Friday, July 4, 2014

Kisah Aku dan Pakcik Teksi


Dah 2 minggu berturut aku pulang ke rumah dan pada minggu ini , aku ambil keputusan untuk menginap di kolej sahaja . Kondisi kesihatan pun baru saja nak pulih . Minggu depan , mungkin aku pulang kembali .

Harini Jaja ajak aku ke Bazar Masjid Tanah . Bazar yang paling best aku rasa di kawasan ni . Bukan berdua sahaja , Jah dengan Ayu pun ikut sama . Kami berempat malas nak tunggu bas , jadi kami ambil keputusan untuk naik teksi sahaja .

Setelah mendapatkan teksi , semua pun naik . Aku duduk di bahagian depan . Sejujurnya , bila aku naik teksi , aku tak suka duduk depan sebab aku rasa tak selamat . Tapi disebabkan geng-geng aku dah memenuhi ruang belakang , aku beralah sahaja .

Pakcik yang pandu teksi ni , aku jangka umurnya lingkungan 45 ke atas mungkin . Waktu aku laraskan tetingkap aircond teksinya yang rongak , dia mulakan bicara .

“yang lompong-lompong tu , anak pakcik lah yang buat tu , habis disepaknya “
Aku balas , “ Biasalah pakcik , budak kecik ..hmmm “

Dan beberapa meter berlalu , pakcik teksi ni terus bercerita . Perihal teksi yang mahal tambangnya , cuti student-student uitm hingga dia bukak satu cerita tentang nak raya .

Pakcik Teksi : Budak-budak sekarang , baju raya kemain lagi . Kalah mak ayah . Haritu anak pakcik , pakcik tempahkan 2 baju raya . Suka betul dia . Tiap hari tanya , bila nak siap baju ? Bila dah siap , semangat betul dia pakai sampai tanya bila nak raya ni bah ?

Aku : Hmm . betul lah tu pakcik , budak-budak kan . (*aku seakan tak tahu nak respond apa .)

Pakcik Teksi : Tapi asalkan dorang gembira pakcik tak kisah . Pakcik dulukan anak bini pakcik lebih dari diri sendiri . Kadang baju raya pakcik pun , pakcik pakai yang tahun lepas . Kalau beli pun , pakcik mampu beli yang kat Pasaraya Sakan tu je . Seluar ni pun 29 ringgit . Mahal lagi baju anak pakcik dri baju pkcik sendiri . Tapi kan , bila pakcik balik rumah , dorang sambut pakcik , senyum , gembira , terbalas semua kepenatan pakcik ni , hilang terus .

Panjang lebar cerita pakcik ni . Setiap satu yang diceritanya betul-betul terpukul di kepala aku . Aku teringat pasal ayah aku . Abah aku pun bukan kerja besar , tapi Alhamdulillah , cukup untuk sara family . Tiap tahun , baju aku , adik-adik , silih berganti fesyennya . Tak pernahlah kami pakai yang tahun lepas punya atau bagian orang . Tapi Abah , 2 tahun sekali barulah bertukar baju rayanya . Kalau kami dapat 3 pasang sorang , abah baru satu pasang . Aku tak tahu kenapa , mungkin dia rasa , kami lagi perlu rasa kemeriahan beraya dengan baju baru lebih dari dia yang kini sudah hampir 52 tahun .

*sampai di Masjid Tanah

Pakcik Teksi : Satu hari , kau dah kahwin , ada anak . kau tahulah susah nak fikir pasal makan pakai dorang . Nanti , kau mesti teringat balik apa yang pakcik ckp tadi .
Aku : Hmmm. Betul lah tu pakcik . Ni tambangnya pakcik . Terima kasih banyak J

Sepanjang aku di Bazar . Aku masih terngiang-ngiang cerita pakcik teksi tadi . Mata aku mula berkaca teringatkan abah di rumah .

Lantas aku beri pesanan 
“ Abah , terima kasih sebab selama ni belikan sri baju raya , dan tanggung makan , pakai sri dari kecik. Sorry kalau sri pernah x bersyukur dengan apa yang abah bagi . Sri sayang abah dengan mak “

Dan 3 minit berlalu , abah membalas .
“ kau dah kenapa ? ttbe je…. Kau baru dengar kuliah ke ? “


Aku senyum ,ketawa tak sedar air mata jatuh lagi :’)