Assalamualaikum and Heyyaw !
So haritu waktu cuti Wesak, me and my friends plan nak pergi mandi air terjun. We decided to go to Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. Dari Shah Alam adalah dalam 1 jam 30 minit perjalanan. Itupun sebab guna google map. Maybe kalau betul-betul tahu jalan, takla selama macamtu.
Sepanjang perjalanan ke Sg. Chiling tu maybe korang akan lalu di kawasan Empangan Kuala Kubu Bharu yang sangat cantik dan menenangkan !
Dari empangan tu. sekitar 15 minit korang akan sampai ke destinasi. Kereta kena parking dekat luar. So dari entrance gerbang yang tulis 'Santuari Ikan Sungai Chiling' tu, korang kena jalan kaki ke main entrance.
(Main entrance Santuari Ikan Sungai Chiling)
(Di sekitar kawasan pos kawalan)
Sampai je kat main entrance, korang boleh terus daftar nama kat pondok kawalan dia and buat bayaran sebanyak RM 1 per head. Untuk ke air terjun, korang perlu jungle trekking dan melintasi 6 anak sungai. Kadar masa perjalanan dari pondok kawalan ke air terjun adalah lebih kurang 45 minit, kalau korang tak berhenti rehat atau tak sesat jalan.
Antara tips yang aku boleh bagi kepada korang yang maybe first time nak pergi mandi air terjun kat sini, adalah:
1- Pakai pakaian yang bersesuaian. Kalau boleh waktu nk jungle trekking tu, pakai seluar panjang. Sebab, korang akan melalu jalan berair, berlumut, semak kiri kanan. So untuk mengelakkan dari ada binatang kecil melekat kat kaki, better pakai seluar panjang. Sebolehnya pakai kasut supaya senang nak lintas sungai nanti.
2- Jangan bawa banyak barang yang banyak ketika jungle trekking. Ini untuk memudahkan perjalanan korang terutamanya waktu nak melintas sungai. Arus air agak deras dan agak mencabar. Tapi kalau korang memang sukakan cabaran atau jenis dah biasa hiking n everything. Just go with it.
3- Tak perlu bawa baju spare waktu jungle trekking. Terutamanya bagi yang perempuan. Korang boleh tinggal je baju spare korang maybe kat surau atau di kawasan pos kawalan. Sebab, dekat area air terjun tu, takda tempat pun nak tukar baju. So buat penat je nak usung beg baju yang ada macam-macam barang tu waktu jungle trekking. Tapi, if nak bawak juga, make sure wrap dalam plastik. So waktu lintas sungai or kalau hujan, baju korang tak basah. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Hahahaha.
4- Jangan lupa alas perut before jungle trekking and bawak air yang mencukupi.
5- Datang pagi sebab kawasan air terjun akan ditutup pada pukul 5 dan mungkin awal daripada itu.
Ok. itu adalah beberapa perkara yang aku boleh share dekat korang yang first time nak pergi mandi air terjun kat Sg Chilling ni. Bagi aku, trek dia agak mudah untuk dilalui cuma bila part nak lintas sungai tu yang agak mencabar sikit. Sampai selipar dengan tuan selipar ni, hampir di bawa arus sungai. Hahahaha
Aku start jungle trekking sekitar pukul 11.30 dan sampai ke air terjun lebih kurang 12.45 macamtu. Lambat sampai sebab bebarapa obstacles plus first time lagi. hahaha. Walaupun penat tapi puas hati sebab finally dapat tengok keindahan air terjun Sungai Chilling nii............ !
So pukul 2.30, me and my friends dah bersiap untuk balik ke pos kawalan. n otw nk balik tu, hujan lebat yang amat. Hahaha. Merasa lah kiteorang hiking dalam kehujanan..
Aktiviti ni memang mengajar aku erti kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. I think I dont need to join team building programme pun. Cukupla gi jungle trekking kat Sg Chilling ni. Hahahahaha. Macam-macam drama ada.
But I really hope that will be an organization yang akan cuba bangunkan tempat ni. Sebab dari segi fasiliti kurang memuaskan. Tandas yang boleh digunakan hanya 2 dan kemudahan surau pun tak selesa sebab kecil. Plus, aku nak nasihatkan korang, untuk dengar cakap staff yang bertugas kat pos kawalan supaya takda perkara yang tidak diingini berlaku.
But overall I'm still having fun ! thanks to my buddies sebab ajak iols join this trip. Next time kita pergi lagi k ? HAHAHAHAHAHA
Havva nice day people !
Tschusss !