Wednesday, December 30, 2015

Entri yang agak serius .





Beberapa jam menghampiri 2016 . Tak lama lagi , usia meningkat , perbelanjaan bertingkat, hidup juga mungkin makin singkat . Aku jarang pasang azam bila tahun baru masihi datang . Selalunya aku pasang azam waktu tahun baru hijrah . Bukan nak tunjuk aku ni baik , tapi motivasi aku untuk lakukan setiap azam yang aku letak setiap tahun baru hijrah lagi  tinggi berbanding tahun baru masihi .

Aku juga tak suka nak share apa azam aku setiap tahun dekat orang lain . Sebabnya katalah aku tak mampu laksanakan azam aku tu , aku juga yang malu . Jadi better aku sorang je yang tahu dan nilai sendiri sejauh mana aku dah laksanakan semua azam yang aku buat .

2015 tahun yang mencabar mental fizikal . Aku banyak habiskan masa dengan assignment . Assignment pula boleh tahan tough . Aku jarang menangis untuk assignment , tapi tahun ni , mmg ada assignment berjaya buat aku menangis . Hubungan dalam persahabatan dan orang sekeliling pun turun dan naik . Mood juga kadang2 tak stable . Sungguh mencabar tahun ini ! *bagi aku lah

Apa yang baik kita kekalkan , dan apa yang kurang , kita cuba ubah . Dan tak semestinya bila muncul tahun baru je , baru reti nak berubah . Setiap hari kena muhasabah diri dan ubah apa yang tak ok kebesokan harinya . InsyaAllah . Semoga 2016 , kita dapat achieve segala cita-cita kita .

Its my final semester too . Hope I'm doing great . Aminnn :)

Thursday, November 5, 2015

Spontaneous Friday : Feels old already


Heyyaw and Assalamualaikum people ! Happy Friday and to gentleman don't forget your Friday prayer today .

For today post , we just go a bit relax and do some throwback of myself .
Basically , in my house , I got my own cupboard where I put all my old stuff since I were in primary school actually .
When I have nothing to do , I really love to find all these stuff back and then throwback the memory that  I've been through related to that stuff . #memangperangaisusahmoveon.

So let's see what I have .


*From left to right

1- Pencil Box

or else I will called it ' Kotak Box ' (i'm not good at English that time . hahaha) . Pencil box yang atas sekali tu hadiah waktu maulidur rasul kat sekolah agama . It was a quiz actually . You got a question and you need to write the answer on a piece of paper then submit it to Ustaz. The students can send their answer as many as they want. Then later on , Ustaz will pick up any paper that have been submitted by the students , if the answer was right , they got the presents . So , this girl who name Sri Nazwa , she so excited about this and what she did was , she wrote the answer on a piece of paper , Satu paper dibahagi 10 kotak and ada 10 jawapan . Then budak ni pergi photostat jawapan dia lagi 10 helai . Gunting semua kotak2 tadi , sekarang dia dah ada 100 keping kertas berjawapan . So waktu ustaz cabut , kertas yang di pick up nya asyik kertas budak ni je .. Hahahaha.. Pencil box ni langsung tak pernah guna pun .  

Pencil case yang bawah tu pula , I bought it waktu hari kantin and I used it when I was in Year 4 primary school. Dah berkarat pun. T.T , but still simpan lagi sebab sayang :D

2- Rekod Prestasi Pelajar (Yellow Card)

That was my reportcard waktu darjah satu . How I wish every examination that I've been through, will get a good result just in this reportcard . Hahaha

3- Script Card (Pink Card)

Kad skrip waktu darjah 3 untuk persembahan sempena Maulidur Rasul . Kena buat persembahan cerita waktu tu . Aku pernah dapat offer wakil sekolah pertandingan bercerita , tapi aku tolak sebab aku ni jenis susah sikit hafal teks panjang-panjang . *rindutime2buatpersembahankatsekolahdulu

4- Jam Pink

Jam pink tu hadiah abah sempena resut peperiksaan yang cemerlang  waktu darjah 2. Antara hadiah yang pernah aku dapat waktu dapat result cemerlang adalah ( set barang mandian , basikal , kamus , handphone ) Sekarang bila dah besar , cukuplah buat doa selamat je . *yesridahbesardantua

5- Surat

Yeahhh ! dulu pernah merasa main surat-surat . Miss the feelings of excitedness when the postman deliver the letters and one of those letters was yours .

