Sunday, March 30, 2014

Cinta kerana Allah .


Assalamualaikum and Heyyawww !
Berbulan lamanya tak update blog .
Nampak sangat ketandusan idea + sibuk dengan kerja sebagai student yang berkaliber *cough

 Sambil mendownload movie Percy Jackson . Dapat idea untuk post harini . Harini nak buat sikit review (lebih kepada pengalaman membaca sebenarnya ), pasal buku yang baru saja aku habis baca semalam . Titled : Cinta Kerana Allah oleh Ustat Pahrol Juoi .


Hampir setiap hari berendam dgn ilmu dari buku-buku universiti sampai rasa otak ni dah kecut untuk hadap semua buku tu .

Sebelum final exam , aku balik rumah . Kononnya sebab nak belanjakan baucar buku . Jadi haritu aku dengan kawan-kawan pergi MPH MidValley .

"hmmm...seronok juga shopping buku ni ya "...  memang seronok , sampai aku rasa tak tahu nak pilih buku apa yg patut untuk dibeli .

I saw this book . Walaupun aku ni tak pernah patah hati , *batuk lagi , aku rasa buku ni macam best pulak. Aku selak buku ni pada isi kandungannya dan tanpa fikir panjang aku masukkan buku ni dalam bakul belian aku .

Buku ni sebenarnya lebih ditujukan khas oleh pasangan yg sudah berkahwin , bagaimana nak kekalkan hubungan rumahtangga , bagaimana nak solve masalah dlm hubungan . Tapi , maklumlah , seorang yg 'pengobserve' macam aku ni , mana reti kisah semua tu . Aku baca , aku dalami dan aku dapati ....

Buku ini terlalu banyak memberi motivasi kepada remaja mcm aku yg selalu nampak cinta tu sebagai yg wajib dimiliki , tapi selalu tak sedar , siapa yg patut dicintai sebenarnya ? buku ni juga telah beri jawapan atas soalan aku tentang , kenapa selama ni , orang yang putus cinta , akan rasa sakit lepas putus cinta ? dan banyak lagi .  Bersyukur dapat jumpa dengan buku macamni , yang bahasanya ringan , mudah difahami , sarat dengan motivasi berguna .



Terjun dalam-dalam ke dasar hati . Lihat kiri kanan muhasabah diri .

Pagi tadi , bukak blog Budak Tomato . Tengok post pertama dia dalam blog , about why he choose Tomato ? ..

Aku pun rasa macam nak samakan diri aku dengan buah la *menyibuk jugak 

Buah Tembikai . Ya , mungkin diri aku sama macam buah tembikai ... Luarnya keras , warna hijau ada jalur-jalur mcm corak askar. (Bukanlah bermaksud luaran aku pun warna hijau ada jalur-jalur askar) but what I want to represent is .. orang selalu nampak aku ni kasar , keras ...tengok cara jalan , tengok cara cakap . Memang macam takda chance org nk buat bini je . haha

Tapi , keras-keras si tembikai ni , sekali kena hempas . Pecah berkecai . *teringat kat iklan topi keledar tembikai .


Aku selalu lemah disebabkan manusia .Walhal , semua manusia itu lemah . Sepatutnya , aku lemah kerana yg berkuasa iaitu Tuhan .

banyak lagi cacat celanya di hati ini .

Jadi , buat para pencinta . Dapatkan buku Cinta Kerana Allah . insyaAllah bakal memberi manfaat .


Tschuss :)