Saturday, October 18, 2014

Spontaneous Sunday : Kisah Aku Dan Perubahan


Assalamualaikum , Heyaww ! and Happy Sunday people :)
How are you and I'm fine and now aku dah cuti semester ! yehaaaa ! Masa yang ditunggu-tunggu oleh aku hampir setiap 4 bulan .


Buat pertama kalinya aku nak cerita benda yang agak personal dalam blog ni . Btw , its not too personal la , it just about myself and maybe quiet boring for you guys yg mcm ( 'ada aku kesah ke pasal hidup kau ?! ) Haaa ! :D I dont care btw :P

Harini aku tiba-tiba nak buka blog Bestie waktu aku Tingkatan 4 , Ajim . Ada 2 3 post pasal aku . Yang dia marah , cerita , and macam2 lagi . I still remember yang aku pernah gaduh dgn dia . And aku mengaku tu memang salah aku , sbb perangai aku  ni dulu agak tak matured sikit .... Haaa , gitu ! :D

2 things that you must know about me :-

- Sangat menghargai memori . Memori indah or buruk , dua-dua aku akan ingat selalu . Aku akan ingat setiap tarikh2 yang banyak beri kesan pada aku , dan aku selalu kira untuk tarikh tu datang pada masa akan datang . Aku pun tak tahu kenapa , tapi dah jadi habit

-Sentiasa ingat orang . Orang yang buat aku gembira and orang yang buat aku sedih . Orang yang pernah aku suka dan orang yang pernah aku benci . Semuanya aku tak pernah lupa . Even orang tu dah lupa kat aku , aku tak pernah lupa kat orang tu , Even pernah jumpa sekali , but I'm the type yg takkan pernah lupa dekat orang .

Orang kata life must goes on . But , sometimes aku akan cari balik benda-benda yang boleh ingatkan aku pada kenangan lama , lagu ke , barang-barang , hadiah , post blog :P and setiap kali aku ingat semua kenangan tu , aku akan gelak sendiri dan terfikir banyak benda dah berubah dalam diri aku dan aku sangat bersyukur .

Boleh katakan dulu aku ni cepat sentap , senang marah dan sangat suka balas balik apa yang orang buat kat aku . Even dulu aku ada blog yg aku selalu tulis pasal orang-orang yang aku tak suka . Bila dah besar sikit , aku rasa benda tu takda faedah pun dan buat dosa pun ada jugak . Aku delete blog tu dan buat blog baru ni , hahaha

Faktor yang buat aku berubah tak banyak pun . Aku rasa ada 2 jugak . 2 peristiwa terbesar dalam hidup aku . Berlaku waktu aku Tingkatan 5 dan yang peristiwa ke 2 dalam awal 2013 . aku tak boleh nak cerita apa peristiwa tu , sbb tu lagi lah personal dari cerita ni . Tapi apa yang aku nak kata , 2 peristiwa ni sangat menguji kesabaran aku , emosi . Boleh katakan berhari-hari aku menangis pasal peristiwa yang akhirnya aku sedar  benda-benda ni buat aku kuat dan bina kesabaran aku .

I admit kesan dia nampak sampai sekarang . Which is , aku still boleh tahan marah aku even dah ditahap berasap gila . Aku susah nak menangis selagi benda tu tak sesedih peristiwa aku yang dulu . Bila aku marah , aku diam . Aku takkan bercakap apa pun . Dan aku percaya aku mampu buat semua ni hasil daripada kesabaran yang ada dalam diri aku dan peristiwa yg banyak ajar aku untuk jadi kuat , lebih-lebih lagi kuat berdoa .

Aku rasa sangat bersyukur dan berharap banyak lagi benda yang aku boleh ubah untuk diri aku sendiri dan aku harap orang sekeliling aku pun sama :)

Have a nice day people

p/s :sampai sekarang aku still sabar tunggu dia , haha :')



Thursday, October 2, 2014

Kisah Nafis . Denda dan Penculikan


Assalamualaikum and Heyyaw !
Apa khabar semuanya ? Sri Nazwa berada dalam keadaan yang tak berapa nak sihat sangat . Tapi gagahkan juga badan ni pasal tengah exam and yang pasti nak update blog ni . I’m so happy sebab tak lama lagi dah nak habis final exam untuk Semester 3 . Huh . Cepat gila masa berlalu . Harap Sri Nazwa dapat Anugerah Dekan lagi . Ihiksss :P

Cerita hari ni ?