6- Diary

Got my own diary when I was 11 . Actually I never finished wrote a diary when I've one . Basically , in my diary , i'm not writing about what I've been through in life everyday , but its more about the guy that I admired at school and the person who I hate so much . I still have a diary until now but an online diary where I always update it through my phone . Gelak sorang-sorang bila baca balik apa yang aku tulis dalam diari tu . 

7- Gameboy CD

I bought that CD from my brother in 2007 . So many game in one CD . I love to play Mario , Pac Man , Pokemon and many more . Waktu tu zaman komputer besar tu or I called it Komputer Jendul . CD ni juga menjadi punca pergaduhan antara adik beradik pada waktu tu . Hahahaha .

8- Timetable

I dont know why , in so many things that can be a collection , I choose to collect a timetable . Basically I'll get for free after bought the school stuff . Got many of them but never used it . I used to write my class schedule in the note book rather than in this timetable sbb selalunya mesti kotak dia tak cukup . Hahaha.


9- So called Magazine

Aku mengaku yang aku memang kuat berangan dulu and berkawan pula dengan jenis yang sama kuat berangan juga . Then me and my friends came out with first book 'Sehati Sejiwa' in 2005 *poyo je ayat. hahaha . Its a hand written book , waktu tu buruk gila tulisan aku . Then after satu buku , aku buat buku yag lain pula ( Buku Kids , Smart Kids , Info Kids and Fun Kids ). Terakhir sekali aku buat buku ni waktu form 1 . Dalam tu ada mcam-macam content and bila aku baca balik sumpah tergelak sorang-sorang . It will reminds me of my friends too . Aku juga pernah acah2 nak tulis mini novel tapi its more like script actually , so I wrote a book called The Mystery (kisah beberapa orang sahabat yang mengembara menggunakan permata untuk melawan makhluk gergasi ) and Fiona ( kisah seorang gadis yang diminati ramai tapi susah nak jatuh cinta sebab masa lampau dia) 

Hahahahahaha.. dah2 aku rasa nak tergelak sekarang , Sebab memang tak boleh go dengan perangai kuat berangan aku tu . But actually , aku tak habis tulis pun 2 cerita tu , sebab dah malas dan semakin membesar . Hahahahaha . Lagi satu , buku-buku ni siapa nak baca kena ada member card . Waktu tu ada juga lah yang terpengaruh beli member card tu . hahaha. Nak dapat member card kena bayar RM 0.50 sen . Jangan tanya aku kenapa murah sangat . Sebab waktu tu nilai 50 sen tu besar gila bagi seorang budak sekolah rendah bernama sri nazwa. Hahahaha :D 

10- Name Tag collection

Name tag Ketua Tingkatan tu dapat waktu form 5 , name tag pengawas waktu darjah 3 and name tag 'Nazwa' tu waktu jadi ahli Puteri Islam and lastly Button 'Lulus Sempurna' dapat waktu form 4 .


So yeahh , I'm done my story . 
Yes , I feel old already when I'm think about how long that I've been keep all these stuff .

Tomorrow got MUET examination , I hope everything will be good . Pray for me .
and have a nice Friday !


Tschuss :)

Tuesday, October 20, 2015

Yang Senang Diungkap Tapi Susah Nak Buat




Heyyaw and Assalamualaikum ! I hope you all doing fine out there . Alhamdulillah I already finished my 20 month as diploma student and its gonna be another 4 month to totally finish my diploma . So excited , yet nervous for the result . Lets pray that Sri Nazwa get the excellent result for her diploma . Aminnn .

Today topic , seperti yang telah dinyatakan atau yg lebih mudah lagi I was discussing the things yg senang cakap tapi susah nak buat
or cakap je lebih tapi langsung tak maksudkan apa yang dicakapkan .
Rata-ratanya memang pernah hadapi situasi ni .
Same goes with the person yang tulis post ni . *anaksapolahtuuu . Ahakss !


