Friday, September 12, 2014
Megat AD on How To Be Awesome
Heyyaw and Assalamualaikum .
Okay this was a short update , just nak promote Vlog pertama aku featuring abam tweetpemes kita Megat Amir Danish .
Its a fun + maybe educational video about 10 cara nak jadi awesome di University . Ni merupakan assignment aku yang agak tough jugak sem ni . So , korang semua dijemput untuk menonton video ni plus lepas tengok kena comment juga for penambahbaikan di masa akan datang .
Harap korang semua terhibur dengan video ni :) Lepas tengok jangan lupa comment . Thank You :)
Klik sini : 10 Cara Untuk Menjadi Awesome Di Universiti (Feat MegatAD)
Saturday, August 16, 2014
Kisah Aku dan Ayam Goreng ( Pengalaman bekerja di KFC )
Heyyaw !! Assalamualaikum
Apa khabar semuanya ? It have been several month blog ni
dibiarkan tanpa apa-apa cerita . So , harini apa agaknya yang aku nak cerita ?
Lalalalalalalalalala .
Ye , harini berkenaan pengalaman kerja aku di KFC pada bulan
4 dan 5 yang lepas . Dah lama aku nak
share pasal benda ni kat blog , tapi kemain sibuk lagi aku kalah PM . Basically
, ni adalah guideline untuk sesiapa yang nak kerja part time or maybe full-time
kat KFC . Sekurang-kurangnya tahulah korang akan suasana bekerja disitu kan ?
Okay lets start !
(Muka sebenar dirahsiakan :P )
CARA NAK APPLY :
1 – Pergi mana-mana KFC berdekatan , then tanya lah staff or
manager dia ada kosong tak . If dia kata ada , or isi borang dulu , So isi je
borang dulu .
2- Kalau dia memang perlukan pekerja , dia akan buat walk-in
interview time tu juga . Tapi kalau macam kau dah tunggu lama tapi dia tak
panggil interview . Maybe tak dapatlah tu .
“Weyh bro , KFC pun ada interview ke ?"
KFC mmg buat juga interview . Tapi soalan dia takdalah susah
mana pun . Dia just tanya position apa yg nk dipohon , tempat tinggal , boleh
tak kerja lebih masa ? Lebih kurang macamtu je .
3- So kalau dah diterima bekerja . Korang akan diminta untuk
buat suntikan Typhod dan buka akaun
maybank ( kalau nk senang gaji masuk ) . Suntikan Typhod ni selalu ada kat
klinik swasta , satu suntikan dalam RM 60 . Kalau nk free , suruh manager buat
surat , so korang boleh buat suntikan tu kat Klinik Panel KFC . Sama juga
dengan buka akaun maybank . Kalau buka
akaun saja-saja je , harga dia RM250 , tapi kalau korang ada surat manager ,
murah lah sikit .
Mengerti kamu ? :D
4- Biasanya bila dah diterima bekerja , of courselah korang
dapat uniform kan ? Waktu aku kerja , uniform aku yang t-shirt tu . Dan jangan
ingat korang dapat percuma untuk uniform tu . Harga satu T-shirt tu RM 50 , dan
ia akan dipotong waktu first gaji korang .
5- Pasal KWSP semua . Kalau manager korang suruh buka
sendiri . Endahkan je . Nampak sangat manager tu noob pasal KWSP . Selalunya ,
bab2 KWSP ni , syarikat yang buatkan untuk kita bukan kita buka sendri .
So .. dapat tak cara nak apply kerja dan apa yg peru korang
ada untuk kerja di KFC ? Ok , good . Sekarang kita nak masuk topic 2 pula ye
pelajar semuaa .
POSITION2 di KFC :
1- Cashier – Tugas cashier adalah ambil dan serve order dan
dia duduk di kawasan depan sekali iaitu , bukan dekat pintu masuk . Tapi dekat
kaunter ye , pembaca semua . Cashier ni tanggungjawab dia berat , kena amanah
dan sabar . Kalau duit kat kaunter shot
, kena ganti . Kena juga ada skill komunikasi yang baik , boleh speaking
English , BM , Indon , atau mungkin bahasa isyarat ? (btw , aku pernah serve
customer yang bisu ) . Kerja cashier bukan lah jaga kaunter je , bila takda
customer , cashier kena pastikan department mereka bersih , topup barang-barang
yang kurang , sediakan box dan lipat plastic sos ( ada certain branch KFC ,
dorg tak lipat pun plastic sos tu . Untunglahhh ) .
