Friday, May 15, 2015

Kisah Aku .Guru dan Kenangan .



" kenangan manis kau dan aku , takkan terhapus . Duri ranjau dalam bercinta .. lumrah dunia "

*tetiba sesat lagu Jamal Abdillah dengan Siti Sarah -_-'

Heyyaw ! Assalamualaikum dan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru , ustazah , ustaz yang dah mengajar Seri Nazwa sehingga berjaya ke Menara Gading . So today , I would like to share some story about kenangan aku dengan beberapa orang cikgu aku . Secara jujurnya , aku agak dikenali juga di sekolah . *perasannya . Hahaha . Dulu kat sekolah aku agak aktif juga . Dah masuk Universiti ni pulak jadi krik krik . Plus , kat sekolah , aku lah yang selalu kena duduk depan sekali sebab tak berapa nak pandai kan . Ok , So lets start !

1- Ustazah Marbiyah (Ustazah waktu Tadika Pasti )

Dia mak kepada kawan aku . Ustazah Marbiyah adalah cikgu pertama yang mengajar aku sajak untuk peform di hari kecemerlangan Tadika . Dan lepas tu bila masuk sekolah rendah dan menengah , aku banyak masuk pertandingan dan persembahan deklamasi sajak . Semuanya bermula dari tunjuk ajar Ustazah Marbiyah . :)

2-Cikgu Rozita Abdullah ( Guru Kelas 2 Gigih )

Dia mengajar subjek Matematik , Bahasa Melayu dan tak silap aku Pendidikan Seni sekali . Waktu darjah 2 aku jadi penolong ketua kelas . Aku memang agak rapat dengan cikgu rozita . Dia setiap hari datang awal , and aku selalu puji dia , sebab dia selalu pakai baju lawa . Selalunya dia pakai baju kebaya dan parking kereta sebelah surau sebab dekat dengan kelas . Haha ! Cikgu Rozita memang garang . Aku pernah kena denda berdiri atas meja sebab tak dapat jawab soalan math . Tapi aku dengan cikgu Rozita memang rapat . Waktu Darjah 4 dia mengajar aku pendidikan Seni . Waktu semua orang kena denda berdiri , aku sorang je dapat duduk . Hahahaha . Nampak tak Cikgu sayang aku ? Hahaha .

3- Cikgu Khairul Nizam dan Ustaz Khairul Nizam ( Guru PJPK dan Pendidikan Agama Islam )

Nama yang sama , tapi orang yang berbeza ye .2 orang cikgu ni paling aku ingat sebab banyak kenakan aku waktu camping darjah 4 (kalau tak silap ) . Jujurnya , aku ni penakut sikit dan waktu camping tu ada pulak nightwalk . Kena tutup mata . Then waktu berjalan tu , cikgu Khairul Nizam letak bunyi hantu kat telinga aku . Memang sah2 lah aku paling kuat menjeritnya . And paling kelakar aku sampai jatuh longkang sebab takut punya pasal . Aishh -_-' . Besoknya waktu Hari kebudayaan . Ustaz dengan Cikgu Khairul Nizam , bahan aku kaw-kaw punya . Malu betul rasanya . Tapi benda tu memang aku tak boleh lupa sampai sekarang . 

4-Cikgu Zalailah ( Guru Sains Darjah 6 )

Waktu kelas Cikgu Zalailah memanjang aku kena duduk depan sebab selalu dapat markah rendah Sains . Tapi , dia banyak bagi tips nak skor sains sampailah waktu UPSR aku dapat A untuk sains . Dan waktu ambil keputusan UPSR , dialah orang pertama aku salam dan peluk sebab waktu tu i'm so speechless and dia cikgu yang ada dekat dengan pentas waktu tu . Cikgu Zalailah jugak antara cikgu yang ingat aku sampaila ke hari ini . 

5- Cikgu Harirah ( Guru Kelas Tingkatan 1 sampai 3 )

Cikgu Harirah dia bersifat keibuan . Dia mengajar subjek Bahasa Melayu . Benda wajib yang perlu dibuat sebelum dia masuk kelas adalah kena tulis Peribahasa dekat whiteboard . Siapa tak tulis , kena bayar duit . Haha . Dan akulah diantaranya .

6- Teacher Haslin ( Guru Sains Tingkatan 1-3)

Teacher Haslin seorang yang tegas , tu la sebab dia pegang jawatan guru disiplin sekolah . Hehehe. Dulu kalau waktu rehat ke waktu free , selalu datang bilik disiplin dengan Suhada and Asiah untuk borak-borak atau share cerita dengan dia . Teacher memang a good listener la dan selalu bagi nasihat tentang pelbagai perkara . 