1) "Aku nak berubahlah"

Rasanya benda ni lah yang paling di sebut tapi buatnya mungkin 100 tahun selepas benda tu di ucap . Hahahaha. Kalau nak lagi deep , tunggu dunia ni nak kiamat baru reti nak berubah . Siapa yang cakap esok dia nak berubah , and memang betul-betul esok dia berubah , tu memang terbaik ! . As we know nak berubah dari buruk ke baik bukanlah suatu benda yang senang , but we must make the reward when we've changed as our motivation to change , sbb kita pun tahu ganjaran kalau kita berubah dari buruk ke baik ni , bukannya sekecil kuman tau . Walau effort yang kita beri tu sekecil kuman . Hah ! pandai-pandailah fahamkan ayat aku tu :D

2) "Aku janji ............................"


A. Tak buat lagi
B. Sayang kau selamanya (geli pulak bila baca)
C. Kejap lagi aku siapkan kerja aku .

Antara A , B, dan C mana yang pernah kau janjikan tapi kau tak buat pun apa yg kau dah janjikan ?
or tak kisahlah janji apa sekali pun tapi langsung tak tunaikan . Haaa ! Itulah yang dinamakan Janji Dicapati bukan Janji Ditepati . *sampaitakpunchlineakuni?  
Janji pun adalah salah satu spesis yang senang kita cakap tapi kadang kita tak buat pun apa yang dijanjikan . So before berjanji , first, fikir dulu mampu ke kita laksanakan janji kita . Second, jangan lupa cakap InsyaAllah sebab semua yang berlaku dan apa yang ingin kita lakukan semuanya atas izin dari Allah  :)

3) Move On


Nampaknya topik ni makin serius *ecewahhh. Hahahaha  . Selalunya kalau cerita pasal move on je
mesti nak kaitkan dengan orang bercinta kan ? Tapi tak semestinya . Move on ni boleh jadi pada macam-macam perkara , move on boleh juga kita cakap berubah , boleh jadi nak lupakan kejadian-kejadian yang menakutkan  , whatever it is move on adalah satu tindakan yang kita nak buat apabila ada perkara yang buruk berlaku kat kita .

Tapi selalunya , bila kita cakap , kita nak move on ...
Hakikatnya kita still teringat ingat perkara buruk tu
ataupun
Bila orang suruh kita move on , mesti kita akan jawab
" kau cakap senanglah , kau tak rasa apa yang aku rasa" *dramasangat
So , ini membuktikan sekaligus , move on tu memang benda yang senang sangat orang cakap , tapi hakikatnya sukar untuk dilakukan .

4) "Aku Ikhlas............."

Kadang-kadang kita ada cakap , "aku ikhlas tolong kau" , "aku ikhlas bagi kau"
Tu waktu kita senanglah kan . Senang juga lah kita cakap kita ikhlas semua ..
Tapi bila sampai kita diuji on something , kita mesti kadang mengharap orang yang kita dah tolong tu , tolong kita balik . Kononnya sebab , dulu aku dah tolong kau , mestilah sekarang kau kena tolong aku balik . (a.k.a mengungkit balik semua kebaikan yang dia dah buat kat orang tu yang dia dah lupa dulu dia cakap dia ikhlas nak tolong tapi agaknya dia tak tahu kot apa maksud ikhlas tu ? ) *haaa..cukup nafas x nak baca tu ?

or

kita mengharap orang appreciate semua kerja kita atau apa yang kita dah bagi . Walaupun in human nature , kita ni kalau orang dah buat baik dengan kita , at least say thank you and appreciate lah apa yang dia dah buat .

AKAN TETAPI 

when it comes to Ikhlas . You didn't hope for anything from all your doing except the reward from Allah SWT . Jadi kalau cakap ikhlas tu pastikan kita betul-betul ikhlas .
Tengok je header blog aku ada sincerely by , Seri Nazwa
Nampaklah kan aku ni memang ikhlas menulis untuk korang kan ? (ni dah jatuh riak pulak :( )



Conclusion ?