2- CSC – CSC ni stand for customer service kalau aku tak
silap lah . Tugas CSC ni = tugas cleaner ( senaraikan semua tugas cleaner
disini ) . After that , CSC juga kena hantar order yang cashier lambat buat
dekat customer . CSC kena refill semua sos dlm pump sos tu dan dia juga yang
selalu kena buli oleh department lain untuk ambil barang-barang kat stor .
(maklumlah CSC mana ada department sendiri ) . Bila stok sampai , CSC juga yang
kena angkat semua barang dan susun dalam stor .
3- Backup – Backup ni adalah mereka2 yang akan bantu cashier
serve order . Contohnya kalau customer order Burger , cheezy wedges or apa
sahaja yang selain menu ayam . Semua backup yang tolong sediakan . Mereka2 ni
yang tolong melancarkan tugas cashier . Selain buat burger , tugas backup juga
adalah prepare n packing coslaw , mashed potato , bancuh cheese , masak nasi ,
fries dan semua benda selain ayam backup yg akan masak . Backup juga akan
selalu ingatkan cashier jumlah2 stok makanan yg dorang masak . So kalau habis ,
cashier senanglah nak bagitahu customer benda tu habis . Department backup
adalah di belakang department cashier .
4- Cook – Bahagian cook adalah bahagian masak ayam . Tugas
dorang adalah masak ayam , tepungkan ayam
. Then bil stok ayam baru sampai setiap hari , dorang akan marinade ayam
tu , dan bersihkan ayam tu sikit-sikit ( tak semua bahagian ayam kena bersihkan
) . Senang cerita , tugas cook adalah berkaitan preparation ayam KFC sahaja .
So lepasni kalau rasa-rasa food poisoning mkn KFC , tahu lah kan nak cari siapa
?
So , done with position2 dalam KFC . Waktu bekerja adalah
mengikut shift ( morning , middle , closing ) Dalam waktu-waktu ni , setiap
position ada lagi tugas yang specific . Aku malas nak terang , pandai-pandaila
tanya sendiri kat manager ye :D
Hmmm . sepanjang bekerja kat KFC (even tak lama ) banyak
pahit manis dah aku tempuh . Sejujurnya boleh aku katakan KFC adalah tempat
yang paling worst pernah aku kerja . Tapi meh sini aku cerita dulu apa yang
best pasal kerja kat sini ( errr… tak banyak pun aku rasa )
1- Makan free .
Sapa tak suka makan free kan ? Kerja KFC jimat kos makan and
tak payah susah2 fikir waktu break nak makan apa . Tiap hari boleh makan ayam .
Tapi kalau dah bosan sangat makan ayam , pandai-pandaila korang cari makan
sendiri .
2- Tambah kawan-kawan
Ni pun kalau dapat staff yang okay . Bolehla buat kawan .
Time aku kerja dulu , yang betul2 boleh dijadikan kawan adalah 3 orang . Kenapa 3 orang je ? tak perlu lah aku
cerita di sini . Nanti dah jadi kes buka aib orang pula . hehehe ( tapi kalau
buka aib KFC takpelah kot :D )
3- Boleh bawak balik makanan yang lebih .
Ni pun best juga . Lagi-lagi kalau shift kita time closing .
Asal makanan lebih je bawak balik .
Ok tu je yang best pasal kerja kat KFC .
“Weyh bro.. itu je ke yang best kerja KFC ? “
Haah . Itulah realitinya
bagi aku . Aku tak tahulah orang lain yang pernah kerja KFC macamana kan
.
Okay , are you ready for the worst part ? ladies n gentleman
? .
Tadaaaa .
