Saturday, March 2, 2013

Story behind the Song .


Beberapa hari yang lepas aku kerap mendengar lagu Mestikah Ada Yang Lain by Faizal Tahir .
Dan mulalah imaginasi aku merawang untuk buat cerita pendek but aku bru ada sketch kasar je baru .
Nak tulis cerita penuh dia entah bila . Jangan tanyalah .Basicaly cerita dia macamni .

Ianya tentang kisah Zackry,Natalia dan Munira .Sketch kasar dia macamni .

Munira ni dia pernah selamatkan Zackry dari kemalangan . Sampaikan bahagian tulang-tulang yang patah kena ganti dengan besi . Waktu ni Zackry tak kenal lagi si Munira. Sehinggalah beberapa tahun , ditakdirkan Munira bekerja ditempat yang sama dengan Zackry dan mereka jatuh cinta . Btw, Zackry taktahu yang Munira ni pernah selamatkan dia dari kemalangan .

Tak lama kemudian dorang berdua married . Dan bertahun lamanya langsung tak dikurniakan cahaya mata . Munira tekad taknak bagitahu Zackry pasal keadaan dia sebab takut kehilangan Zackry . So dia pun izinkan Zackry berkahwin lagi dengan Natalia ,rakan kongsi di Syarikat Zackry . Ternyata percaturan Munira salah . Lama2,kasih sayang Zackry dah pudar dekat Munira . Sampaikan jarang balik rumah sebab banyak habiskan masa dengan Natalia yang baru saja mengandung . Zackry langsung tak tanya khabar Munira . 

Sampai satu masa, Munira dikejarkan ke hospital sebab komplikasi di bahagian pembedahan dulu . Dia terkena jangkitan kuman dan masa dia kat dunia pun dah x lama . Tak lama kemudian Munira meninggal dunia hanya disisi rakannya . Sejurus mengetahui berita kematian Munira, Zackry terus pergi ke hospital . Dia memang menyesal sebab tak ambil tahu pasal Munira . Akhirnya , rahsia Munira , yang dia telah menyelamatkan Zackry dri kemalangan diketahui juga,Setelah kawan Munira  memberi diari Munira kepada Zackry. Dan itulah pengakhirannya .


Cerita panjang lebar lagi . Aku tak tahu nak karang bila .  hehehe

No comments:

Post a Comment