Tak semua orang jenis senang cakap susah buat . Ada juga yang memang jenis senang cakap senang juga buat . Dan orang-orang ni tentunya mempunyai satu pendirian yang kuat . Tanpa sedar , menulis tentang perkara ini juga mudah buat aku tapi sukar nak percaya yang hampir semuanya aku lakukan . *Aku lah tu orang yang senang cakap tapi susah nak buat :( . Semoga kita jadi orang yang lebih baik dari semalam sebab orang inilah yang paling beruntung :)

Musim-musim jerebu ni , duduk jelah dalam rumah tu dan buat perkara yang berfaedah seperti membaca blog aku , Ahakss ! . Sebelum kita berpisah , aku ada sedikit kata-kata untuk dikongsi .

" Kadang-kadang , kalau kita buat baik kat orang ,
   Tak semestinya orang yang sama akan datang membantu bila kita pula yang susah
   Tapi , ada orang lain yang Allah hantar untuk kita , semestinya lebih baik dari orang itu .

dan

Kadang-kadang kalau kita buat jahat kat orang ,
Tak semestinya diri kita yang terima balasan balik atas perbuatan jahat kita
Tapi , mungkin orang lain , yang Allah dah tentukan  , semestinya atas sebab tertentu." - Mak


Havva nice day ahead ! Tschussssss !

Sunday, September 6, 2015

Stress ? Just remember this word .

*pls abaikan muka tak semenggah ni :D



 " Di suatu hari ku tersungkur di jalanan 
luka di kaki berdarah lagi
lalu menangis ku menahan kesakitan
pedih rasa
ku tak daya
melawan peritnya ."


"Ya kata papa ku
hidup bukanlah
hanya untuk terjatuh dan bukan juga
ku tak belajar erti sebenar kehidupan
dan ya memang benar kata papa ku
itu biasa dan menjadi kan aku lebih dewasa
harus sedia untuk harungi jalan yang penuh liku duri 

Benar kata papa ku
musuh sembunyi
hanya dalam selimut 
tidur ku bangun
teguh berdiri terus berlari
demi hidup punya abadi "

"Biar seribu tahun lagi aku di sini
kata Papa ku , teguh di hati ."
(By : Yazid AF7)

This semester is quiet tough mentally and physically . Almost make me cry but I would like to thank to anyone who always give me the spirit and cheer me up at my worst day . Several weeks left to final exam and I'm done with fifth semester . May everything will going smooth as I planned . Aminnn .

Friday, May 15, 2015

Kisah Aku .Guru dan Kenangan .



" kenangan manis kau dan aku , takkan terhapus . Duri ranjau dalam bercinta .. lumrah dunia "

*tetiba sesat lagu Jamal Abdillah dengan Siti Sarah -_-'

Heyyaw ! Assalamualaikum dan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru , ustazah , ustaz yang dah mengajar Seri Nazwa sehingga berjaya ke Menara Gading . So today , I would like to share some story about kenangan aku dengan beberapa orang cikgu aku . Secara jujurnya , aku agak dikenali juga di sekolah . *perasannya . Hahaha . Dulu kat sekolah aku agak aktif juga . Dah masuk Universiti ni pulak jadi krik krik . Plus , kat sekolah , aku lah yang selalu kena duduk depan sekali sebab tak berapa nak pandai kan . Ok , So lets start !

