Saturday, August 16, 2014

Kisah Aku dan Ayam Goreng ( Pengalaman bekerja di KFC )

Heyyaw !! Assalamualaikum

Apa khabar semuanya ? It have been several month blog ni dibiarkan tanpa apa-apa cerita . So , harini apa agaknya yang aku nak cerita ? Lalalalalalalalalala .

Ye , harini berkenaan pengalaman kerja aku di KFC pada bulan 4 dan 5  yang lepas . Dah lama aku nak share pasal benda ni kat blog , tapi kemain sibuk lagi aku kalah PM . Basically , ni adalah guideline untuk sesiapa yang nak kerja part time or maybe full-time kat KFC . Sekurang-kurangnya tahulah korang akan suasana bekerja disitu kan ? Okay lets start !


(Muka sebenar dirahsiakan :P )

 CARA NAK APPLY :

1 – Pergi mana-mana KFC berdekatan , then tanya lah staff or manager dia ada kosong tak . If dia kata ada , or isi borang dulu , So isi je borang dulu .

2- Kalau dia memang perlukan pekerja , dia akan buat walk-in interview time tu juga . Tapi kalau macam kau dah tunggu lama tapi dia tak panggil interview . Maybe tak dapatlah tu .

“Weyh bro , KFC pun ada interview ke ?"

KFC mmg buat juga interview . Tapi soalan dia takdalah susah mana pun . Dia just tanya position apa yg nk dipohon , tempat tinggal , boleh tak kerja lebih masa ? Lebih kurang macamtu je .

3- So kalau dah diterima bekerja . Korang akan diminta untuk buat suntikan Typhod  dan buka akaun maybank ( kalau nk senang gaji masuk ) . Suntikan Typhod ni selalu ada kat klinik swasta , satu suntikan dalam RM 60 . Kalau nk free , suruh manager buat surat , so korang boleh buat suntikan tu kat Klinik Panel KFC . Sama juga dengan buka akaun maybank .  Kalau buka akaun saja-saja je , harga dia RM250 , tapi kalau korang ada surat manager , murah lah sikit .
Mengerti kamu ? :D

4- Biasanya bila dah diterima bekerja , of courselah korang dapat uniform kan ? Waktu aku kerja , uniform aku yang t-shirt tu . Dan jangan ingat korang dapat percuma untuk uniform tu . Harga satu T-shirt tu RM 50 , dan ia akan dipotong waktu first gaji korang .

5- Pasal KWSP semua . Kalau manager korang suruh buka sendiri . Endahkan je . Nampak sangat manager tu noob pasal KWSP . Selalunya , bab2 KWSP ni , syarikat yang buatkan untuk kita bukan kita buka sendri .
So .. dapat tak cara nak apply kerja dan apa yg peru korang ada untuk kerja di KFC ? Ok , good . Sekarang kita nak masuk topic 2 pula ye pelajar semuaa .

POSITION2 di KFC :

1- Cashier – Tugas cashier adalah ambil dan serve order dan dia duduk di kawasan depan sekali iaitu , bukan dekat pintu masuk . Tapi dekat kaunter ye , pembaca semua . Cashier ni tanggungjawab dia berat , kena amanah dan sabar . Kalau duit kat kaunter shot  , kena ganti . Kena juga ada skill komunikasi yang baik , boleh speaking English , BM , Indon , atau mungkin bahasa isyarat ? (btw , aku pernah serve customer yang bisu ) . Kerja cashier bukan lah jaga kaunter je , bila takda customer , cashier kena pastikan department mereka bersih , topup barang-barang yang kurang , sediakan box dan lipat plastic sos ( ada certain branch KFC , dorg tak lipat pun plastic sos tu . Untunglahhh ) .

2- CSC – CSC ni stand for customer service kalau aku tak silap lah . Tugas CSC ni = tugas cleaner ( senaraikan semua tugas cleaner disini ) . After that , CSC juga kena hantar order yang cashier lambat buat dekat customer . CSC kena refill semua sos dlm pump sos tu dan dia juga yang selalu kena buli oleh department lain untuk ambil barang-barang kat stor . (maklumlah CSC mana ada department sendiri ) . Bila stok sampai , CSC juga yang kena angkat semua barang dan susun dalam stor .

3- Backup – Backup ni adalah mereka2 yang akan bantu cashier serve order . Contohnya kalau customer order Burger , cheezy wedges or apa sahaja yang selain menu ayam . Semua backup yang tolong sediakan . Mereka2 ni yang tolong melancarkan tugas cashier . Selain buat burger , tugas backup juga adalah prepare n packing coslaw , mashed potato , bancuh cheese , masak nasi , fries dan semua benda selain ayam backup yg akan masak . Backup juga akan selalu ingatkan cashier jumlah2 stok makanan yg dorang masak . So kalau habis , cashier senanglah nak bagitahu customer benda tu habis . Department backup adalah di belakang department cashier .

4- Cook – Bahagian cook adalah bahagian masak ayam . Tugas dorang adalah masak ayam , tepungkan ayam  . Then bil stok ayam baru sampai setiap hari , dorang akan marinade ayam tu , dan bersihkan ayam tu sikit-sikit ( tak semua bahagian ayam kena bersihkan ) . Senang cerita , tugas cook adalah berkaitan preparation ayam KFC sahaja . So lepasni kalau rasa-rasa food poisoning mkn KFC , tahu lah kan nak cari siapa ?

