Dah 2 minggu berturut aku pulang ke rumah dan pada minggu
ini , aku ambil keputusan untuk menginap di kolej sahaja . Kondisi kesihatan
pun baru saja nak pulih . Minggu depan , mungkin aku pulang kembali .
Harini Jaja ajak aku ke Bazar Masjid Tanah . Bazar yang
paling best aku rasa di kawasan ni . Bukan berdua sahaja , Jah dengan Ayu pun
ikut sama . Kami berempat malas nak tunggu bas , jadi kami ambil keputusan
untuk naik teksi sahaja .
Setelah mendapatkan teksi , semua pun naik . Aku duduk di
bahagian depan . Sejujurnya , bila aku naik teksi , aku tak suka duduk depan
sebab aku rasa tak selamat . Tapi disebabkan geng-geng aku dah memenuhi ruang
belakang , aku beralah sahaja .
Pakcik yang pandu teksi ni , aku jangka umurnya lingkungan
45 ke atas mungkin . Waktu aku laraskan tetingkap aircond teksinya yang rongak
, dia mulakan bicara .
“yang lompong-lompong tu , anak pakcik lah yang buat tu ,
habis disepaknya “
Aku balas , “ Biasalah pakcik , budak kecik ..hmmm “
Dan beberapa meter berlalu , pakcik teksi ni terus bercerita
. Perihal teksi yang mahal tambangnya , cuti student-student uitm hingga dia
bukak satu cerita tentang nak raya .
Pakcik Teksi : Budak-budak sekarang , baju raya kemain lagi
. Kalah mak ayah . Haritu anak pakcik , pakcik tempahkan 2 baju raya . Suka
betul dia . Tiap hari tanya , bila nak siap baju ? Bila dah siap , semangat
betul dia pakai sampai tanya bila nak raya ni bah ?
Aku : Hmm . betul lah tu pakcik , budak-budak kan . (*aku
seakan tak tahu nak respond apa .)
Pakcik Teksi : Tapi asalkan dorang gembira pakcik tak kisah
. Pakcik dulukan anak bini pakcik lebih dari diri sendiri . Kadang baju raya
pakcik pun , pakcik pakai yang tahun lepas . Kalau beli pun , pakcik mampu beli
yang kat Pasaraya Sakan tu je . Seluar ni pun 29 ringgit . Mahal lagi baju anak
pakcik dri baju pkcik sendiri . Tapi kan , bila pakcik balik rumah , dorang
sambut pakcik , senyum , gembira , terbalas semua kepenatan pakcik ni , hilang
terus .
Panjang lebar cerita pakcik ni . Setiap satu yang
diceritanya betul-betul terpukul di kepala aku . Aku teringat pasal ayah aku .
Abah aku pun bukan kerja besar , tapi Alhamdulillah , cukup untuk sara family .
Tiap tahun , baju aku , adik-adik , silih berganti fesyennya . Tak pernahlah
kami pakai yang tahun lepas punya atau bagian orang . Tapi Abah , 2 tahun sekali
barulah bertukar baju rayanya . Kalau kami dapat 3 pasang sorang , abah baru
satu pasang . Aku tak tahu kenapa , mungkin dia rasa , kami lagi perlu rasa
kemeriahan beraya dengan baju baru lebih dari dia yang kini sudah hampir 52
tahun .
*sampai di Masjid Tanah
Pakcik Teksi : Satu hari , kau dah kahwin , ada anak . kau
tahulah susah nak fikir pasal makan pakai dorang . Nanti , kau mesti teringat
balik apa yang pakcik ckp tadi .
Aku : Hmmm. Betul lah tu pakcik . Ni tambangnya pakcik .
Terima kasih banyak J
Sepanjang aku di Bazar . Aku masih terngiang-ngiang cerita
pakcik teksi tadi . Mata aku mula berkaca teringatkan abah di rumah .
Lantas aku beri pesanan
“ Abah , terima kasih sebab selama ni belikan sri baju raya
, dan tanggung makan , pakai sri dari kecik. Sorry kalau sri pernah x bersyukur
dengan apa yang abah bagi . Sri sayang abah dengan mak “
Dan 3 minit berlalu , abah membalas .
“ kau dah kenapa ? ttbe je…. Kau baru dengar kuliah ke ? “
Aku senyum ,ketawa tak sedar air mata jatuh lagi :’)
No comments:
Post a Comment