"
Salam mula cara kita sejahtera semua " ( Adrenalin , FT )
Assalamualaikum and heyyaw !
Panjang tak title post aku kalini ? Rasanya inilah post yang ada tajuk paling panjang dalam blog aku .
Go on with the story .
Jadi pada hari ini 21/10/2013 . Aku menghadiri sesi temuduga Latihan Separa Perubatan di Putrajaya . Actualy lama dah mohon benda ni , dari bulan April . Tunggu punya tunggu , barulah surat temuduga sampai ke rumah . Excited juga waktu tu . Dalam banyak-banyak jawatan yang aku pohon . Yang sangkut , jawatan Jururawat Gred 29 . So , sambil tunggu tawaran ni , aku belajar kat UiTM . and jangan tanya aku lagi , sama ada aku akan tinggalkn UiTM kalau temuduga aku berjaya nanti . Itu masih dalam proses 'fikir masak-masak lagi '
Selepas menempuh Hujan , lecak , jalan under construction .. Sampailah jugak aku kebangunan SPA tu .
Temuduga ni ada 2 bahagian . Bahagian pertama , Ujian Minat . 271 soalan kalau tak silap dan jawab dalam masa 40 minit . Soalan tu , just jawab Ya atau Tidak , dan soalan yang hujung2 dia tanya tahap kemahiran kita , sangat tinggi , tinggi , sederhana , lemah atau sangat lemah . Actualy jawab 15 minit pun dah boleh siap . Eventhough , ujian minat je . Markah ujian ni amat penting sebab melalui markah tu lah dia tengok betul ke kita ni minat bidang atau jawatan yang kita pohon tu . And soalan dia , adalah sama macam soalan Uji Minat Kerjaya Anda yg disediakan oleh UiTM .
Bahagian Kedua . Berjumpa dengan panel temuduga . Part ni lah yang paling ditunggu-tunggu . Kalau nak dapat giliran awal . Just jawab Ujian Minat tu laju-laju , hantar kat pegawai SPA and terus pergi daftar nama untuk temuduga . Alhamdulillah . Turn aku nombor 6 . Tu pun lama jugak tunggu . Bagi aku . Kalau pergi temuduga , aku tak suka dapat number yang terlalu awal atau terlalu lambat , dapat jadi 3 terawal pun ok . Sebab lagi lama tunggu , lagi tak senang duduk dibuatnya . Lepastu mengantuk pulak tu tunggu turn . hehe
Tiba je giliran aku , ketuk pintu and bagi salam . Yang paling penting senyum . Jangan buat muka seposen ke , muka annoying ke , muka duckface lagi jangan cakap lah kan . Dalam tu ada 2 orang . Satu Pegawai SPA , satu lagi wakil dari KKM . Alhamdulillah , dapat panel perempuan . So antara soalan yang ditanya kepada aku ..
-So, please introduce yourself (yg part ni jawab dalam bahasa inggeris )
-Memang minat ke jawatan ni . Kenapa minat ?
- Apa peringkat-peringkat jururawat ?
- Apa yang dimaksudkan dengan pemakanan yang baik .
-Ada tak diantara ahli keluarga kamu yang terlibat dalam bidang perubatan
-Menjadi jururawat ni , kadang-kadang kita akan hantar ke pendalaman , naik sampan semua , bolehkah anda menghadapi situasi berikut.
-Apa beza jururawat kerajaan dengan jururawat swasta
-Ada apa-apa soalan nak tanya .
Ok. Itu antara soalan yang aku ingat . Dia langsung tak tanya aku pasal menteri keseihatan ke , tugas jururawat . Penat gaklah hafal sejarah ,tugas jururawat semua tu . Tapi tak tanya . But its okay . Alhamdulillah , soalan tak mencabar sangat .
Tips ringkas yang aku boleh bagi kepada mereka yang bakal pergi temuduga , maybe pada tahun-tahun akan datang adalah :-
1- Buat persediaan rapi , dokumen , sijil , pensel , knowledge about jawatan yang dipohon
2- Amalkan 2S sebelum dan sepanjang temuduga . Iaitu sebelum masuk pintu bilik temuduga tu , bagi salam dan sepanjang temuduga tu , senyum .
3- Jangan gugup , suara mesti jelas dan berkeyakinan
4- Jangan jawab sepatah je
5- Bila dia tanya , ada soalan tak ? Bagi je soalan apa-apa . Contoh soalan yg boleh ditanya , "jadi sekiranya temuduga saya ini berjaya ,pihak SPA akan menghubungi saya melalui apa " . Pastikan soalan kita , menampakkan kita betul2 berminat dengan jawatan tu . Takpe,kalau soalan yang kita nak tanya tu kita dah tahu jawapan dia. Tanya je . Sebab ada point dekat situ.
6- Jangan sesekali cakap , nak masuk Kolej Kesihatan under KKM ni pasal nak dapat elaun semua . Nanti nampak sangat minat dekat elaun , bukan dekat jawatan yang dipohon tu .
*mcm wanita umno jek -.-' .
So result 2/12/2013 . Waktu tu , barulah aku decide . Di mana halatuju aku selepas ni .
Samaada stay atau move on .
But anyway , I'm hoping for the best . Aminnn .