1- Gaji lambat masuk
Siapa suka kan bila dah penat2 kerja tapi gaji tak masuk
tepat pada harinya . Ni kisah aku . Aku dah penat buka akaun maybank . Tapi
gaji aku dia bayar guna check . (yang dibayar guna check sepatutnya orang yang
taknak buka akaun maybank ) . Check ni pula dibayar tengah bulan . Hmm , aku
bengang juga lah pasal pembayaran gaji ni . Sebab pada mulanya alasan manager
adalah sebab gaji pertama dia memang bayar guna check . Tapi realitinya ada
staff lain , gaji pertama terus di bank-in .
Dan malangnya , gaji kedua aku pun dapat melalui check .
Hampehh …
2- Gaji sikit
For yang baru masuk , gaji sejam adalah RM 4.33 . Kita
takdalah expect nak gaji ribu-ribu tapi at least bagi aku , gaji yang aku dapat
tak berbaloi dengan penderitaan kerja yang aku dapat ( amboi ayat ) .
3- Penat
Kerja apa yang tak penat kan ? Tapi kerja KFC ni penat dia
mcam kerja kilang ( macamlah aku pernah kerja kilang kan ? ) Mental dan fizikal
penat . Lagi-lagi yang position CSC . Aku pernah duduk kat position tu and satu
hari bila stok sampai , semua stok aku angkat sorang-sorang tanpa bantuan
sesiapa . Dahla stor kat tingkat 2 . Kau boleh bayang tak situasi tu macamana ?
Tu yang kes aku turun berat badan sampai 5 kg . Haha . Lagi satu bila ada staff
lain buat hal ( tak datang kerja dan ponteng / cuti mengejut ) Kita juga lah
yang kena ganti shift dia . Kalau tak cukup staff pun sama juga . Bayangkan nak
kerja dari morning sampai closing . Gila kau tak penat ? Tapi actually bila
lama-lama , dah tak rasa apa dah . Cuma
rasa sakit hati la .
4- Jadual tak menentu .
Bila dah ditetapkan jadual shift pada setiap minggu . Tak
payahlah nak percaya jadual tu 100 %.
Kadang-kadang tetiba je manager tukar jadual dan call kita suruh masuk
awal dan sebagainya . Ini amatlah menyusahkan . Aku pernah juga kena macamni .
Waktu-waktu aku tengah tidur dia telefon . Sabar jelah .
5-Manager tak professional .
Waktu aku kerja dulu , manager aku sangatlah tak
professional dalam handle masalah staff dan sebagainya . Jangan tak tahu ye ,
kalau manager tak pandai urus outlet dia . Kelam kabut dibuatnya ,dan kau pun
kena tempiasnya sama .
6- Susah nak solat .
Punca keberkatan rezeki tu adalah apabila kita jaga solat
kita even ketika bekerja . Dan senang cerita , kalau kau jenis yang jaga solat
. Better jangan kerja kat KFC sebab susah nak keluar solat . Aku dulu pun
banyak keluar curi-curi nak pergi solat . Sampai macamtu sekali tahapnya . Even
manager outlet aku tu melayu Islam . So no wonder la outlet aku tu kucar kacir
. If manager sendiri tak jaga bab ni , lahirlah staf-staf yang tak amanah dan
seangkatan dengannya
Jadi , itulah antara Pro n cons bekerja di KFC . Tapi semua
ni bergantung pada individu masing-masing . Ini hanyalah pengalaman aku yang
bekerja hanya 1 bulan setengah kat situ . Setiap kali aku pergi makan kat KFC ,
aku mesti rindu nak ambil order customer dan serve customer yang ragamnya ,
Tuhan saja yang tahu . Bekerja disini sememangnya mengajar aku tentang erti
kerjasama , sabar dan amanah .
Have a nice day people ! Tschusss !
Friday, July 4, 2014
Kisah Aku dan Pakcik Teksi
Dah 2 minggu berturut aku pulang ke rumah dan pada minggu
ini , aku ambil keputusan untuk menginap di kolej sahaja . Kondisi kesihatan
pun baru saja nak pulih . Minggu depan , mungkin aku pulang kembali .