So , done with position2 dalam KFC . Waktu bekerja adalah mengikut shift ( morning , middle , closing ) Dalam waktu-waktu ni , setiap position ada lagi tugas yang specific . Aku malas nak terang , pandai-pandaila tanya sendiri kat manager ye :D

Hmmm . sepanjang bekerja kat KFC (even tak lama ) banyak pahit manis dah aku tempuh . Sejujurnya boleh aku katakan KFC adalah tempat yang paling worst pernah aku kerja . Tapi meh sini aku cerita dulu apa yang best pasal kerja kat sini ( errr… tak banyak pun aku rasa )

1- Makan free .
Sapa tak suka makan free kan ? Kerja KFC jimat kos makan and tak payah susah2 fikir waktu break nak makan apa . Tiap hari boleh makan ayam . Tapi kalau dah bosan sangat makan ayam , pandai-pandaila korang cari makan sendiri .

2- Tambah kawan-kawan
Ni pun kalau dapat staff yang okay . Bolehla buat kawan . Time aku kerja dulu , yang betul2 boleh dijadikan kawan adalah 3 orang  . Kenapa 3 orang je ? tak perlu lah aku cerita di sini . Nanti dah jadi kes buka aib orang pula . hehehe ( tapi kalau buka aib KFC takpelah kot :D )

3- Boleh bawak balik makanan yang lebih .
Ni pun best juga . Lagi-lagi kalau shift kita time closing . Asal makanan lebih je bawak balik .

Ok tu je yang best pasal kerja kat KFC .

“Weyh bro.. itu je ke yang best kerja KFC ? “ 

Haah . Itulah realitinya  bagi aku . Aku tak tahulah orang lain yang pernah kerja KFC macamana kan .

Okay , are you ready for the worst part ? ladies n gentleman ? .
Tadaaaa .

1- Gaji lambat masuk
Siapa suka kan bila dah penat2 kerja tapi gaji tak masuk tepat pada harinya . Ni kisah aku . Aku dah penat buka akaun maybank . Tapi gaji aku dia bayar guna check . (yang dibayar guna check sepatutnya orang yang taknak buka akaun maybank ) . Check ni pula dibayar tengah bulan . Hmm , aku bengang juga lah pasal pembayaran gaji ni . Sebab pada mulanya alasan manager adalah sebab gaji pertama dia memang bayar guna check . Tapi realitinya ada staff lain , gaji pertama terus di bank-in .
Dan malangnya , gaji kedua aku pun dapat melalui check . Hampehh …

2- Gaji sikit
For yang baru masuk , gaji sejam adalah RM 4.33 . Kita takdalah expect nak gaji ribu-ribu tapi at least bagi aku , gaji yang aku dapat tak berbaloi dengan penderitaan kerja yang aku dapat ( amboi ayat ) .

3- Penat
Kerja apa yang tak penat kan ? Tapi kerja KFC ni penat dia mcam kerja kilang ( macamlah aku pernah kerja kilang kan ? ) Mental dan fizikal penat . Lagi-lagi yang position CSC . Aku pernah duduk kat position tu and satu hari bila stok sampai , semua stok aku angkat sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa . Dahla stor kat tingkat 2 . Kau boleh bayang tak situasi tu macamana ? Tu yang kes aku turun berat badan sampai 5 kg . Haha . Lagi satu bila ada staff lain buat hal ( tak datang kerja dan ponteng / cuti mengejut ) Kita juga lah yang kena ganti shift dia . Kalau tak cukup staff pun sama juga . Bayangkan nak kerja dari morning sampai closing . Gila kau tak penat ? Tapi actually bila lama-lama  , dah tak rasa apa dah . Cuma rasa sakit hati la .

4- Jadual tak menentu .
Bila dah ditetapkan jadual shift pada setiap minggu . Tak payahlah nak percaya jadual tu 100 %.  Kadang-kadang tetiba je manager tukar jadual dan call kita suruh masuk awal dan sebagainya . Ini amatlah menyusahkan . Aku pernah juga kena macamni . Waktu-waktu aku tengah tidur dia telefon . Sabar jelah .

5-Manager tak professional .
Waktu aku kerja dulu , manager aku sangatlah tak professional dalam handle masalah staff dan sebagainya . Jangan tak tahu ye , kalau manager tak pandai urus outlet dia . Kelam kabut dibuatnya ,dan kau pun kena tempiasnya sama .

6- Susah nak solat .
Punca keberkatan rezeki tu adalah apabila kita jaga solat kita even ketika bekerja . Dan senang cerita , kalau kau jenis yang jaga solat . Better jangan kerja kat KFC sebab susah nak keluar solat . Aku dulu pun banyak keluar curi-curi nak pergi solat . Sampai macamtu sekali tahapnya . Even manager outlet aku tu melayu Islam . So no wonder la outlet aku tu kucar kacir . If manager sendiri tak jaga bab ni , lahirlah staf-staf yang tak amanah dan seangkatan dengannya

Jadi , itulah antara Pro n cons bekerja di KFC . Tapi semua ni bergantung pada individu masing-masing . Ini hanyalah pengalaman aku yang bekerja hanya 1 bulan setengah kat situ . Setiap kali aku pergi makan kat KFC , aku mesti rindu nak ambil order customer dan serve customer yang ragamnya , Tuhan saja yang tahu . Bekerja disini sememangnya mengajar aku tentang erti kerjasama , sabar dan amanah .


Have a nice day people ! Tschusss !

