Sunday, April 19, 2015

FAQ About Masscomm




*Alhamdulillah viewer makin meningkat :D

Assalamualaikum and Heyyaw !

Yes , just like I promised several days before , so this is the post about Favourite / Frequent Ask Question (FAQ) on Mass Communication . So I did this specially for bakal student masscom yang nak pergi Interview . Since I got so many email and friend request through my wechat this year . So I hope entri ni akan membantu kalau tak sedikit , harapnya sebanyak la kan :D  If there any question regarding masscom selain daripada yang aku dah jawab bawah ni , feel free to ask me through my email or just mention me on twitter ( maybe tak follow balik tapi mention je . Jangan segan-segan :D)

So Let’s begin !

1- Masscomm tu apa ?

Masscomm stand for mass communication (Komunikasi Massa)  . Membawa maksud satu jenis komunikasi melibatkan ramai orang tapi kita tak tahu siapa audience kita , sebab terlalu ramai . Macam kalau kita buat berita , kita tak tahu siapa yang bakal baca berita tu . *ni berdasarkan pengetahuan aku waktu belajar dalam kelas la ek .

2- Apa yang bakal dipelajari bila dah jadi Student Masscom UiTM ?

Untuk peringkat diploma , kita akan belajar semua jenis cabang masscomm . Bila masuk degree dia lebih spesifik kepada satu bidang . Sekarang ni untuk peringkat diploma di UiTM Melaka ada dua kod. Satu , MC110 ( Communication and Media ) MC111 ( New Media ) . Since kod aku MC110 , aku terangkan yang MC110 saja lah kan .

·         Semester 1 – Introduction to Principles Translation , Public Speaking , Introduction to Communication and Media Studies , Fundamentals of Islam , Intergrated Language Skills : Listening ,Sociology , Kokurikulum .

·         Semester 2 – Communication Management , Introduction to Communication Theory ,Introduction to Photo Communication , Islamic Though and Civilization , Language Skills : Reading , Interpersonal Communication , Principles of Psychology , Kokurikulum .

·         Semester 3 – Instructional Communication ,Introduction to News Writing and Reporting , Islam and Communication , Intergrated Language Skills : Writing , Fundamental of Entrepreneurship , Journalism , Public Relations , Kokurikulum.

·         Semester 4 – Advertising ,Broadcasting ,Issues in Modern Malaysia ,Graphic and Media Design ,Introduction to Communication Research , Event Management in Communication , Publishing .

·         Semester 5 –Digital Audio Video Production ,Marketing Communication ,Professional Project , Multimedia design and production .

Ni adalah senarai subjek yang akan dipelajari , yang paling latest sekali . Ia mungkin boleh berubah mengikut pengurusan fakulti .

3- Apa kerjaya yang bakal menanti pelajar Masscom ?

Terlalu banyak . Tengok je apa subjek yang korang belajar . Setiap subjek tu sahaja dah menjanjikan peluang pekerjaan , InsyaAllah . Tapi kalau pekerjaan yang betul-betul dalam bidang ni semestinya seperti Wartawan , Penerbit , Pengurus Acara , Bidang pengiklanan TV , Percetakan , Jurukamera , Pembaca Berita , Editor , Pengacara , DJ Radio dan banyak lagi . Senang cerita apa yang melibatkan media itulah peluang pekerjaan untuk graduan Masscomm .

4- Subjek Masscomm susah ke ?

Kalau dah minat , susah tu hanya seperti hama saja . Jadi kena betul-betul minat . Subjek Masscom kebanyakannya membaca , perlu menghafal dan memahami .

5- Tips Temuduga Masscom .

·      -   Be prepared dengan ilmu tentang UiTM , Bidang Masscom dan Bidang yang kau nak ceburi dan general knowledge . You should know , one day what you want to be ? A journalist ? A broadcaster ? .JANGAN MALAS BUAT RESEARCH ! Sebab student masscomm kena tahu semua benda because bidang ni adalah bidang dimana kita kena bagi information kat orang lain . Jadinya kita kena selalu buat research . If you didn’t find any information  that you want , try to search it with another synonyms key word . Kalau try cari bahasa melayu tak jumpa try bahasa Inggeris pula .

·       -  Pastikan segala kelengkapan sijil dan dokumen yang dikehendaki mencukupi dan disusun kemas . Pastikan ada salinan dan original copy . Pastikan bawa alat tulis yang mencukupi .

·       -  Ketika menulis essay tentang masscomm , tulis dengan bersungguh-sungguh , ringkas dan padat . 

·       -  Ketika sesi temuduga , ketuk pintu sebelum masuk ke bilik interview , senyum dan pastikan kita berbudi bahasa . Ketika sesi soal jawab , jawab dengan jawapan yang paling terbaik dan jawapan-jawapan yang menunjukkan kita memang minat dengan masscom , jawapan  yang boleh impress Interviewer . Jangan jawab sepatah atau tak jawab langsung even soalan tu mengarut . Ikut sahaja arahan Interviewer walaupun dia suruh menyanyi atau menari .

·        - Kalau giliran kita bukan yang pertama . Selepas ada orang lain dah selesai temuduga , bertanya pada mereka , soalan apa yang ditanya .

·        - Pastikan sarapan sebelum pergi temuduga ! Sebab temuduga mungkin mengambil masa yang lama .

6- Wajib ke cakap Bahasa Inggeris waktu temuduga ?

Wajib . Since bahasa rasmi UiTM adalah Bahasa Inggeris . Tapi if tak berapa fluent , boleh campur . Just like I did waktu ditemuduga dulu . Tapi tu semua bergantung pada Interviewer korang . Kalau dia jenis rigid , nasib la korang kena fully english waktu IV , kalau jenis sempoi , boleh la nak campur2 . That’s why aku suruh korang tanya orang lain yang dah ditemuduga waktu tu tentang IV dorang waktu tu . Sebab , IV akan dijalankan dalam banyak bilik . So I cannot give any specific question but memang wajib cakap English okay .