7- Teacher Zabedah ( Guru Bahasa Inggeris Tingkatan 1 )

Amat terkenal dengan tugasan Paper Cutting . hahaha. Siapa student dia , tahula tugasan tu macamana . Hahaha. Siapa tak buat akan berhadapan dengan berbagai denda yang digelar teacher sebagai 'exercise' . Dan sekali lagi aku adalah salah satu dari pelajar yang kena denda tu T.T

8- Cikgu Hajar ( Guru Pendidikan Seni Tingkatan 1 )

Cikgu Hajar adalah cikgu yang menyebabkan aku pandai menganyam ketupat . Waktu tu , memang siapa tak pandai anyam ketupat , memang kena bebel dengan dia , disebabkan itu , aku bersungguh-sungguh belajar menganyam ketupat dari ayah aku sampai la pandai dan ada skill menganyam sampai sekarang . Cikgu Hajar juga adalah cikgu vokal aku . Haha. Dulu lepas habis sekolah , kena duduk bilik seni belajar menyanyi lagu-lagu lama untuk persembahan or pertandingan . Teguran cikgu kadang-kadang agak pedas , tapi apa yang dia tegur tu memang untuk kebaikan kita . So , aku terima je lah . :D

9-Madam Lim (Guru Kelas Tingkatan 4 dan 5 )

Madam mengajar subjek Bahasa Inggeris . Setiap hari bila dia masuk kelas mesti dia akan buat briefing a.k.a membebel . hehe .Tu la yang bestnya , sebab kelas dia , dengar dia briefing setengah jam lepas tu belajar akan jadi setengah jam je. hehe , jahatnya aku ni :D . Dia membebel tu sebab tegur student . Perkataan yang dia selalu cakap bila student dia tak buat kerja adalah 'donate' . haha. Bermakna , kiterorang kena lah derma duit ke tabung kelas sebab tak siapkan kerja .

10- Teacher Rohana ( Guru Matematik Tingkatan 4 dan 5 )

Teacher Rohana adalah teacher math paling baik pernah aku ada . Dia mengajar dahla cepat faham , baik pulak tu . Teacher selalu bagi semangat kat aku dan ajar aku math dengan penuh kesabaran .

11- Teacher Aifaa ( Guru Addmath Tingkatan 4 dan 5 )

Cikgu Addmath yang rajin buat kelas tambahan dan sangat sabar dengan student dia yang selalu fail addmath. Hahaha. *boleh lagi aku gelak . Teacher Aifaa selalu akan pastikan yang student dia prepare untuk jawab exam sebelum hari exam . And aku still ingat aku pernah bergaduh dengan kawan aku waktu kelas dia and dia juga tahu pasal aku bergaduh dengan budak kelas lain. Hahaha. Aku memang suka dengan Teacher Aifaa sebab kesabaran dia tu , dan dia macam kakak dah bagi aku.

12- Teacher Anisah ( Guru Sains Tingkatan 4 dan 5 )

Teacher Anisah or lebih mesra dengan panggilan Mak . Dia baik dan lembut orangnya . Jarang nak tinggi suara dan selalu tegur student dengan cara yang lembut sekali . Selalu akan minta maaf kalau dia membebel , walaupun bagi aku mana ada dia membebel . Dia mengajar Sains dengan cara yang paling mudah sekali nak faham , thats why semua student suka belajar dengan dia .

13- Cikgu Esah ( Guru Sains Pertanian Tingkatan 4 dan 5 )

Cikgu Esah seorang cikgu yang sempoi . Tapi dalam sempoi-sempoi dia tu , siapa tak siap kerja , memang kena debik dekat belakang badan lah cerita dia . Tak lokek berkongsi atau menjawab apa sahaja soalan student dia . Dan kalau buat nota cantik-cantik , dia akan bagi pujian. Hehehe . *siapalah yang kena puji tu. Hahahahaha


Dan itulah antara cikgu-cikgu yang banyak kenangannya untuk aku . Tapi tak bermakna cikgu yang aku tak mention kat sini tu bermaksud aku tak suka atau takda kenangan yang menarik , Percayalah yang setiap guru yang mengajar tu memang akan melahirkan kenangan yang tersendiri buat diri kita .

Semoga Allah memberkati dan memurahkan rezeki kesemua guru-guru , ustaz , ustazah yang pernah mengajar aku . Juga kepada ibu bapa dan kawan-kawan yang jadi guru tidak formal dalam kehidupan seharian . Di sebalik kejayaan Seri Nazwa , di belakangnya terdapat seorang guru yang lebih berjaya mendidiknya.

SELAMAT HARI GURU , CIKGU ! LOVE YOU :)

No comments:

Post a Comment