176 comments:

  1. Kalau kita cakap dekat manager nak gaji melalui cek boleh tak? Sebab nak buka akaun kwsp dan bank payahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akaun KWSP mcm saya cakap , syarikat yang buatkan untuk pekerja . Untuk minta gaji melalui cek . Boleh rasanya . Cuma lambat . Dalam pertengahan bulan mcmtu bru dpt

      Delete
    2. Genuine fast LOAN offer apply
      Do you need a Loan? Are you looking for a Finance to pay off your debts? Are you looking for a Loan to enlarge your business? then you have come to the right place for that loan you have been seeking for. We offer Loans at a low interest rate on any amount. Interested people should please contact us for immediate response to your application.
      E-mail: shadiraaliuloancompany11@gmail.com

      For more information about the loan procedures, kindly contact us via email here: shadiraaliuloancompany11@gmail.com

      Delete
  2. time nk apply keja tu, kita just call..boleh ke? hehe

    ReplyDelete
  3. lau mula2 masuk n taktahu ape2 position ape ye yg sesuai ?

    ReplyDelete
  4. akak keje full time ke? pastu dpt gaji bape tuk sbulan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part time . Kalau baru masuk , dia potong duit baju Rm 50 . so hritu sebulan kalau secara kasar dapatlah RM 800 plus OT semua . dah tolak duit baju n kwsp semua dlm 700 lebih

      Delete
    2. Kak kalau firt time kerja dkt kfc tu diorang ada ajar x sebab saya baru nk start mintak kerja bsk

      Delete
  5. Selalu , first day masuk dia suruh kita jadi CSC . Then , besoknya depends on manager lah dia nk letak kat department mana . Ada je pekerja yang handle semua department . so itu semua bergantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasala saya masuk ii kena jadi csc, lain macam penat dia, haishh sabo jela

      Delete
    2. Akak sri nazwa.. bayaran untk OT Rm brapa 1 jam?

      Delete
  6. Salam kak , haha nk tnya skit , klau keje die boleh apply part time atau fulltime ye ? Mmg biasanya masa die 8 jam ? Sy nk bkeje tmpat baru , lagilah dkt RnR . saya lepasan spm Trima kasih kak bkongsi pngalaman .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau part time selalunya 6 jam , tpi yg jadi lebih jam tu sbb x cukup staf so kira overtime la . Kalau full time x sure mcmana . Better kalau lepasan SPM ambik jelah part time , kalau nk sambung belajar ke apa nnti , minx lah cuti tanpa gaji kalau nk smbung kerja lgi lah time cuti sem ke apa . kalau x nak , berhenti jela terus :)

      Delete
  7. salam kak, klau saya keje part time xsmpai 2 bulan xpa ke ?? sy ni tgh tunggu result spm, tgh mncari kerja part time, kene ambik semua position ke?? ke boleh pilih ? mula2 nk apply tu pegi tnya pekerja2 kt kfc tu ke ?? sorry banyak prtanyaan, huhuhu....

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas segala maklumat, saya baru semalam start kerja di kfc, part yg last sekali tu saya setuju sangat, memang agak sukar untuk solat, lagi2 waktu magrib, terpaksa qadha je :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama -sama :) . Yup . mmg susah nk lari waktu maghrib sbb time tu jugaklah ramai org . Pandai2 lah cari masa .

      Delete
    2. hai..biase gaji tok 4 time dpt bpe ri bln,keje di kfc?

      Delete
  9. Wassalam . rasanya boleh sebab haritu pun saya kerja sebulan setengah je . Xdelah semua position kena pegang and jwatan diberi oleh manager . haah . mula2 nak apply . gi kat kaunter cashier tu . tanya dia , ada kerja kosong tak . Goodluck btw ! :))

    ReplyDelete
  10. Kak sye nak tnye...saye siang belajar tapi kelas paling lambat habis pon dlm pukul 4...jadi kalau sye apply kerja partime boleh ke kalau mintak syif malam sahaja? :)

    ReplyDelete
  11. Salam kak... Semua yg akk cerita psl keje kt kfc ni memamng 100% betul... Saya ni lepasan spm dh keje kt kfc ni dkt 2 bulan... Rugi tk baca dulu masa awal² start keje aritu... ����

    ReplyDelete
  12. Perhh best gila dengan biz 1whp ni. modal rm55 pulangan brlipat ganda. Haihh masih ramai lgi yg takut nk cuba biz ni. skrg dh ramai tau yg join biz 1whp . skrg tgah top meletop biz ni. mai cepatt rebut peluang yg hadoo..
    nk tahu mcm mne Pm sy 0172769121 jika brminat 1world handpone

    ReplyDelete
  13. 100% sama even kerja setengah bulan je sebab tak tahan dengan perangai certain manager n staf . Tapi bab solat tu paling suka sebab mustahil dia tak bagi keluar solat . Kira macam dapat masa break lebih . Nasib lah manager bagi keluar solat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalau staff ramai , maybe dia x kisah . or waktu tu customer x ramai. Mcm tmpt saya , staff sikit n pelanggan selalu ramai.

      Delete
  14. hai sri nazwa sy nak tnya, klw apply kerja kat kfc at weekend sahaja bole tak? maksud saya kerja sabtu dan ahad sahaja..

    ReplyDelete
  15. ini mmg btul saya dh hmpir 4 taun kjer di kfc dh x bole pisah gn aym goreng tuu huhu

    ReplyDelete
  16. akak nak tanya. saya tengah buat kerja kursus STPM ni. paling tinggi gaji KFC berapa ye dan tahap pendidikan paling tinggi apa ye.

    ReplyDelete
  17. akak nak tanya. saya tengah buat kerja kursus STPM ni. paling tinggi gaji KFC berapa ye dan tahap pendidikan paling tinggi apa ye.

