaitu , bila aku craving nak makan something , aku akan pastikan aku akan dapat makan benda tu .

Ada satu hari tu , aku termimpi kan pau coklat , lepastu bila terjaga , tak memasal rasa teringin nak makan pau coklat. That time , aku still takda lesen motor nak pergi keluar jauh-jauh . sekadar area rumah aku tu , aku beranilah nak bawak motor takda lesen . At last aku ajak member aku teman merempit sama-sama gi pasar cari pau coklat . Sampai macamtu sekali :'D

Then , beberapa minngu yang lepas , aku tengok Majalah 3. Dia tunjuk pasal satu cafe ni (Woop 2 Lobster ) yang jual hidangan lobster dengan harga yang murah dan berpatutan . Bila aku tengok menu yang dihidangkan tu , apa lagi , mulalah aku rasa teringin nak makan lobster.

Aku pun bagitahu abah aku , bagitahu abang aku yang aku teringin nak makan lobster. Disebabkan lobster ni memang tak jual kat kedai makan biasa , dan juga tak boleh dipancing di sungai belakang rumah aku .... terpaksalah aku suarakan keinginan makan aku tu kat family. Beberapa minggu gakla aku tunggu sesiapa bawak aku pergi makan lobster . Then baru aku terfikir nak google tempat makan lobster murah..

n what I found was , this......



Hase Ikan Bakar dan Lobster , Terletak di Medan Makan betul-betul bersebelahan dengan McD Damansara Damai . Tak sangka ada juga tempat makan Lobster yang murah kat area rumah aku. Mulanya aku cadang nak makan dekat restoran The Red Lobster, tapi bila fikir masa and semua orang busy , aku pilih la makan kat sini. Waktu tengok review kat page Oh Bulan , starting price lobster kat kedai ni RM 25 .. mulanya memang tak percaya . Lepas datang and makan sendiri kat sini , baru lah nak percaya :D


So , on that day , aku order Grill Slipper Lobster yang dihidangkan dengan jagung bakar n mash potato . Dan abang aku order Slipper Lobster masak 3 rasa yang dihidangkan dengan nasi putih . Kedua- dua menu ni aku pilih berdasarkan menu book kat bawah ni :


Well , untuk harga RM 25 dan dapat saiz lobster yang macamtu , bagi aku berbaloi gak la. Tak terlalu kecil dan tak sebesar yang macam selalu tengok kat TV tu.  Tapi kalau korang rasa tak puas nak makan lobster yang saiz sederhana macamtu , dekat restoran ni ada juga jual jenis lobster yang besar macam Boston Lobster , Green Lobster , Rock Lobster and Lobster Gajah. Korang boleh google sendiri gambar2 lobster yang disebutkan tadi :B


So , selain dari menu Lobster shj , Hase Ikan Bakar & Lobster ada juga menu-menu lain and pakej set yang disertakan dengan menu seafood yang lain , dengan pelbagai range harga !






Kepada yang duduk area Sungai Buloh or sekitar Damansara Damai , boleh la try datang ke Restoran ni kalau korang teringin nak makan Lobster dengan harga yang murah dan berpatutan . Plus , masakan dia memang tak mengecewakan ! For more info , korang boleh search FB restoran ni : Hase Ikan Bakar & Lobster . 

See you later ! Bye :)

Tuesday, July 26, 2016

Senang ke jadi Cikgu Tadika ?




Dulu , waktu aku cuti semester yang agak panjang .. aku nak cari kerja . At least bila dah habis cuti, aku ada lah duit lebih nak beli barang masuk semester baru....

Disebabkan waktu tu aku agak malas nak cari kerja yang jauh , plus kenderaan kat rumah pun limited, aku minta abah aku tanyakan kalau-kalau Tadika kat area rumah aku tu ada ambil part time cikgu untuk mengajar. Mana tahu kalau-kalau tak cukup cikgu ke waktu tu , ada cikgu cuti bersalin ke .... btw tadika kat area rumah aku tu Tadika Pasti.

Dalam otak aku waktu tu...

"Alahh , cikgu tadika. senang je. Ajar ABC,123.... takkanlah nak kelulusan tinggi. Sekadar aku nak part time kat situ , ok kot"

Tapi malangnyaaaaa...... lepas abah aku tanya pihak pengurusan tadika tu . dorang kata , dorang tak ambik part time. Kalau nak kerja , kena kerja lama sebab dah malas nak cari ganti ..

So end up. Aku kerja KFC :D

This year , suddenly rezeki menyebelahi aku . Lepas habis diploma bulan 4 haritu. Aku cadang nak rehat dalam beberapa minggu , then dalam hujung bulan 4 aku nak cari kerja supaya akaun bank aku tak $O. Dalam tempoh aku berehat tu , ada satu hari aku pergi join satu mesyuarat and waktu tu aku tumpang kereta cikgu-cikgu tadika ni lahh.

