Assalamualaikum and Heyyaww !
How are you ? I 'm fine :)
Alhamdulillah pada tarikh 27.04.13 aku dah selamat ditemuduga untuk kos pengajian media ni .
Syukur kepada Allah yang mempermudahkan segala urusan aku seperti yang dirancang dan kredit juga harus
aku berikan kepada Balong and my abang Ipar yang dah tolong driftkan aku ke UITM .
Well , actualy kalaulah takda siapa yang hantar aku . Memang aku kena ride lah . Berterima kasih pada mereka berdua :)
Jadi, secara ringkasnya , program ni adalah first choice aku waktu mohon UPU . Keterujaan mendatang bila dapat tahu yang aku diminta datang temuduga . Ada orang cakap, bila dah dapat temuduga ni , chance nk dapat tu dah hampir. Harap-harap betullah kan ?
PREPARATION
Lepas dapat je tahu pasal berita ni . Aku mulalah Googling tentang temuduga ni . Adalah jumpa 2 3 blog ni yang owner dia pernah pergi temuduga ni . Then , aku pun start lah berimaginasi tentang soalan-soalan yang maybe panel temuduga tu akan tanya dan tulis jawapan dia .
Lebih kurang macamni lah. Aku dah siap-siap buat preparation about soalan mcm, Apa itu masscom ? Kenapa minat masscom ? Peluang Kerjaya dalam Masscom ? Kenapa kena pilih aku masuk UITM ? Kenapa pilih UITM untuk sambung study ? dan semua jawapan yang aku tulis aku hafal . So senanglah nanti kan . BIla dia tanya lancar je aku jawab . cehh ,confident macam betul je dia nak tanya yang tu . Haha .
Then , buat research about general knowledge, punyalah aku menghafal nama dekan Fakulti Masscom, Pro Canselor UITM , Info2 pasal pilihan raya dan semua berita yang aku rasa baru je berlaku . Maybe dia akan tanya, so aku just prepared jelah .
TEMUDUGA
Setelah menempuhi segala round about di Shah Alam , akhirnya pada sekitar 8.39 aku sampai di Fakulti Masscom . Aku rasa aku ni dah lambat dah , tapi melihatkan ramai lagi yang tengah beratur untuk daftar, buat aku tenang balik . Macam-macam fesyen ada. Biasalah kan ? Dress aku untuk temuduga tu serius macam cikgu . Yang lain aku tengok ada yang macam nak pergi shopping , temuduga kerja , mcm nak pergi award ABPBH pun ada . Tapi lantak doranglah kan . hehe .
After sahkan kehadiran . dapat nombor temuduga . Temuduga ni ada 2 bahagian . Sesi pertama , bertulis . Sesi kedua , berjumpa panel temuduga . So, kami semua diarahkan ke tingkat tiga untuk buat ujian bertulis .
Kami diarahkan untuk menulis essay 200pktaan tentang Apa yang anda tahu tentang masscom . Kenapa pilih kos masscom dan apa sumbangan yang boleh diberikan pada course ni . And I was like , ni pejam mata pun boleh jawab. hehehe. Berlagak gila. Yelah apa taknya, dari rumah aku dah hafal awal-awal . Masuk pulak tu soalan yang aku hafal . Fuuhhh..tulis lancar je . Alhamdulillah lah kan . Tak sia-sia aku buat research .Essay ni arahan dia walaupun dwibahsa tapi kena jawab dalam Bahasa Inggeris. hehe
dan setelah tamat sesi bertulis . Sesi jumpa panel temuduga pulak . Dia bahagikan kepada 3 group . Aku group number 2 . Dalam group 2 ada 22 orang dan aku yang ke 18 . And bayangkan sorang student , ambik masa dalam 30 minit ditemuduga .. Turn aku pukul 2 lebih macamtu . Serius keadaan aku dalam dewan kuliah tu menunggu giliran , lapar lagi tu , bosan, mengantuk . Sebaiklah , ada orang yang whatsap aku, then kuranglah bosan kan ? Then, adalah jugak kenal 2 3 orang strangers yang very annoying and talkactive. Tapi aku ni jenis tak kisah and open minded je . So, borak-borak lah dengan dorang . Hilang nervous aku .hehe
Yang lelaki tu Haziq from Damansara Jaya . Yang baju merah tu , Azma from Bangi and yang baju fancy tu Mawar from Convent Bukit Nanas . Seriously dorang ni riot and tak sombong . Well , ok lah kan .
Sampai je turn aku . Aku pun senyum jelah kat panel temuduga tu . Sebaik tak nervous sebab turn aku pun hujung-hujung kan . Aku bagilah segala sijil-sijil aku . Antara soalan yang dia tanya
1- Perkenalkan diri
2- Kenapa pilih masscom ?
3- Kenapa nak jadi journalist even kerjaya ni sering dipandang buruk oleh masyarakat
4- Macamana nak pastikan maklumat yang kita dpat tu betul dan sahih
5- Dia suruh terangkan tentang satu pertandingan yang pernah aku sertai iatu contest Newspaper in Education
Soalan dia taklah mencabar , yang mencabarnya bila aku kena jawab dalam bahasa Inggeris . Part yg perkenalkan diri dengan kenapa pilih masscom tu mmg takde masalah nk full english . Sampai je soalan lain, memang campur lah jawabnya . Tapi , alhamdulillah , tetap juga aku jawab dengan lancar. Takdelah sampai bunyi cengkerik kan bila dia tanya . hehe.. Tambah bersyukur bila dia langsung tak tanya pasal General Knowledge. Fuhhh, sebaik kot. :)
InsyaAllah , jika temuduga ni berjaya .
Aku akan belajar di UITM Melaka .
Bila tahu je Melaka , serious happy gila . Hehe .
Semoga temuduga Sri Nazwa akan berjaya . Aminnn
Thanks doakan . hehe
See you later , Tschusss !