Assalamualaikum and Heyyaw !
Apa khabar semuanya ? Sri Nazwa berada dalam keadaan yang
tak berapa nak sihat sangat . Tapi gagahkan juga badan ni pasal tengah exam and
yang pasti nak update blog ni . I’m so happy sebab tak lama lagi dah nak habis
final exam untuk Semester 3 . Huh . Cepat gila masa berlalu . Harap Sri Nazwa
dapat Anugerah Dekan lagi . Ihiksss :P
Cerita hari ni ?
Ini cuma pandangan aku tentang “ Denda balik lambat dah tak relevan untuk
pelajar sekolah (baca : sekolah rendah ) *ecehwahh dh mcm style buku terfaktab
je .
Kisah :-
Harini sepatutnya pelajar sekolah rendah akan balik pukul 12
tengah hari sbb hari Jumaat kan ? Tapi adik aku tak balik-balik lagi . Mak aku
yang perasan pasal hal ni . Terus suruh aku pergi jemput dia kat sekolah . (Sebaiklah
aku ada kat rumah kan ) . Aku sampai je sekolah . Agak lengang juga lah , semua
van sekolah dah takda , lepastu adalah 2 3 budak sekolah tgh tunggu apa , aku
pun tak tahu . Aku pandang sekeliling . Tak Nampak pun adik aku . Tadi time aku
otw pun aku tak nampak adik aku . Lepastu aku tengoklah kat pagar , nampaklah
adik aku mmg betul-betul baru habis kelas .
Aku : Kau kenapa
keluar lambat ? Kena denda lah ni
Nafis : Haah .
Aku : Habistu , ni kalau aku tak datang , kau jalan kaki lah
ni ? ( sbb van dah tinggalkan dia)
Nafis : Saya ada duit , tapi public phone rosak kalau nak
call abah . Jadi jalan kaki lah .
So itulah cerita dia . Jadi kenapa aku kata denda balik lambat ni dah tak bagus
lagi nak diguna pakai ?
Dalam zaman sekarang yg penuh dengan macam2 kes , terutamanya kes culik dan ambik organ
mangsa culik . Aku rasa agak bahaya jugaklah bila cg denda budak2 sekolah ni
balik lambat .
Kebanyakan budak
sekolah rendah ni , datang –balik sekolah naik bas/van . Bas / van ni kalau
lambat setengah jam , takda maknanya dia nak tunggu . Dia akan chaw terus la
kan ? Boleh bayangkan tak kalau budak tadi :
-Duduk jauh dari sekolah
-Parents / siblings takda kat rumah untuk jemput dorang
-Jenis yang akal tak berapa nak panjang sangat
So end up dorang jalan kaki balik rumah , takpun tumpang
orang tak kenal ( or kau namakan je sebarang kemungkinan yg boleh berlaku ) .
Macam kes adik aku . Cikgu dia bagi balik pun lepas dia
tanya adik aku balik naik apa . Lepas dia tahu adik aku naik van , terus dia
bagi balik .
Aku tak kisahlah cikgu tu nak denda ke apa . Tapi bila dah
denda balik lewat , plus yg kau denda ni budak sek rendah , tolong jadi concern
sikit dengan berfikir dorang balik rumah macamana ? selamat ke x ? well at
least , kalau malas nak hantar student tu balik rumah , why not call parents
dorang kan ? Nampak tak kat sini yang
kadang-kadang diri kita sendiri yang jadi punca untuk budak tu diculik and so
on .
*sebaik adik aku darjah 5 , kalau darjah 1 aku tak tahulah
macamana pulak kan .
Jadi itulah pendapat aku . Kalau cikgu nak denda student
sekolah menengah balik lambat sampai sebulan x boleh balik rumah sbb tk siap
kerja , sikit pun aku tak kisah , tu padanlah muka dorang . (overlah pulak
contoh aku) lagipun dorang dah besar dah berakal . Tapi kalau yang sek rendah ni
, aku rasa bahaya sangat , macam-macam
benda boleh jadi sebab kelalaian kita .
Semoga keluarga kita selalu mendapat perlindungan Allah .
Salam Jumaat dan Salam Hari Raya AidilAdha in advance !!
Tschuss J
Hye, blogwalking sini.
ReplyDeleteBetul pendapat u, denda pelajar sek men dengn sekolah rendah patut berlainan.
Btw, jemput singgah blog Mira, ada buat giveaway.
http://miracikcit.blogspot.com/2014/09/mayfair-slimming-and-facial-treatment.html