1- Ustazah Marbiyah (Ustazah waktu Tadika Pasti )

Dia mak kepada kawan aku . Ustazah Marbiyah adalah cikgu pertama yang mengajar aku sajak untuk peform di hari kecemerlangan Tadika . Dan lepas tu bila masuk sekolah rendah dan menengah , aku banyak masuk pertandingan dan persembahan deklamasi sajak . Semuanya bermula dari tunjuk ajar Ustazah Marbiyah . :)

2-Cikgu Rozita Abdullah ( Guru Kelas 2 Gigih )

Dia mengajar subjek Matematik , Bahasa Melayu dan tak silap aku Pendidikan Seni sekali . Waktu darjah 2 aku jadi penolong ketua kelas . Aku memang agak rapat dengan cikgu rozita . Dia setiap hari datang awal , and aku selalu puji dia , sebab dia selalu pakai baju lawa . Selalunya dia pakai baju kebaya dan parking kereta sebelah surau sebab dekat dengan kelas . Haha ! Cikgu Rozita memang garang . Aku pernah kena denda berdiri atas meja sebab tak dapat jawab soalan math . Tapi aku dengan cikgu Rozita memang rapat . Waktu Darjah 4 dia mengajar aku pendidikan Seni . Waktu semua orang kena denda berdiri , aku sorang je dapat duduk . Hahahaha . Nampak tak Cikgu sayang aku ? Hahaha .

3- Cikgu Khairul Nizam dan Ustaz Khairul Nizam ( Guru PJPK dan Pendidikan Agama Islam )

Nama yang sama , tapi orang yang berbeza ye .2 orang cikgu ni paling aku ingat sebab banyak kenakan aku waktu camping darjah 4 (kalau tak silap ) . Jujurnya , aku ni penakut sikit dan waktu camping tu ada pulak nightwalk . Kena tutup mata . Then waktu berjalan tu , cikgu Khairul Nizam letak bunyi hantu kat telinga aku . Memang sah2 lah aku paling kuat menjeritnya . And paling kelakar aku sampai jatuh longkang sebab takut punya pasal . Aishh -_-' . Besoknya waktu Hari kebudayaan . Ustaz dengan Cikgu Khairul Nizam , bahan aku kaw-kaw punya . Malu betul rasanya . Tapi benda tu memang aku tak boleh lupa sampai sekarang . 

4-Cikgu Zalailah ( Guru Sains Darjah 6 )

Waktu kelas Cikgu Zalailah memanjang aku kena duduk depan sebab selalu dapat markah rendah Sains . Tapi , dia banyak bagi tips nak skor sains sampailah waktu UPSR aku dapat A untuk sains . Dan waktu ambil keputusan UPSR , dialah orang pertama aku salam dan peluk sebab waktu tu i'm so speechless and dia cikgu yang ada dekat dengan pentas waktu tu . Cikgu Zalailah jugak antara cikgu yang ingat aku sampaila ke hari ini . 

5- Cikgu Harirah ( Guru Kelas Tingkatan 1 sampai 3 )

Cikgu Harirah dia bersifat keibuan . Dia mengajar subjek Bahasa Melayu . Benda wajib yang perlu dibuat sebelum dia masuk kelas adalah kena tulis Peribahasa dekat whiteboard . Siapa tak tulis , kena bayar duit . Haha . Dan akulah diantaranya .

6- Teacher Haslin ( Guru Sains Tingkatan 1-3)

Teacher Haslin seorang yang tegas , tu la sebab dia pegang jawatan guru disiplin sekolah . Hehehe. Dulu kalau waktu rehat ke waktu free , selalu datang bilik disiplin dengan Suhada and Asiah untuk borak-borak atau share cerita dengan dia . Teacher memang a good listener la dan selalu bagi nasihat tentang pelbagai perkara . 

7- Teacher Zabedah ( Guru Bahasa Inggeris Tingkatan 1 )

Amat terkenal dengan tugasan Paper Cutting . hahaha. Siapa student dia , tahula tugasan tu macamana . Hahaha. Siapa tak buat akan berhadapan dengan berbagai denda yang digelar teacher sebagai 'exercise' . Dan sekali lagi aku adalah salah satu dari pelajar yang kena denda tu T.T

8- Cikgu Hajar ( Guru Pendidikan Seni Tingkatan 1 )