    ReplyDelete
  18. Gaji paling tinggi gaji Manager restoran lah . but not sure berapa tpi yg sure dlm ribu , Tahap pendidikan adalah yg ad kena mengena dgn pengurusan restoran .

    ReplyDelete
  19. Time interview tu kna bawak sijil apa2 x kak? ker dye hnya tnya soalan2 jer

    ReplyDelete
  20. Salam and hi. Saya nak tnya akak, sya ingat nak amik part time dekat kfc. usually kalau part time dia keja bapa jam? and bapa hari for a month? and what if nak amik cuti? sori bnyak tanya.. baru nak involve dalam soal bekerja. thanks. salam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam .. Tak tentu . Semuanya ikut branch kfc yg awk kerja n manager dia . Mcm sya , sya pnh kerja plg sekejap 6 jam plg lama sampai cover 3 shift skali sbb tk cukup staff , but tu dh kira OT lah . Kalau cuti tu kdg dpt seminggu sekali offday , tapi kalau nk minx cuti boleh je , tpi diluluskn atau tidak tu semua bergantung pda manager . Sbb kdg2 takut x cukup org . Kalau boleh kalau nk cuti .. Apply awal2 dri hri nk cuti tu . Dia ada mcm2 cuti . Cuti biasa sbb kita ada hal , cuti belajar , offday n cuti sakit . N the only cuti yg gaji jalan adalah cuti sakit tpi tu kena ada mc lah . Its okay . Goodluck and be strong k kerja kfc 😊

      Delete
    2. Kene bawak sijil apa ya masa interview?

      Delete
  21. salam.. pasal benda yg manager nk setelah diterima bekerja.. antaranya ialah salinan ic,, akaun maybank,, dan kwsp,, sy tak tahu masa skrg nie mcm yg awak cerita pasal kwsp betulke manager yg akan buatkan.. sy baru dpt kerja restoran lebih kurang mcm awak jg la.. tp sy dpt kerja mcd.. isnin dpn start kerja sehingga 26/7 hanya dpt part time shj.. after that.. sy teruskan untuk bekerja dr pagi smpi malam.. adakah sy perlu endahkan pasal kwsp?? mohon reply secepat mungkin. tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya keja mcd Cyberjaya dh 4 bulan dah pasal kwsp kita kena buat sendiri tapi x tahu la apa sebabnya 100 betul pasal solat tu Kdg zohor qhada je Kwsp tu masa kita tua nanti SBB tu kita kena buat ..

      Delete
  22. As'salam . Hi sy niy umur 16 tahun .. rasanyaa bolehh kerjaa partime dekat kfc tk ? Tp waktu cuti hujung tahun je laa .. nk cari duit belanja n then isi masa lapang . Means kerjaa dalam sebulan je .. agk agknyaa diterima tk ? Tolong reply ya . Tq

    ReplyDelete
  23. As'salam . Hi sy niy umur 16 tahun .. rasanyaa bolehh kerjaa partime dekat kfc tk ? Tp waktu cuti hujung tahun je laa .. nk cari duit belanja n then isi masa lapang . Means kerjaa dalam sebulan je .. agk agknyaa diterima tk ? Tolong reply ya . Tq

    ReplyDelete
  24. As'salam . Hi sy niy umur 16 tahun .. rasanyaa bolehh kerjaa partime dekat kfc tk ? Tp waktu cuti hujung tahun je laa .. nk cari duit belanja n then isi masa lapang . Means kerjaa dalam sebulan je .. agk agknyaa diterima tk ? Tolong reply ya . Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends pada kekosongan kat tempat tu . So kena tanya manager tempat awk nk mohon tu.

      Delete
  25. Dear.. Kalo armt tahu tak aper2 pasal position nie??..mcm wktu kerja n skop keje nyer..ader aper2 syarat tak utk quit nanti??

    ReplyDelete
    Replies
    1. asst. restaurant manager trainer... bantu manager tapi still under belajar.. khusus untuk yang ada diploma....

      Delete
  26. Tumpang tanya ... awk tahu x gaji sejam kat mcd berapa ? Sorry terlari dripada tajuk ...

    ReplyDelete
  27. Tumpang tanya ... awk tahu x gaji sejam kat mcd berapa ? Sorry terlari dripada tajuk ...

    ReplyDelete
  28. +1 sebab suka baca post awak nin hehe

    ReplyDelete
  29. Salam kak.saya dah kerja 14 hari di kfc..kalau nak berhenti boleh dapat gaji terus ke..bg notis 24 jam

    ReplyDelete
  30. Salam kak.saya dah kerja 14 hari di kfc..kalau nak berhenti boleh dapat gaji terus ke..bg notis 24 jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu saya kerja dulu , saya berhenti time belum cukup bulan . So mmg xdpt ganji on the sport hritu gak. mmg tunggu cukup bulan :)

      Delete
  31. Salam , kwsp tu kalau tak buat takpe ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Nnti dia akn buatkan jugk. Sbb kalau nk buat sendiri. Nak kena ada senua details psl company .

