Assalamualaikum . Heyyaww !
Today is quiet boring and aku ambil keputusan untuk update blog ni .
Yelahh , aku tahu nanti start je aku sambung belajar , aku dah jarang nak buat semua aktiviti yang aku suka
termasuk berbloging . Aku terfikir cerita apa lah yang aku nak taip harini .
and yeahhh ! aku tak cerita lagi pasal kisah aku mengambil lesen motorsikal .
But why motorsikal je ? Tak kereta sekali .
sebabnya . Aku tak reti drive kereta . Aku dah bawak moto secara illegal lebih kurang 5 tahun .
Then , kereta pun aku nak buat macamtu jugak . Barulah dapat confident kan ? muaahahaha.
1- Kelas KPP
Aku start attend kelas KPP pada 12.01.2013 . Aku dah lupa berapa jam . Tapi kelas tu sumpah boring . Sebaiklah , aku ada kawan yang aku kenal kat situ . Basicly , kelas KPP ni kita belajar pasal undang-undang jalan raya lah kan . Sebelum menempuhi ujian undang-undang untuk lesen L . Quiet tired gak lah sebab dari pagi sampai ke petang . Thenn....
2- UJIAN UNDANG-UNDANG
Selang beberapa minggu after kelas KPP . Aku booking untuk ujian undang-undang . Basicly , aku tak tahu nak baca apa untuk ujian ni . But, kawan-kawan aku bagitahu baca je buku undang-undang yang sekolah memandu tu bagi . Tapi , aku rasa still tak cukup .
Aku pun pergi lah ke Ujian undang-undang tu yang diadakan di Pejabat MY EG Subang . Semangat gila pergi . Sampai-sampai je . Dia kata sistem rosak dan ujian ditunda . And waktu tu aku rasa mcm , haihhh buang masa gila kan ? Tapi tak tahu hikmah disebalik pembatalan ujian tu .
So, sampai menunggu tarikh untuk ambil ujian lagi iatu pada 4.2.2013 . Aku ambilkeputusan untuk buat latihan ujian undang-undang dekat Sekolah Memandu . Guess what ? Waktu aku buat latihan tu , aku asyik dapat gagal je . and I was like , fuhhhhhh..sebaik lah haritu sistem rosak . Tidak kena bayar lagi untuk ulang ujian . Itulah hikmahnya . Bersyukur sebab aku diberi peluang untuk buat ulangkaji balik .
Dekat rumah , aku terfikir macamana aku nak buat latihan ujian undang-undang dengan cara yang tidak membosankan dan interaktif . Jadi aku dapat idea untuk download software Ujian undang-undang . Aku google je lah mana tahu ada . Pehhh.. Memang ada kot...
Ni lah rupanya software yang aku download tu . Lepas download je benda ni. Memang hampir setiap masa aku duk depan laptop buat latihan . Balik kampung pun buat jugak . Sampai aku dah hafal semua soalan dan jawapan . Waktu ni memang confident aku untuk lulus ujian undang-undang memang ditahap maksima lah kan ?
Tibalah hari yang dinanti . 4.2.2013. Ok kalini , sistem dah tak rosak lagi . Lama jugak tunggu giliran . Then pendekkan cerita ... Alhamdulillah .
Ok . Aku lulus dengan sekali lafaz . Eh ! :D
3-KELAS AMALI
Ok bermula lah sudah next step untuk memburu lesen P . Kelas amali 10 jam . Aku ambil semua sesi 7-9 pagi dan 9-11 pagi . Aku ambil kelas pagi sebab , aku selalu bangun awal then pagi kan sejuk ? So cikgu dia takla stress kan ajar aku .
Takdalah susah sangat ujian untuk P melainkan waktu tu aku memang takda confident dekat Double Stand . Serious , aku dah lah ringan . Then nak angkat moto yang separuh dari berat aku mungkin ? Haha. Tapi , cikgu aku tu keep push aku , bagi semangat yang aku boleh buat . Tangan aku sampai melecet lah akibat berlatih buat double stand .
Aku pantang dicabar , alhamdulillah , aku dah takda masalah nak buat double stand lagi . Hehehe. Thanks lah kat cikgu aku yang selalu bagi sokongan . Kalau asyik cakap tak boleh je semua benda tak jadi kan ? So , pengajaran nya disini , aku kena think positive dan yakin aku boleh buat sesuatu yang aku rasa tak boleh buat . Then , barulah kejayaan dapat ditempa .. *ecewaahhh .. ada mcm pakar motivasi x ? hahahaha :D
4- UJIAN JPJ
Last step . Fuhh . diam tak diam , dalam 3 bulan jugak nak proceed lesen je . Susah jugak kan ambil lesen ni ? 14.3.2013 . Haritu lah yang menentukan nasib aku selama ni . *cehh poyo je :D . Datang-datang je , daftar . Guess what . aku dapat nombor 1 kot . Pehhh, time tu .. tangan aku dah start sejuk dah . Aku memang kalau dah nervous , tangan aku sejuk tahap beku .
TAPI . Aku dapat berita yang amat melegakan sikit hati aku . Ujian tu dia buat tak ikut number giliran. Memang lega gila . Giliran aku takda lah belakang-belakang sangat . Tapi yang penting bukan yang first lah kan .
Sampai lah giliran aku . Rasa geram jugak sebab tak boleh guna moto yang selalu aku guna time kelas amali tu . Yelah , aku dengan moto tu dah ada chemistry . Ni, tiba-tiba dapat moto lain. Ok redha jelah apa yang berlaku nanti. Sebab lain moto lain ragamnya.
Ujian pertama , ujian yang paling menentukan kau pass ke x pass ujian JPJ harini iatu naik titi . Ok , dulu mula-mula aku ingat , titi yang mcm jambatan nak seberang sungai tu . Rupa-rupanya titi batu macamni
ni bukan gambar aku . Ni aku ambil di google . hahahah . Ok. Senyum je depan JPJ tu and yeahhhh Aku lepas meniti di titian sekolah memandu ni dalam masa 12 saat , kalau tak silap aku lahh .. Habis je titi ni , dah tak payah risau pasal benda lain . Aku pass ujian pertama .
Seterusnya ujian kedua . Aku tetiba stuck nak start enjin moto tu . Seriusly , penyetat dia ketat gila . Memang aku ambil masa juga nak start moto time tu sampai kena sound dengan JPJ . "Lain kali pagi-pagi minum milo " . Ok tak pasal-pasal kena bahan . Alhamdulillah , aku pass juga ujian yang kedua .
Waktu ambil result kat Pegawai JPJ tu .
JPJ : Ni budak milo tu kan ?
Me : -.-' errr..lulus tak .
JPJ : Lulus .
Me : Fuhhh. Alhamdulillah , comfirm lepas ni saya beli Milo berkotak-kotak .
JPJ : *sigh and smile * :)
Tschusss !
No comments:
Post a Comment