Harini Jaja ajak aku ke Bazar Masjid Tanah . Bazar yang
paling best aku rasa di kawasan ni . Bukan berdua sahaja , Jah dengan Ayu pun
ikut sama . Kami berempat malas nak tunggu bas , jadi kami ambil keputusan
untuk naik teksi sahaja .
Setelah mendapatkan teksi , semua pun naik . Aku duduk di
bahagian depan . Sejujurnya , bila aku naik teksi , aku tak suka duduk depan
sebab aku rasa tak selamat . Tapi disebabkan geng-geng aku dah memenuhi ruang
belakang , aku beralah sahaja .
Pakcik yang pandu teksi ni , aku jangka umurnya lingkungan
45 ke atas mungkin . Waktu aku laraskan tetingkap aircond teksinya yang rongak
, dia mulakan bicara .
“yang lompong-lompong tu , anak pakcik lah yang buat tu ,
habis disepaknya “
Aku balas , “ Biasalah pakcik , budak kecik ..hmmm “
Dan beberapa meter berlalu , pakcik teksi ni terus bercerita
. Perihal teksi yang mahal tambangnya , cuti student-student uitm hingga dia
bukak satu cerita tentang nak raya .
Pakcik Teksi : Budak-budak sekarang , baju raya kemain lagi
. Kalah mak ayah . Haritu anak pakcik , pakcik tempahkan 2 baju raya . Suka
betul dia . Tiap hari tanya , bila nak siap baju ? Bila dah siap , semangat
betul dia pakai sampai tanya bila nak raya ni bah ?
Aku : Hmm . betul lah tu pakcik , budak-budak kan . (*aku
seakan tak tahu nak respond apa .)
Pakcik Teksi : Tapi asalkan dorang gembira pakcik tak kisah
. Pakcik dulukan anak bini pakcik lebih dari diri sendiri . Kadang baju raya
pakcik pun , pakcik pakai yang tahun lepas . Kalau beli pun , pakcik mampu beli
yang kat Pasaraya Sakan tu je . Seluar ni pun 29 ringgit . Mahal lagi baju anak
pakcik dri baju pkcik sendiri . Tapi kan , bila pakcik balik rumah , dorang
sambut pakcik , senyum , gembira , terbalas semua kepenatan pakcik ni , hilang
terus .
Panjang lebar cerita pakcik ni . Setiap satu yang
diceritanya betul-betul terpukul di kepala aku . Aku teringat pasal ayah aku .
Abah aku pun bukan kerja besar , tapi Alhamdulillah , cukup untuk sara family .
Tiap tahun , baju aku , adik-adik , silih berganti fesyennya . Tak pernahlah
kami pakai yang tahun lepas punya atau bagian orang . Tapi Abah , 2 tahun sekali
barulah bertukar baju rayanya . Kalau kami dapat 3 pasang sorang , abah baru
satu pasang . Aku tak tahu kenapa , mungkin dia rasa , kami lagi perlu rasa
kemeriahan beraya dengan baju baru lebih dari dia yang kini sudah hampir 52
tahun .
*sampai di Masjid Tanah
Pakcik Teksi : Satu hari , kau dah kahwin , ada anak . kau
tahulah susah nak fikir pasal makan pakai dorang . Nanti , kau mesti teringat
balik apa yang pakcik ckp tadi .
Aku : Hmmm. Betul lah tu pakcik . Ni tambangnya pakcik .
Terima kasih banyak J
Sepanjang aku di Bazar . Aku masih terngiang-ngiang cerita
pakcik teksi tadi . Mata aku mula berkaca teringatkan abah di rumah .
Lantas aku beri pesanan
“ Abah , terima kasih sebab selama ni belikan sri baju raya
, dan tanggung makan , pakai sri dari kecik. Sorry kalau sri pernah x bersyukur
dengan apa yang abah bagi . Sri sayang abah dengan mak “
Dan 3 minit berlalu , abah membalas .
“ kau dah kenapa ? ttbe je…. Kau baru dengar kuliah ke ? “
Aku senyum ,ketawa tak sedar air mata jatuh lagi :’)
Subscribe to:
Posts (Atom)