Ini cuma pandangan aku tentang  “ Denda balik lambat dah tak relevan untuk pelajar sekolah (baca : sekolah rendah ) *ecehwahh dh mcm style buku terfaktab je .

Kisah :-

Harini sepatutnya pelajar sekolah rendah akan balik pukul 12 tengah hari sbb hari Jumaat kan ? Tapi adik aku tak balik-balik lagi . Mak aku yang perasan pasal hal ni . Terus suruh aku pergi jemput dia kat sekolah . (Sebaiklah aku ada kat rumah kan ) . Aku sampai je sekolah . Agak lengang juga lah , semua van sekolah dah takda , lepastu adalah 2 3 budak sekolah tgh tunggu apa , aku pun tak tahu . Aku pandang sekeliling . Tak Nampak pun adik aku . Tadi time aku otw pun aku tak nampak adik aku . Lepastu aku tengoklah kat pagar , nampaklah adik aku mmg betul-betul baru habis kelas .

Aku  : Kau kenapa keluar lambat ? Kena denda lah ni
Nafis : Haah .
Aku : Habistu , ni kalau aku tak datang , kau jalan kaki lah ni ? ( sbb van dah tinggalkan dia)
Nafis : Saya ada duit , tapi public phone rosak kalau nak call abah . Jadi jalan kaki lah .

So itulah cerita dia . Jadi kenapa  aku kata denda balik lambat ni dah tak bagus lagi nak diguna pakai ?
Dalam zaman sekarang yg penuh dengan macam2 kes  , terutamanya kes culik dan ambik organ mangsa culik . Aku rasa agak bahaya jugaklah bila cg denda budak2 sekolah ni balik lambat .

 Kebanyakan budak sekolah rendah ni , datang –balik sekolah naik bas/van . Bas / van ni kalau lambat setengah jam , takda maknanya dia nak tunggu . Dia akan chaw terus la kan ? Boleh bayangkan tak kalau budak tadi :

-Duduk jauh dari sekolah
-Parents / siblings takda kat rumah untuk jemput dorang
-Jenis yang akal tak berapa nak panjang sangat

So end up dorang jalan kaki balik rumah , takpun tumpang orang tak kenal ( or kau namakan je sebarang kemungkinan yg boleh berlaku ) .

Macam kes adik aku . Cikgu dia bagi balik pun lepas dia tanya adik aku balik naik apa . Lepas dia tahu adik aku naik van , terus dia bagi balik .

Aku tak kisahlah cikgu tu nak denda ke apa . Tapi bila dah denda balik lewat , plus yg kau denda ni budak sek rendah , tolong jadi concern sikit dengan berfikir dorang balik rumah macamana ? selamat ke x ? well at least , kalau malas nak hantar student tu balik rumah , why not call parents dorang kan ?  Nampak tak kat sini yang kadang-kadang diri kita sendiri yang jadi punca untuk budak tu diculik and so on .

*sebaik adik aku darjah 5 , kalau darjah 1 aku tak tahulah macamana pulak kan .

Jadi itulah pendapat aku . Kalau cikgu nak denda student sekolah menengah balik lambat sampai sebulan x boleh balik rumah sbb tk siap kerja , sikit pun aku tak kisah , tu padanlah muka dorang . (overlah pulak contoh aku) lagipun dorang dah besar dah berakal . Tapi kalau yang sek rendah ni , aku rasa bahaya sangat  , macam-macam benda boleh jadi sebab kelalaian kita .

Semoga keluarga kita selalu mendapat perlindungan Allah .
Salam Jumaat dan Salam Hari Raya AidilAdha in advance !!
Tschuss J