      Delete
  32. Salam. Akak, saya baru je start part time 6jam/hari... N cuti skali seminggu. Saya nak Tanya kalu sebulan cecah berapa ya gaji saya? Huhuhu... (Yg memerlukan jawapan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x masuk OT n triple pay sbb public holiday maybe dpt dlm 400-600.

      tapi if include ot n triple. Boleh cecah 800. dulu first gaji akk cecah 800++ sbb bnyk ot n triple. Tpi lepas potong kwsp n tshirt trus jdi 700++. Hahaha. Nak senang kira gaji. Just refer total hours bekerja kat punch card darabkan dgn gaji sejam. :)

      Delete
  33. haish . rse nevous pulak bila baca blog akak ni .. sbb sye dapat duduk cashier

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Jgn nervous . Goodluck melayan kerenah customer :). hehehehe

      Delete
  34. haish . rse nevous pulak bila baca blog akak ni .. sbb sye dapat duduk cashier

    ReplyDelete
  35. Sama la mcm awak ckp kat blog tu pegalaman kite.tpi rindu jga kadang2 nk keja kfc ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup , mmg rindu suasana bekerja kt kfc walaupun mcm2 perkara yg kena hadap waktu bkerja tu.

      Delete
    2. Yup , mmg rindu suasana bekerja kt kfc walaupun mcm2 perkara yg kena hadap waktu bkerja tu.

      Delete
  36. Sy kje KFC sbenarnye penat tu biasa tapi disebabkan staff KFC tu x friendly semua kakak2 yg x sporting.JD sy tension asyik2 die marah je sy,sy pon chow..

    ReplyDelete
  37. Salam akk, kalau kite kerja kfc n esok nye kite berenti cmtu tnpa bgtau, apa akan jadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaji sehari tu pun tak dibagitahu hehe... macam angin lalu je....

      Delete
  38. Salam..hy..klau full time brape jam keja n brape dpt gaji ek..sbb bru nk g mintak kat kfc kuala klawang,jelebu..nsdk..mohon penjelasan..tq!

    ReplyDelete
  39. Salam..hy..klau full time brape jam keja n brape dpt gaji ek..sbb bru nk g mintak kat kfc kuala klawang,jelebu..nsdk..mohon penjelasan..tq!

    ReplyDelete
  40. Salam..hy..klau full time brape jam keja n brape dpt gaji ek..sbb bru nk g mintak kat kfc kuala klawang,jelebu..nsdk..mohon penjelasan..tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya 8 jam , kalau saya x silap la. Starting kerja 4.33. gaji akan mkin naik bila dpt star.

      Delete
  41. Kalau umur 16 tahun bole buat part time tk?

    ReplyDelete
  42. Replies
    1. kalau umur 17 tahun nk buat full time boleh takk

      Delete
    2. kalau umur 17 tahun nk buat full time boleh takk

      Delete
  43. Assalam kak kalau saya buat kerja part time dalam 10 hari boleh kea? Brpa gaji dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not sure . Semuanya depend on manager kfc tu

      Delete
    2. nak tanya kalau umur 17 tahun boleh kerja kt kfc tak buat full time

      Delete
    3. nak tanya kalau umur 17 tahun boleh kerja kt kfc tak buat full time

      Delete
  44. Salam. Kalau kerja kfc orangnya akan ajar ke cara buat kerja? First time kot so taktahu pape huhu

    ReplyDelete
  45. Kalau tak konfirm.. Brp hr notis brhenti?

    ReplyDelete
  46. Kalau tak konfirm.. Brp hr notis brhenti?

    ReplyDelete
  47. nk tanya umur 17 kfc terima atau tak, kalau terima boleh buat full time takk

    ReplyDelete
  48. nak tanya kalau umur 17 tahun boleh kerja kt kfc tak buat full timetak

    ReplyDelete
  49. Klu nk keja dlm 23 hari mcm tu diterima tak oleh kfc?

    ReplyDelete
  50. Assalam kak, sya nk brtnya bole x.klu masuk part time kfc.and.mintk 3 hari je keje jumaat smpai ahad sbb klu isnin smpai khmis tu mmg balik dri.sch lmbt.. Agak2 bole x eh mintk mcam tu?

    ReplyDelete
  51. semua itu bergantung pada manager tempat awak bekerja , kalau dia mmg memerlukan sgt pekerja , mmg dia akan ambil. sbb dulu tempat akk , ade je yg kera time sabtu ahad sahaja. so better dtg kt kfc tu and tanya sendiri manager dia :)

    ReplyDelete
  52. Haha 100% betul la,, pasal gaji sikit tu pn betul la,, pasal csc tu lg la,, mmg selalu kene buli,, kesian csc haha,, csc termasuk org yg sedang tulis nie la,, bekas csc dan bekas pekerje kfc jgk la,, tpie tu semua history hidup mase umur 19 dulu haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn .. kdg2 hilg jugkla sabar sbb staff lain mcm.xde perasaan je . Sabor jela

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Haha,, tu la pasal,, die ingt csc xde kerje ke,, mmg la nampak cam senang tpie penat la,, nak2 time costumer ramai,, diorang x pernah jadie csc diorang x tau la mcm mane perasaan jadi csc dgn kene buli lg,, kite diam je,, maklum la csc nie menumpang deparment je haha

      Delete
    4. Bayangkanlah sya ni perempuan , then kena angkat caton air n box air yg untuk machine tu. Perhhh. Dhla berat . Manager langsung x suruh budk lelaki.angkat , kita pun mls nk kacau , angkat jela .. belum cerita time kena ambik stok.dlm stor . Dh kena panjat rak mcm spiderman. Lol. Kelakar pulak bila igt balik..