Cikgu Hajar adalah cikgu yang menyebabkan aku pandai menganyam ketupat . Waktu tu , memang siapa tak pandai anyam ketupat , memang kena bebel dengan dia , disebabkan itu , aku bersungguh-sungguh belajar menganyam ketupat dari ayah aku sampai la pandai dan ada skill menganyam sampai sekarang . Cikgu Hajar juga adalah cikgu vokal aku . Haha. Dulu lepas habis sekolah , kena duduk bilik seni belajar menyanyi lagu-lagu lama untuk persembahan or pertandingan . Teguran cikgu kadang-kadang agak pedas , tapi apa yang dia tegur tu memang untuk kebaikan kita . So , aku terima je lah . :D

9-Madam Lim (Guru Kelas Tingkatan 4 dan 5 )

Madam mengajar subjek Bahasa Inggeris . Setiap hari bila dia masuk kelas mesti dia akan buat briefing a.k.a membebel . hehe .Tu la yang bestnya , sebab kelas dia , dengar dia briefing setengah jam lepas tu belajar akan jadi setengah jam je. hehe , jahatnya aku ni :D . Dia membebel tu sebab tegur student . Perkataan yang dia selalu cakap bila student dia tak buat kerja adalah 'donate' . haha. Bermakna , kiterorang kena lah derma duit ke tabung kelas sebab tak siapkan kerja .

10- Teacher Rohana ( Guru Matematik Tingkatan 4 dan 5 )

Teacher Rohana adalah teacher math paling baik pernah aku ada . Dia mengajar dahla cepat faham , baik pulak tu . Teacher selalu bagi semangat kat aku dan ajar aku math dengan penuh kesabaran .

11- Teacher Aifaa ( Guru Addmath Tingkatan 4 dan 5 )

Cikgu Addmath yang rajin buat kelas tambahan dan sangat sabar dengan student dia yang selalu fail addmath. Hahaha. *boleh lagi aku gelak . Teacher Aifaa selalu akan pastikan yang student dia prepare untuk jawab exam sebelum hari exam . And aku still ingat aku pernah bergaduh dengan kawan aku waktu kelas dia and dia juga tahu pasal aku bergaduh dengan budak kelas lain. Hahaha. Aku memang suka dengan Teacher Aifaa sebab kesabaran dia tu , dan dia macam kakak dah bagi aku.

12- Teacher Anisah ( Guru Sains Tingkatan 4 dan 5 )

Teacher Anisah or lebih mesra dengan panggilan Mak . Dia baik dan lembut orangnya . Jarang nak tinggi suara dan selalu tegur student dengan cara yang lembut sekali . Selalu akan minta maaf kalau dia membebel , walaupun bagi aku mana ada dia membebel . Dia mengajar Sains dengan cara yang paling mudah sekali nak faham , thats why semua student suka belajar dengan dia .

13- Cikgu Esah ( Guru Sains Pertanian Tingkatan 4 dan 5 )

Cikgu Esah seorang cikgu yang sempoi . Tapi dalam sempoi-sempoi dia tu , siapa tak siap kerja , memang kena debik dekat belakang badan lah cerita dia . Tak lokek berkongsi atau menjawab apa sahaja soalan student dia . Dan kalau buat nota cantik-cantik , dia akan bagi pujian. Hehehe . *siapalah yang kena puji tu. Hahahahaha


Dan itulah antara cikgu-cikgu yang banyak kenangannya untuk aku . Tapi tak bermakna cikgu yang aku tak mention kat sini tu bermaksud aku tak suka atau takda kenangan yang menarik , Percayalah yang setiap guru yang mengajar tu memang akan melahirkan kenangan yang tersendiri buat diri kita .

Semoga Allah memberkati dan memurahkan rezeki kesemua guru-guru , ustaz , ustazah yang pernah mengajar aku . Juga kepada ibu bapa dan kawan-kawan yang jadi guru tidak formal dalam kehidupan seharian . Di sebalik kejayaan Seri Nazwa , di belakangnya terdapat seorang guru yang lebih berjaya mendidiknya.

SELAMAT HARI GURU , CIKGU ! LOVE YOU :)

Sunday, April 19, 2015

FAQ About Masscomm




*Alhamdulillah viewer makin meningkat :D

Assalamualaikum and Heyyaw !

