Beberapa jam menghampiri 2016 . Tak lama lagi , usia meningkat , perbelanjaan bertingkat, hidup juga mungkin makin singkat . Aku jarang pasang azam bila tahun baru masihi datang . Selalunya aku pasang azam waktu tahun baru hijrah . Bukan nak tunjuk aku ni baik , tapi motivasi aku untuk lakukan setiap azam yang aku letak setiap tahun baru hijrah lagi tinggi berbanding tahun baru masihi .
Aku juga tak suka nak share apa azam aku setiap tahun dekat orang lain . Sebabnya katalah aku tak mampu laksanakan azam aku tu , aku juga yang malu . Jadi better aku sorang je yang tahu dan nilai sendiri sejauh mana aku dah laksanakan semua azam yang aku buat .
2015 tahun yang mencabar mental fizikal . Aku banyak habiskan masa dengan assignment . Assignment pula boleh tahan tough . Aku jarang menangis untuk assignment , tapi tahun ni , mmg ada assignment berjaya buat aku menangis . Hubungan dalam persahabatan dan orang sekeliling pun turun dan naik . Mood juga kadang2 tak stable . Sungguh mencabar tahun ini ! *bagi aku lah
Apa yang baik kita kekalkan , dan apa yang kurang , kita cuba ubah . Dan tak semestinya bila muncul tahun baru je , baru reti nak berubah . Setiap hari kena muhasabah diri dan ubah apa yang tak ok kebesokan harinya . InsyaAllah . Semoga 2016 , kita dapat achieve segala cita-cita kita .
Its my final semester too . Hope I'm doing great . Aminnn :)