      Delete
    5. Haha,,, tu la pasal kadang2 manager buat x layan je kt csc nie,, sy pulak time stok2 akhir bulan sampai,, time tu tengah busy,, yg sorang tu kene jage costumer,, so tinggal la sy sorang2 kene angkat stok tu,, stok akhir bulan nie bukan sikit,, berkaten2,, so nk ke xnk terpakse la,, bayangkan la bertape kuatnye sy mase tu sampai rumah terus tidur,, sampai x pergi kelas esok tu,, mmg penat sangat la mase tu haha

      Delete
    6. Hahahaha.. part time kfc time tgh beljr ek. Perhhh , tough nye. Hahahahaha

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Ha'ah part time mase ambik diploma dulu,, mmg tersikse sangat la haha,, last2 behenti jgk haha

      Delete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. assalamualaikum sy muhammad sy sbenarnya nk tnya mcm mna kerjaya dekat kfc ni,so dekat mana sy nk contct awk lebih mudah tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  55. yang kisah tentang manager tu best..ehem..ehemm..bekas manager ni..ehemm..ehemm..

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum kak sy nk tnya sikit uniform tu dia bgi bju je ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Baju je. Seluar n kasut, beli sendiri

      Delete
    2. Haah. Baju je. Seluar n kasut, beli sendiri

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  57. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. kalau saya nk kerja selama 3 bulan nk minta part time ke full time sementara tunggu result spm keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik part time la ok. Tpi kalau x kisah kerja lbh msa n nk gaji lebih. Ambik full time

      Delete
  60. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. Cek yg manager bagi macam mana nk claim n bila bole claim

    ReplyDelete
  63. Nak tanya. Gaji yg dpt cek tu rasa atau ingat lagi takberapa hari bulan cek tu keluar? i kerja kfc then tgh tunggu cek lama lak ai��, ingat tk brpa hari bulan? belas belas haribulan ke? atau 20hb ke dapat? hmm

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
    Satu perkongsian menarik tentang bimbingan SPM.. Harap dapat singgah ke blog saya JY Write tentang 5 PERKARA BUAT SEMENTARA TUNGGU RESULT SPM

    Yang Benar
    JY Write

    ReplyDelete
  65. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  66. Nak tanya klau hari pertama msuk keje trus pakai uniform kfc ke

    ReplyDelete
  67. Baru 4ari lpas interview kt kapci,nk tnye suntikan typhoid tu slalu suntik time kite dah dpt bju kapci ke atau pon kite dh mmng stndby dah dgn suntikan tu...lupe plk pastu mmng kne msuk kelas ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ambik typhoid after manager kata sya diambil bekerja. So if x confirm lg, x yh buat lg suntikan typhoid. Mmg kena msuk kelas , tpi selalunya after several weeks awk bekerja.

      Delete
    2. Saya ambik typhoid after manager kata sya diambil bekerja. So if x confirm lg, x yh buat lg suntikan typhoid. Mmg kena msuk kelas , tpi selalunya after several weeks awk bekerja.

      Delete
    3. Smlm g abil suntikan typhoid itu pon sbb sya yg tnye mnager tu,sptotnye lpas sya intrview sya dh kne abil...die ckp lg cpt abil suntikan typhoid cpt laa sya msuk kelas,mmng btol2 pelupe...kt kelas tu ape yg die ajar????

      Delete
    4. Hye!!tq sbb byk mbntu,skrng sya dh 8bln kje dkt kapci..kje mmng penat laa tpi best,gji pon mkin naik skg..

      Delete
  68. Assalamualaikum,nak tanya.. saya baru kerja position cashier seminggu tapi lama2 sy kurang minat nak kerja dkt situ sebab tak tahan asst manager sy selalu marah sy depan org ramai kalau sy buat silap. Malu lah sy. Lagipun sy x ada chance langsung nak duduk wlaupun ada kerusi,staff lain yg duduk. Sakit tumit sy. Sy rasa sy nak berhenti. Mcmana saya nak berhenti kerja sbb sy contract 6bulan. Kalau berhenti sy akan kena bayar apa2 ke? 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. kalau kerja cashier, mmg susah sikit nak dpt duduk. saya pun dulu duduk bila manager kat blkg. bila dia ada, saya buat2 kemas counter. kalau ada contract rasanya kena ikut ruler contract tu la kot. i'm not sure about that. sbb mcm dulu, saya masuk, saya mmg ckp nk kerja sebulan. bt tkdelah written contract pun. Apa yg boleh sya cdgkan, cuba awk tnya staff senior kt situ. yg dh lama kerja. kalau xde siapa yg thu gak, awk tryla tnya manager lain yg awk okayy.

      Delete
  69. Assalam akak..nak tnya saya nie tngh tungu twaran masuk u..so ada cuti 2 bln lagi..bsok kna temuduga kfc dh...tpi baca blog akak n bloger2 lain..kfc ada positif and negatif..rasa takut pula..susah sngt ker kerja kfc?and more thing berbaloi ker kerja 2
    bln..dgn gaji yg x tao brapa gi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja dia x susah. Cuma penat. n kena kuat mental fizikal. Sebab kita tak tahu perangai workmates kita n our boss. Kalau dorg perangai ok, work will be fun. Kalau x okay, kita pun rasa tension. If dh xde tmpt lain nk kerja n u really need that money.. berbaloi je. If ada choice yg lagi better... elok la pilih yg lain...

      Delete
    2. Asaalama . Sye baru 16 tahun . Inagatkan nak cari kerja partime hujung bulan nanti means kerja dalam sebulan je ..agak agak Dia terima tak umur 16 ?