Sepanjang perjalanan ke tempat mesyuarat tu, dorang ada lah tanya pasal perkembangan aku semua... then aku katalah aku dah habis belajar. Suddenly , sorang cikgu ni cakap ,

" haaa. baguslah macamtu. Nanti bolehlah jadi cikgu ganti kalau ada cikgu Pasti pergi mesyuarat atau cuti emergency "

I said Yes for that :D

Dijadikan cerita , beberapa hari lepastu .. aku dipanggil untuk jadi guru ganti sebab beberapa orang cikgu tadika kena jadi guru pengiring kat luar. Aku kena ajar kelas 6 tahun .

Rasa nervous , takut .. and aku fikir gak , apa aku nak ajar besok. Sebaik cikgu kelas 6 tahun tu briefing aku dulu , nak kena ajar apa semua..

Dan pada hari pertama aku mengajar..... Persepsi aku yang ingat jadi cikgu tadika tu senang, berubah 360 darjah !

Its not about mengajar je , but cabaran terbesar aku haritu adalah macamana nak mendisiplinkan kanak-kanak ni.

Kanak-kanak yang kalau kau tak cari perkataan yang mudah , dorang takkan faham apa kau cakap

Kanak-kanak yang kalau kau tak keluarkan suara yang lantang , dorang akan ignore arahan kau

Kanak-kanak yang kalau kau tak kreatif mengajar , dorang akan menguap dan tak fokus belajar.

Dalam hati aku *matilanakkkkkk

Selepas hari pertama aku mengajar tu , betapa salute nya aku pada guru-guru tadika yang lain sebab mampu bertahan dengan job dorang yang dulunya aku rasa mudah tu.

Bagi aku , jadi cikgu tadika ni memang mencabar . Sebab setiap guru ada tanggungjawab nak pastikan kanak-kanak yang baru nak kenal huruf dan nombor ni , faham dan tahu apa yang di ajar . Nak kena pastikan dorang ni kenal suku kata , tahu menulis , tahu mengira plus...

Disebabkan Tadika Pasti ni tadika islamic , kanak-kanak ni juga kena hafal surah-surah lazim , ayat qursi , surah al-mulk , ayat seribu dinar , hadis , doa dan zikir.

Tugas aku agak mudah , cuma jadi guru ganti.... mata pelajaran pertama haritu , hafazan. Aku semak bacaan semua pelajar 6 tahun ni dengan baca surah tu bersama-sama mereka. Bila dorang baca je , aku dah impress. Banyak dah surah dorang hafal di usia 6 tahun . Kalau tak disebabkan cikgu dorang yang tegas dalam didik mereka ni untuk hafal setiap surah tu , mestilahh dorang tak selancar ni... Aku impress sekali lagi. Surah Al mulk tu bagi aku agak panjang juga ayat dia. tapi bila aku suruh dorang baca.. dorang dah hafal sampai ayat 12 dah.

huh.. Aku sendiri pun x hafal surah tu . Malu jap kat adik-adik ni.

Then... ada satu hari ni pula ... aku kena ajar kelas 5 tahun..
Ni lagi tough dan aku tukar sikit cara mengajar aku. Sebab pelajar 6 tahun ni lebih faham apa yang kita arahkan berbanding pelajar 5 tahun yang masih mcm 'baby' bagi aku. Plus aku dapat tahu , kelas 5 tahun ni ada sorang budak hyperaktif . Makin risaulah aku. Macamana nak kawal kelas nanti..

Memang aku rasa cabarannya mengajar kelas 5 tahun berbanding 6 tahun.

Bila aku suruh tulis , semua macam blurr..
Kena bagi arahan 2 3 kali baru nak dengar.
Kena libas rotan kat meja baru semua reti nak senyap ..

Tapi aku still have fun dengan dorang . Alhamdulillah semuanya masih terkawal dan walaupun dorang blur , tapi lama-lama dorang buat juga apa yang suruh..

Hmmmm.. tu baru jadi cikgu ganti , belum jadi cikgu permanent kat situ .

Jadi, apa yang aku nak cakap kat sini espescially kat mak ayah yang ada anak kat tadika ...

Katalah anak tu tak pandai sangat membaca atau senang cerita tak mencapai expectation yang diharapkan...

Janganlah sepenuhnya salahkan cikgu tu sendiri.

Aku percaya cikgu tu sendiri dah berusaha bersungguh-sungguh mendidik pelajar tu
and kita kena tahu yang tak semua budak boleh cepat faham apa yang di ajar sebab maybe dorang susah nak fokus .. so as a good parents , ambil tahu apa yang anak-anak buat kat sekolah. Tanya cikgu tentang attitude dan respon dorang ketika di ajar . Bukannya salahkan cikgu bila anak tu tak pandai dan sebagainya..

Sebab lepas dah rasa sendiri jadi cikgu tadika , aku tahu kerja ni memang mencabar. Nak mengajar , nak jaga keselamatan budak-budak ni lagi ..


Akhir kata , terima kasih kepada guru tadika aku Pn Marbiyah Mohd sebab dah ajar aku , yang kenal kan aku pentas dan mikrofon sampai sekarang aku ada confident bila kena buat persembahan kat pentas.

Semoga Tuhan merahmati sesiapa sahaja yang bergelar guru . :)

So I left you with this video , when Hafiz teaching me Bahasa Arab and ak saja buat-buat salah dan malas, just to see his respond. Hahahahaha...



Tschussss !