Heyyaw and Assalamualaikum ! I hope you all doing fine out there . Alhamdulillah I already finished my 20 month as diploma student and its gonna be another 4 month to totally finish my diploma . So excited , yet nervous for the result . Lets pray that Sri Nazwa get the excellent result for her diploma . Aminnn .
Today topic , seperti yang telah dinyatakan atau yg lebih mudah lagi I was discussing the things yg senang cakap tapi susah nak buat
or cakap je lebih tapi langsung tak maksudkan apa yang dicakapkan .
Rata-ratanya memang pernah hadapi situasi ni .
Same goes with the person yang tulis post ni .
1) "Aku nak berubahlah"
Rasanya benda ni lah yang paling di sebut tapi buatnya mungkin 100 tahun selepas benda tu di ucap . Hahahaha. Kalau nak lagi deep , tunggu dunia ni nak kiamat baru reti nak berubah . Siapa yang cakap esok dia nak berubah , and memang betul-betul esok dia berubah , tu memang terbaik ! . As we know nak berubah dari buruk ke baik bukanlah suatu benda yang senang , but we must make the reward when we've changed as our motivation to change , sbb kita pun tahu ganjaran kalau kita berubah dari buruk ke baik ni , bukannya sekecil kuman tau . Walau effort yang kita beri tu sekecil kuman . Hah ! pandai-pandailah fahamkan ayat aku tu :D
2) "Aku janji ............................"
A. Tak buat lagi
B. Sayang kau selamanya (geli pulak bila baca)
C. Kejap lagi aku siapkan kerja aku .
Antara A , B, dan C mana yang pernah kau janjikan tapi kau tak buat pun apa yg kau dah janjikan ?
or tak kisahlah janji apa sekali pun tapi langsung tak tunaikan . Haaa ! Itulah yang dinamakan Janji Dicapati bukan Janji Ditepati . *sampaitakpunchlineakuni?
Janji pun adalah salah satu spesis yang senang kita cakap tapi kadang kita tak buat pun apa yang dijanjikan . So before berjanji , first, fikir dulu mampu ke kita laksanakan janji kita . Second, jangan lupa cakap InsyaAllah sebab semua yang berlaku dan apa yang ingin kita lakukan semuanya atas izin dari Allah :)
3) Move On
Nampaknya topik ni makin serius *ecewahhh. Hahahaha . Selalunya kalau cerita pasal move on je
mesti nak kaitkan dengan orang bercinta kan ? Tapi tak semestinya . Move on ni boleh jadi pada macam-macam perkara , move on boleh juga kita cakap berubah , boleh jadi nak lupakan kejadian-kejadian yang menakutkan , whatever it is move on adalah satu tindakan yang kita nak buat apabila ada perkara yang buruk berlaku kat kita .
Tapi selalunya , bila kita cakap , kita nak move on ...
Hakikatnya kita still teringat ingat perkara buruk tu
ataupun
Bila orang suruh kita move on , mesti kita akan jawab
" kau cakap senanglah , kau tak rasa apa yang aku rasa" *dramasangat
So , ini membuktikan sekaligus , move on tu memang benda yang senang sangat orang cakap , tapi hakikatnya sukar untuk dilakukan .
4) "Aku Ikhlas............."
Kadang-kadang kita ada cakap , "aku ikhlas tolong kau" , "aku ikhlas bagi kau"
Tu waktu kita senanglah kan . Senang juga lah kita cakap kita ikhlas semua ..
Tapi bila sampai kita diuji on something , kita mesti kadang mengharap orang yang kita dah tolong tu , tolong kita balik . Kononnya sebab , dulu aku dah tolong kau , mestilah sekarang kau kena tolong aku balik . (a.k.a mengungkit balik semua kebaikan yang dia dah buat kat orang tu yang dia dah lupa dulu dia cakap dia ikhlas nak tolong tapi agaknya dia tak tahu kot apa maksud ikhlas tu ? ) *haaa..cukup nafas x nak baca tu ?
or
kita mengharap orang appreciate semua kerja kita atau apa yang kita dah bagi . Walaupun in human nature , kita ni kalau orang dah buat baik dengan kita , at least say thank you and appreciate lah apa yang dia dah buat .
AKAN TETAPI
when it comes to Ikhlas . You didn't hope for anything from all your doing except the reward from Allah SWT . Jadi kalau cakap ikhlas tu pastikan kita betul-betul ikhlas .
Tengok je header blog aku ada sincerely by , Seri Nazwa
Nampaklah kan aku ni memang ikhlas menulis untuk korang kan ? (ni dah jatuh riak pulak :( )
Conclusion ?
Tak semua orang jenis senang cakap susah buat . Ada juga yang memang jenis senang cakap senang juga buat . Dan orang-orang ni tentunya mempunyai satu pendirian yang kuat . Tanpa sedar , menulis tentang perkara ini juga mudah buat aku tapi sukar nak percaya yang hampir semuanya aku lakukan . *Aku lah tu orang yang senang cakap tapi susah nak buat :( . Semoga kita jadi orang yang lebih baik dari semalam sebab orang inilah yang paling beruntung :)
Musim-musim jerebu ni , duduk jelah dalam rumah tu dan buat perkara yang berfaedah seperti membaca blog aku , Ahakss ! . Sebelum kita berpisah , aku ada sedikit kata-kata untuk dikongsi .
" Kadang-kadang , kalau kita buat baik kat orang ,
Tak semestinya orang yang sama akan datang membantu bila kita pula yang susah
Tapi , ada orang lain yang Allah hantar untuk kita , semestinya lebih baik dari orang itu .
dan
Kadang-kadang kalau kita buat jahat kat orang ,
Tak semestinya diri kita yang terima balasan balik atas perbuatan jahat kita
Tapi , mungkin orang lain , yang Allah dah tentukan , semestinya atas sebab tertentu." - Mak
Havva nice day ahead ! Tschussssss !