Yes , just like I promised several days before , so this is the post about Favourite / Frequent Ask Question (FAQ) on Mass Communication . So I did this specially for bakal student masscom yang nak pergi Interview . Since I got so many email and friend request through my wechat this year . So I hope entri ni akan membantu kalau tak sedikit , harapnya sebanyak la kan :D  If there any question regarding masscom selain daripada yang aku dah jawab bawah ni , feel free to ask me through my email or just mention me on twitter ( maybe tak follow balik tapi mention je . Jangan segan-segan :D)

So Let’s begin !

1- Masscomm tu apa ?

Masscomm stand for mass communication (Komunikasi Massa)  . Membawa maksud satu jenis komunikasi melibatkan ramai orang tapi kita tak tahu siapa audience kita , sebab terlalu ramai . Macam kalau kita buat berita , kita tak tahu siapa yang bakal baca berita tu . *ni berdasarkan pengetahuan aku waktu belajar dalam kelas la ek .

2- Apa yang bakal dipelajari bila dah jadi Student Masscom UiTM ?

Untuk peringkat diploma , kita akan belajar semua jenis cabang masscomm . Bila masuk degree dia lebih spesifik kepada satu bidang . Sekarang ni untuk peringkat diploma di UiTM Melaka ada dua kod. Satu , MC110 ( Communication and Media ) MC111 ( New Media ) . Since kod aku MC110 , aku terangkan yang MC110 saja lah kan .

·         Semester 1 – Introduction to Principles Translation , Public Speaking , Introduction to Communication and Media Studies , Fundamentals of Islam , Intergrated Language Skills : Listening ,Sociology , Kokurikulum .

·         Semester 2 – Communication Management , Introduction to Communication Theory ,Introduction to Photo Communication , Islamic Though and Civilization , Language Skills : Reading , Interpersonal Communication , Principles of Psychology , Kokurikulum .

·         Semester 3 – Instructional Communication ,Introduction to News Writing and Reporting , Islam and Communication , Intergrated Language Skills : Writing , Fundamental of Entrepreneurship , Journalism , Public Relations , Kokurikulum.

·         Semester 4 – Advertising ,Broadcasting ,Issues in Modern Malaysia ,Graphic and Media Design ,Introduction to Communication Research , Event Management in Communication , Publishing .

·         Semester 5 –Digital Audio Video Production ,Marketing Communication ,Professional Project , Multimedia design and production .

Ni adalah senarai subjek yang akan dipelajari , yang paling latest sekali . Ia mungkin boleh berubah mengikut pengurusan fakulti .

3- Apa kerjaya yang bakal menanti pelajar Masscom ?

Terlalu banyak . Tengok je apa subjek yang korang belajar . Setiap subjek tu sahaja dah menjanjikan peluang pekerjaan , InsyaAllah . Tapi kalau pekerjaan yang betul-betul dalam bidang ni semestinya seperti Wartawan , Penerbit , Pengurus Acara , Bidang pengiklanan TV , Percetakan , Jurukamera , Pembaca Berita , Editor , Pengacara , DJ Radio dan banyak lagi . Senang cerita apa yang melibatkan media itulah peluang pekerjaan untuk graduan Masscomm .

4- Subjek Masscomm susah ke ?

Kalau dah minat , susah tu hanya seperti hama saja . Jadi kena betul-betul minat . Subjek Masscom kebanyakannya membaca , perlu menghafal dan memahami .

5- Tips Temuduga Masscom .

·      -   Be prepared dengan ilmu tentang UiTM , Bidang Masscom dan Bidang yang kau nak ceburi dan general knowledge . You should know , one day what you want to be ? A journalist ? A broadcaster ? .JANGAN MALAS BUAT RESEARCH ! Sebab student masscomm kena tahu semua benda because bidang ni adalah bidang dimana kita kena bagi information kat orang lain . Jadinya kita kena selalu buat research . If you didn’t find any information  that you want , try to search it with another synonyms key word . Kalau try cari bahasa melayu tak jumpa try bahasa Inggeris pula .

·       -  Pastikan segala kelengkapan sijil dan dokumen yang dikehendaki mencukupi dan disusun kemas . Pastikan ada salinan dan original copy . Pastikan bawa alat tulis yang mencukupi .