      Delete
  70. Kak nak tanye, masa iv tu akak pkai bju sesuka hati ke n ade ape2 yg kena bawak x mase iv tu

    ReplyDelete
  71. PEMBANTU KIOSK di BANGI GATEWAY

    1.Perempuan
    2.Ada transport
    3.Boleh membaca.mengira.menulis dengan baik
    4.Fasih bertutur Bahasa Melayu(Bahasa English lebih diutamakan)
    5.Rajin.jujur.amanah.kemas.sopan
    6.Masa kerja 10pagi ke 10mlm( rehat 2jam mengikut kesesuaian)
    7.Mahir menggunakan komputer

    Tugas keja
    1.Iron
    2.Kemas stok/kiosk sapu mop lantai
    3.Promote barang
    4.Layan customer
    5.Edar flyers
    6.Urus barang poslaju
    7.Kira stok
    8.Urus kerja online di komputer

    Gaji RM1000-RM1200

    Berminat hubungi 0139201910

    ReplyDelete
  72. masa nk gi tanya ade keje ksong tu kene bawak resume siap-siap x?

    ReplyDelete
  73. Kalau kerja f&b mmg mcmni. Hehe. Sebulan lebih tu tak lama sgt. Cuba kerja lagi lama, mesti dah biasa. Tp pelik juga kfc punya customer service kena buat kerja2 mcm tu. Kalau customer service mcd handle party n customer je. Kitorg xdbenarkan buat kerja crew walaupon manager paksa. Haha. Kcuali kalau dh xckup org sgt tu common sense laa, kite tlg2 apa yg patot. Gaji pun okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yasmin Aris.. i really3 nk sgt bkerja dgn mcd.. tpi mcd yg dkt dgn umh sy tu full..

      Delete
  74. Salam sis. Apa beza kerja part time dgn full time? Sebab saya bercadang nak tukar kerja.

    ReplyDelete
  75. Salam. Hi kak.
    Nak tanya.
    Ada tak orang luar negara yang bejerja di kfc tu?
    Kalau ada. Mesti terus jumpa manager?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... jarang jumpa orang luar negara kerja kfc

      Delete
    2. hai sis nk tnya.. part time ni selalu start pukul berapa atau diorg yg aturkan jadual untuk kita?

      Delete
  76. aku pernah kerja part time kfc time kerja praktikal kat shah alam.masuk pukul 7mlm sampai 12pagi. memang penat wehh..dah keje csc, ko mmg tahap cleaner berjaya. kena angkat sampah, buang sampah, lap meja, susun meja, basuh pinggan, lap pinggan, bwk pinggan ke depan, lap tingkap dan pintu kaca, kena paksa masuk dalam maskot kfc tu time birthday party, ko akan jumpa org belagak gilaaa..anggap ko ni mcm xde education tinggi. hahaha ni semua aku boleh hadap..tapi bab solat mmg susahhh...bab pekerja dorang yg agak sosial. baik jangan la kerja kfc. ��

    ReplyDelete
  77. Sya nk tanya kerja kfc paling lambat gaji tanggal berapa..

    ReplyDelete
  78. Hari selase ni first day saya kerja kat KFC ad nasihat x pasal ap yg boley menyebbkn kita langgar peraturan kat situ? Pakaian ke.. kasut ke.. hehe

    ReplyDelete
  79. Saya mohon kerja kfc, manager suruh saya buat juga kwsp sendiri...
    So saya buat la..
    Jadi macam mane ni?

    ReplyDelete
  80. hello kak , kalau baru 4 hari bekerja tpi nak berhenti mcm mna ?

    ReplyDelete
  81. bagaimana staff dilatih/ disediakan??
    adakah jurujual dibenarkan mengamal cross sell antara jabatan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu saya bekerja, cashier dilatih oleh cashier yang lain..mula2 kena biasakan dgn menu and prepare order dulu.. then baru pegang mesin cashier..

      Delete
    2. Kak umur 17 belum genap boleh mohon tak kerja kfc...tq..btw jelas sangat penerangan akak ni

      Delete
  82. Salam saye baru lps berhenti keje KFC KB2 di Kelantan dlm bln 3 yg saye tk puas ati nie manager saya kurg kn jadual saye csc tapi diaorg bagi keje kt smpai 3 ari 4 ari cuti lps saye cek gaji tinggal la 320 yg saye tk puas ati nie org lain bole bagi deret nape 3 ari plk saye ini saye rasa kesal dgn KFC nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon. Cukup sebulan saya nak resign. Gaji tak setimpal dengan keringat buat kerja.

      Delete
  83. Betul sgt weh. Gaji tak berbaloi dengan penderitaan. Belum lagi dapat manager yang jenis perangai suka kerah tenaga orang. Aku baru dua hari kerja. Doakan aku wehh. Waktu solat pon sama. Setengah jam je. Tak berbaloi langsung. Rasa penat nak tercabut kaki tangan..

    ReplyDelete
  84. Kak kalau first time kerja diorang ada ajar x sebab saya x tau apa² ni bsk nk start mintak kerja

    ReplyDelete
  85. Nak tanya nak bukak akaun maybank dengan surat manager tu brape kena

    ReplyDelete
  86. Saya sdng bekerja kat KFC ni, baru 4 hari dh rasa mcm nk berhenti dh pasal sye ni baru training dh dibuli oleh pekerja2 lain hmm

    ReplyDelete
  87. Ko cakap macam kerja susah..kerja lain lgi susah dri kerja kfc. Klau nak makan tdur duit masuk, baik tkpyah kerja bro

    ReplyDelete
  88. Ko kerja tentera lgi teruk bro dri kerja kfc.. dah bodoh, kerja laa kfc.kena terima hakikat. nk kerje senang, bljr pndai2 laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, oleh kerana aku rasa susah kerja KFC masa tu cam xd life ak nekad belajar pandai2x, alhamdulillah bersyukur apa yang ada sekarang, yang paling penting keje pape pun solat jangan tinggal..

