Assalamualaikum .
Pejam celik , celik pejam .. dah sampai pun ke penghujung tahun 2013 . Sekejapnya masa berlalu . Tak sangka besok , semua orang akan menginjak usia satu tahun kedepan . Harap bukan usia saja , malah pemikiran , tingkah laku , tutur kata , ibadat , pencapaian semua maju kehadapan . Insya Allah .
Post kalini , nak mengimbau kenangan dan aktiviti sepanjang 2013 yang telah aku tempuh , lalui , dsb .
1- Kerja Part Time
Teringat dulu awal-awal tahun aku kerja part time jadi Setiausaha Ketua Kampung . Tugas aku catat minit mesyuarat , taip surat , emel surat permohonan ke ahli parlimen . First time datang meeting JKK . Wah , sumpah awkward gila waktu tu sebab aku paling muda .Pada mulanya , aku main kerja je..aku tak tahu pun gaji aku berapa . Boleh tahanlah sebab aku kerja 5 hari je dah dapat RM 300 . hehe
* rindu gila office dan kerusi gedabak ni :D
2- Ambil Lesen
Another moment yg tak dapat dilupakan . Ambil lesen Motor ! Korang boleh baca balik kisah pasal aku ambil lesen dekat sini .Teringat balik bila aku risau gila nak buat emergency break dn yang paling aku takut nak buat double stand . Tapi akhirnya aku berjaya atasi ketakutan tu dan mendapat lesen P dengan bergaya.
3- Ambil result SPM
Waktu ambil result SPM , aku saja pakai baju sekolah kononnya nak nampak rare lah kan sebab orang lain pakai baju biasa je . Alhamdulillah , dapat result yang aku sendiri kategorikan as not bad lah even tak dapat macam yang aku target . Nak buat macamana , dah itu rezekinya . :)
4- Tahun Temuduga
Boleh dikatakan , 2013 sarat dengan temuduga. Lebih kurang 3 temuduga aku dah pergi tahun ni . Yang pertama , Temuduga kemasukan Diploma Komunikasi dan Media , Temuduga Pinjaman Pelajaran Negeri dan Temuduga Suruhanjaya Penjawat Awam . Banyak yang aku dah belajar sepanjang menghadiri temuduga ni , dari soalan dia sampailah cara nak jawab soalan dia . Alhamdulillah , 2 dari 3 temuduga yang aku hadiri keputusannya adalah berjaya .
5- Masuk Universiti
Excited gila bila dapat masuk uni , lagi-lagi bila dapat course yang kita nak . Menempuhi minggu orentasi yang memenatkan , perah otak jawab exam dan bila dapat roomate senior waktu semeseter satu . Sekarang aku berada di semester 2 . Alhamdulillah , keputusan pada sem 1 amat memberansangkan dan aku harap aku dapat tingkatkan prestasi pelajaran aku .
6- Hadiah Hari Jadi paling bermakna .
Hari Jadi aku jatuh pada 28/6 dan tahun ni aku dapat hadiah yang paling tak dapat aku lupakan iaitu dapat pergi Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe Melaka pada 30 June . Thanks kepada kak Eisha yang sudi tumpangkan kereta dia untuk pergi ke showcase tu . Sumpah seronok bila dapat jumpa Semesta and of course FT sendiri . Waktu tu pulak aku betul-betul duduk depan stage . Jelas gila muka FT kalah HD TV . hehe.
7- Jatuh Motor
Antara moment yang aku tak dapat lupakan , bila first time jatuh motor . Al kisahnya waktu tu hujan . Takla berapa lebat , nak kata renyai pun tak juga. Aku pergi rumah kawan ayah aku , untuk dapatkan tandatangan dia sbg saksi pinjaman pelajaran aku . Balik je dari rumah kawan ayah aku tu , aku bawa moto agak laju , jalan licin , aku tak pakai helmet dan aku tak berapa nak nampak jalan . Disebabkan itu , aku terlanggar bumper and tak brek before lalu bumper tu , membuatkan aku melantun mcm angry bird . Kaki aku luka sikit and part lain lebam je. Sebaik cedera ringan je. Tapi itu pun dah seksa sebab kaki terseliuh teruk sampai jalan pun tak betul . Sejak kejadian tu , aku trauma gila bila jumpa bumper . hehe :D
Aku rasa itulah antara memori yang tak dapat dilupakan sepanjang 2013 ni . Tahun ni adalah tahun yang paling banyak aku berbelanja dan tahun yang paling banyak membuatkan aku sedar tentang banyak perkara.
Semoga kita lebih tabah menghadapi 2014 ! aminn :) Salam tahun baru dari saya , Sri Nazwa Mars ! Keep the FaiTh !
-you will never know the meaning behind this picture . :')
No comments:
Post a Comment