·       -  Ketika menulis essay tentang masscomm , tulis dengan bersungguh-sungguh , ringkas dan padat . 

·       -  Ketika sesi temuduga , ketuk pintu sebelum masuk ke bilik interview , senyum dan pastikan kita berbudi bahasa . Ketika sesi soal jawab , jawab dengan jawapan yang paling terbaik dan jawapan-jawapan yang menunjukkan kita memang minat dengan masscom , jawapan  yang boleh impress Interviewer . Jangan jawab sepatah atau tak jawab langsung even soalan tu mengarut . Ikut sahaja arahan Interviewer walaupun dia suruh menyanyi atau menari .

·        - Kalau giliran kita bukan yang pertama . Selepas ada orang lain dah selesai temuduga , bertanya pada mereka , soalan apa yang ditanya .

·        - Pastikan sarapan sebelum pergi temuduga ! Sebab temuduga mungkin mengambil masa yang lama .

6- Wajib ke cakap Bahasa Inggeris waktu temuduga ?

Wajib . Since bahasa rasmi UiTM adalah Bahasa Inggeris . Tapi if tak berapa fluent , boleh campur . Just like I did waktu ditemuduga dulu . Tapi tu semua bergantung pada Interviewer korang . Kalau dia jenis rigid , nasib la korang kena fully english waktu IV , kalau jenis sempoi , boleh la nak campur2 . That’s why aku suruh korang tanya orang lain yang dah ditemuduga waktu tu tentang IV dorang waktu tu . Sebab , IV akan dijalankan dalam banyak bilik . So I cannot give any specific question but memang wajib cakap English okay .

7- Pakaian waktu temuduga

Perempuan : Yang sopan dan sesuai . Baju Kurung , Kemeja dan Slack . Kasut bertutup .
Lelaki : Yang sopan dan sesuai . Kemeja , Slack , Tie , Kasut bertutup . Rambut kemas .

8- Memang Masscom kat UiTM Melaka je ke ?

Ye , untuk peringkat diploma memang di UiTM Melaka sahaja . Tapi untuk degree adalah di UiTM Shah Alam . Tapi tak lama lagi untuk peringkat degree , dorang akan pindah kampus mengikut bidang , maybe nanti ada yang di hantar di Kampus Rembau atau Jasin . Korang janganlah tanya kenapa ada kat tempat-tempat ni sahaja , sebab aku bukannya  boss UiTM . :D

9- Sijil Yang boleh dibawa


So , selain sijil-sijil utama yang dia dah suruh bawa waktu Interview . Korang boleh juga bawa Sijil Nilam , Sijil Ujian Lisan BM BI dan Sijil Penyertaan apa-apa pertandingan dan Jawatan yang pernah disandang .


So inilah sedikit sebanyak yang aku boleh share berdasarkan pengalaman aku sendiri . Harapnya membantu . Sebarang pertanyaan yang sama seperti di atas tidak akan di reply . Jadi tanya soalan selain daripada yang ni atau soalan-soalan untuk clarify something yang tak berapa korang nak faham tentang post di atas . 

Jumpa lagi di entri seterusnya . Tschuss ! :)

Thursday, April 16, 2015

Back On The Track















Bismillahirrahmanirrahim and Assalamualaikum

Lets guess how long Sri Nazwa not updating her blog ? . So , dalam kiraan lump sum dia lebih kurang 2 bulan . Fuhhh . This will be my first blog post in 2015 . 😱 . Well I know my blog doesn't have 'pembaca tegar' macam blog-blog yang lain . Al maklumlah blog saya ni humble je . Jadi mungkin takda siapa sangat tertanya where i've been going for a long time . Hahahaha . Sadis 😢

Highlight untuk blog post yang tak lama lagi akan aku share adalah

1- Pengalaman jadi Bendahari Event Fakulti
2- FAQ about Masscom
3- Random story about life and friends .

So stay tuned and if you're the loyal readers of my blog . Sorry for not updating any post for a long time.

Tschusss ! :)