      Delete
    2. Bodoh ke tak bodoh ker majikan kene jage pekerje, abih klu bodoh boleh diperbodohkan laaa... Bangang ape ko nie...
      Tahun nie kfc tak bagi triple ke double pun kat pekerje yang kerje time raye... Bodoo an..

      Delete
    3. Adeke patut dibodohkannya orang yang kerja KFC... lol

      Delete
  89. Terima kasih kerana kongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  90. wei dari 2014 sampai lah ke 2020. Mesti dah ada kerja tetap ni kan penulis ni

    ReplyDelete
  91. Hi, kesian awak tapi saya Tak hadapi apa yang awak rasa.. kfc saya awak boleh je solat, just bagitau manager or member.. then g ah.. manager aku akan cover kalau aku g solat.. aku cover semua department kecuali cook.. aku lah akan cover orang Tak hadir.. thank God gaji aku sampai 2 3 k Tak tipu yaa.. gaji tu banyak sebab keja takda cuti and aku keja siang malam.. aku keja waktu cuti sem je.. kalau ada kelas aku Masuk petang.. memamg closing je muke aku.. csc stands for customer service crew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf nak tanya cik ambil part time ke full time? Klw part time kan,kite boleh pilih ya hari apa kita nak amik, klw kita x nak bahagian cook boleh ke? Sebab risau ayam terhangit or terhanyir

      Delete
    2. Kita memang boleh pilih ya nak amik cuti or tak? Maaf tanye risau risau 😅

      Delete
  92. Assalamualaikum kak, nak tanya, klw part cooked goreng ayam and backup dia akan tunjukkkan tak? Biasanya brp hari bru die akan serahkan 100% pd kite kerje tu? And klw yg tak mahir bab goreng ayam and potong ayam ni mcm mane eh? Risau la takut ayam hangus ke hanyir ke..lepas tu kan kak maksud akak yang contoh kita kerja dlm 2,3 bulan gitu, sekali kite dapat tawaran U and pergi sane, saye ade bace akak reply komen orang kita boleh pilih sama ada nak berhenti terus or x berhenti tapi cuti belajar tanpa gaji, lagi satu ada tak disediakan hostel utk pekerja yg tiada kenderaan atau jauh? Maaf kak banyak tanya sebab saya nak try kerja kfc

    ReplyDelete
  93. Kak ,klau nk berhenti kerja mcam mana eh prosedur dia

    ReplyDelete
  94. Manager tak professional tu paling serabut sekali. Boleh sakit otak tu nak melayan huhu

    ReplyDelete
  95. salam kak kalau dah kerja sebulan cam mana nak berhenti kena buat surat atau just chat nak berhenti?

    ReplyDelete
  96. Hai, awak pernah kerja KFC kan, nak tanya lah, apa perbezaan guna pinggan putih tu dengan pinggan kertas. Sebab selalu tgk ada yg kdg bagi pinggan putih, ada yg Kadang bg pinggan kertas tu. Kita boleh minta ke dekat kaunter pinggan jenis apa yg kita nak? Lpastu kalau makan ramai2 lebih 10 orang, pinggan jenis apa yg dorang akan bagi pada customer.

    ReplyDelete
  97. Saya prnh krj mula2 mmg kena buli dgn senior staff. Tp saya sabar. Yg sua nmpk dr pengamatan saya, mkin dorg dl d buli jgk jd akan buat style yg sama thadap junior staff. Tp saya x plkbuat mcm tu pd kru baru masuk. Saya sabar je. Akhirnya antara sorg pbuli tu kena dera oleh suaminya lg sorg tu buang krj sbb make money. Lg 1 tu jd kwn baik saya dan ziarah saya bersalin dgn lg bbrp kru baru yg baik hati. Sbnrnya jadi kru fastfood ni pndpt saya mst ada 1 org pjbtyg jaga kbjkan pkerja spy x dbuli d tindas. Sbnrnya kru2 ni semua sama ada partime full time nak krj lama. Tp x mampu sbb stress. Seperti kru lama x suka ada pekerja baru masuk. Kkdv kalah lg manager. Masa saya krj kfc manegwr semua baik ngan saya termaauk maneger cawangan lain.MOD shop manager semua baik ngan saya. Tp itu tahun 2003. Mn semua dorg pun saya lost contact. Skrg 2023 x tau cmn mn pangai manusia skrg sbb da 20 tahun lps.

    ReplyDelete
  98. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523


    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523

    ReplyDelete
  99. Mau tanya kak kalau dia kata bawak document serta pergi buat injection tu mcm? Kalau tk lulus interview nanti buat bazir je duit tu, apa pendapat akak? Sebab saya dia tk but interview lagi lepastu dia suruh bawa document serta buaat injection sekali tnpa tau result sama ada saya lulus atau tk

    ReplyDelete
  100. Adakah anda sedang mencari kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan bil anda, seperti pinjaman peribadi, isu kewangan, pinjaman perniagaan untuk menyediakan perniagaan anda sendiri atau pengembangan perniagaan, pembiayaan projek dan skor kewangan anda sangat rendah, saya dapat membiayai anda dengan jumlah yang anda perlukan mulai dari $1000-$50J dan kadar Faedah yang sesuai 3% yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. maklumat lanjut Sila hubungi saya melalui e-mel:adamfinancialloanservicess@gmail.com atau masih di whatsapp sahaja +917458095182

    ReplyDelete