Saturday, January 4, 2014

Expectation when you are in Mass Communication .

Assalamualaikum and Heyyaww !

How are you ? I hope you're doing fine outside there . Muka tu jangan serious sangat .. Cuba senyum sikit macam ni~


Okay , topik harini menmbincangkan tentang expectation when you are in Mass Communication . 'You' tu merujuk kepada diri aku sendiri as student MassComm . Alhamdulillah , dah 1 sem setengah dah belajar dalam course ni . Pada yang tak tahu expectation tu amende . Expectation tu merujuk kepada tanggapan . Apa tanggapan orang bila kita ambil kos ni .

Pertama - When you're in Mass Communication you should know how to interact with people .
"student masscom mesti kena pandai berinteraksi dengan orang lain"-unknown

Nama pun komunikasi kan ? Mass Communication merujuk kepada komunikasi yang kita tak tahu pun siapa yang kita bakal bertemu , bercakap , siapa audiens kita dan sebagainya . Apabila ramai yang mengatakan kos MassComm adalah satu kos yang mudah . Bagi aku tidak sama sekali . Bukan senang untuk kita berinteraksi dengan orang lain . Penguasaan komunikasi apabila berhadapan orang lain lebih-lebih lagi yang kita tak kenal haruslah dikuasai dengan sebaik mungkin . Kalau tidak dikuasai , kita akan berhadapan dengan masalah , salah faham , dikatakan biadab , mengata belakang , berasa malu untuk bersuara dan sebagainya . Kita juga kena ada skill untuk faham ragam manusia supaya senang untuk kita berinteraksi dengan mereka . Barulah kita ada satu interaksi yang berkesan dan menarik .

Sejujurnya aku masih dalam proses pembelajaran untuk master skill ni . Lebih-lebih lagi , aku mempunyai personaliti yang gemar memberikan first bad impression untuk orang yang baru aku kenal . Ni satu sifat negatif dalam diri yang harus aku kikis . Bila dah master skill ni , insyaAllah , dengan sesiapa pun kita akan rasa senang berkawan .

Kedua - When you're in Mass Communication , your language must be excellent !
" Student Masscom , mesti master english kan ? " -Unknown

'Bahasa Mencerminkan Peribadi ' kata dinding sekolah aku . *okxlawak :D .

Dalam Mass Communication , Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama dan yang keduanya barulah bahasa Ibunda . Kenapa Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama ? sebabnya , kita taktahu adakah orang yang bakal kita jumpa ni boleh berbahasa melayu atau tidak . Kadang-kadang ada juga melayu yang tidak fasih berbahasa ibunda . Ini sangat menyedihkan .

Bahasa juga memainkan peranan yang penting dalam komunikasi yang berkesan . Sejujurnya pembelajaran dalam Mass Communication amat mencabar aku untuk asah penguasaan bahasa Inggeris aku, yang aku labelkan still lemah . Menulis dan bercakap di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu harus dikuasai bersama . Jadi banyak latihan perlu dilakukan untuk achieve perkara ni dan sebenarnya , tak semua student masscom pandai berbahasa Inggeris dengan sebaik mungkin . Contohnya ? Aku lah :D

Ketiga - When you're in Mass Communication , you need to show yourself , who are you ? and what you have ?

" Budak masscom mestilah famous kan " - Unknown

Tak semua student masscom ni famous . Tapi sekurang-kurangnya as student masscom , kita kena menonjol . Tunjukkan diri kita , bakat yang kita ada , aktif dalam kelas , ringan kan mulut untuk bertanya dan memberi idea . Its okay kalau kita tak famous di kalangan student masscom yang lain , kita famous di kalangan lecturer dan rakan sekelas kita pun dah okay . Terkenal disini mestilah dari sudut positif ye :)

Penting ke untuk orang lain kenal kita ? Bila dalam kos Masscom , jawapannya , PENTING ! Kalau dari sekarang tak berlatih untuk tonjolkan diri , kita sukar untuk tingkatkan keyakinan diri dan akan malu untuk berinteraksi . Sekurang-kurangnya , bila orang kenal kita , orang akan hormat dan tak akan pandang rendah pada kemampuan kita .

Jadi setakat ini , nak kata aku dikenali satu kampus , taklah . Tapi sekurang-kurangnya aku dah tonjolkan diri aku , tunjukkan bakat yang aku ada , semuanya untuk memberi jawapan jika ada yang persoalkan , layak ke aku berada di course ini ? .

Keempat - When you're in Masscommunication , you need to know a little bit about fashion and the proper dressing .

" wahhh, bergaya nya kau .. Masscom la katekan " -Unknown

Tak semestinya bila ambil masscomm je kena pandai bergaya , pakai baju jenama itu ini . Sekurang-kurangnya kita tahu cara pemakaian yang kemas dan mengikut kesesuaian majlis itu sudah cukup . Tak guna juga bergaya sakan tapi hakikatnya pemakaian kita tu langsung tak sesuai dengan kita .

Tidak dinafikan , orang lain boleh cam dia ni student masscom melalui cara pemakaian . Tak salah nak bergaya , asalkan kita ikut hukum agama , kesesuaian dan etika pemakaian . So , tak kan adalah istilah overdressing dan sebagainya . Dan aku selalu salute untuk student Masscom perempuan yang pandai berfesyen walaupun dia seorang muslimah yang taat pada agama . Tudung dia still labuh , berseluar palazo atau skirt beserta dress atau casual wear yang menutupi sehingga paras lutut , pakai kasut wedges tapi tetap berstokin.

Bagi diri aku sendiri . Aku sukakan fesyen . Aku cuba semua jenis gaya . Pakai tudung sarung , tudung lilit , tudung bawal , dress , kurung , kebaya , jubah , semuanya aku pakai . Dari pakaian juga , orang akan menilai diri kita . So , pandai-pandailah kita dalam berfesyen .

Itulah antara 4 tanggapan orang luar , apabila berada dalam course Masscomm.
Harap , masih ada yang faham , bukan senang untuk berada dalam course ni .
Kecemerlangan akedemik dan skill kena seiring .

-and aku berharap , aku boleh berjaya dalam bidang ni . 
InsyaAllah. Aminnnn

4 comments:

  1. sila lawat
    https://ms-my.facebook.com/pages/NOVEL-BUDAK-MASS-COMM/456018961198108

    ReplyDelete
  2. Hi akak! result gce o sy utk spm teruk. sy pun taktahu part mana salah sy dalam english ni sebab sy rasa sy boleh bwk lah subjek english ni. tp maybe takde rezeki kot. sy nak tanya, result gce o ni affect kelayakan kita utk lulus interview tak?

    ReplyDelete
  3. pd adik2 yg ambik masscom..for me sgt besar peluang nk keje mana mana kan..tkde hal la..org g brckp tu diorg tk tau
    pun sgt main hentam je..biasalah tu ..yg penting adik sndiri kene cekal dn tau wawasan hidup..kan.....btw .akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi dn regent college..anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

    ReplyDelete