7- Pakaian waktu temuduga

Perempuan : Yang sopan dan sesuai . Baju Kurung , Kemeja dan Slack . Kasut bertutup .
Lelaki : Yang sopan dan sesuai . Kemeja , Slack , Tie , Kasut bertutup . Rambut kemas .

8- Memang Masscom kat UiTM Melaka je ke ?

Ye , untuk peringkat diploma memang di UiTM Melaka sahaja . Tapi untuk degree adalah di UiTM Shah Alam . Tapi tak lama lagi untuk peringkat degree , dorang akan pindah kampus mengikut bidang , maybe nanti ada yang di hantar di Kampus Rembau atau Jasin . Korang janganlah tanya kenapa ada kat tempat-tempat ni sahaja , sebab aku bukannya  boss UiTM . :D

9- Sijil Yang boleh dibawa


So , selain sijil-sijil utama yang dia dah suruh bawa waktu Interview . Korang boleh juga bawa Sijil Nilam , Sijil Ujian Lisan BM BI dan Sijil Penyertaan apa-apa pertandingan dan Jawatan yang pernah disandang .


So inilah sedikit sebanyak yang aku boleh share berdasarkan pengalaman aku sendiri . Harapnya membantu . Sebarang pertanyaan yang sama seperti di atas tidak akan di reply . Jadi tanya soalan selain daripada yang ni atau soalan-soalan untuk clarify something yang tak berapa korang nak faham tentang post di atas . 

Jumpa lagi di entri seterusnya . Tschuss ! :)

33 comments:

  1. Mmg akan pindah ke nnti? Batch mana yang akan pindah?

    ReplyDelete
  2. sis, boleh saya tanya? if interview of course la kena bawa siji. but if sijil2 kita tu hilang contoh macam saya hilang kerana bencana banjir . what should i do for preparation?

    ReplyDelete
  3. Sis, salam uitm di hatiku. Untuk iv penerapan, sangat wajib ke untuk kita bawa mini transkrip tu?

    ReplyDelete
  4. Yup wajib. But if x sempat ambil , awk boleh jgk print semua result setiap sem dn compile kn. Thats what i do

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalamualaikum.sis,memang diploma masscom kat melaka ka?kalau diploma masscom dekat uitm shah alam x ada ka?

      Delete
    2. Dkt shah alam semua degree. Xde diplomaa .

      Delete
    3. Dkt shah alam semua degree. Xde diplomaa .

      Delete
    4. tapi saya ada search, ada je diploma? https://masscomm.uitm.edu.my/programmes/undergraduate/37-diploma/55-mc110-diploma-in-communication-and-media.html

      Delete
  5. Kalau pkai jubah boleh tak ? Atau mmg kena pakai baju kurung sahaja??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jubah tak berapa formal. Better pakai baju kurunng.

      Delete
  6. hai sis. nak tnya kalau degree in journalism kat shah alam ke? tengs!

    ReplyDelete
  7. Salam. Nak tanya degree in journalism banyak group work ke? And lagi satu yg pasal pindah kampus tu rumors ke mmg ada keluar anything from UiTM? Thank you in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Yup Degree in journalism bnyk group work. Yg pindh campus tu student broadcasting. Journalism still at shah alam

      Delete
  8. As slm. Anak sulung sya amik SPM ... aliran sains. Ikut prestasi semasa rasanya 5 Subjek teras in sha Allah blh A. Subjek2 sains & Add Maths dlm A- hingga B. Tp dia xminat sambung studi engineering.

    Dia ni jenis suka ke dpn ... wakil sekolah english debate, wakil kawad kaki negeri, sukan, suka jd MC perhimpunan sekolah etc.

    Mohon pandangan, sesuai tak anak saya tu amik mass com? Kalau SPM aliran sains cuma boleh ambil diploma je kan? Atau adakah lebih baik masuk matrikulasi dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Pada pendapat saya, dgn tahap keputusan anak cik yang agak baik tu and memandangkan dia ambil aliran sains, dia boleh cuba ambil kos lain mcm asasi TESL ke or anything selain masscomm.

      Soal minat dgn aktiviti mcm debat, jadi MC semua.. dia still boleh asah bakat through kelab2 or aktiviti yang ada kat universiti nanti.. Peluang tu sentiasa ada, cuma kena pandai kena cari je, tak semestinya kena masuk masscomm je baru boleh jadi pengacara. For example like wartawan skrg, x semestinya dorg adalah graduan kewartawanan. sometimes dorg dri field lain, tpi disebabkan dorg expert in certain field, dorg still boleh menulis in surat khabar semua.

      If nak juga masuk masscomm pun it shouldn't be a problem kalau mmg ada cita-cita nak bekerja in media industry. The most important things now, kena tahu minat dia apa n boleh carry the challenge dlm bidang tu ke x. Thats all.

      Delete
  9. As slm Cik Nazwa. T/kasih pencerahan.
    Sekiranya mmg minat masscomm... apa cbg masscomm yg sesuai ya?
    Yg saya tahu masscomm ni byk cbg kan spt kewartawanan, majalah dll

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum awak terima kasih sangat2 atas pengetahuan yg awka bagi ni saya hargai gila2 hehe .. Nak tanya Saya lepasan Stam kalau x de diploma masscom boleh ke amik degree masscom saya betul2 minat bidang pengacaraan deejay dan sebangainya

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum awak terima kasih sangat2 atas pengetahuan yg awka bagi ni saya hargai gila2 hehe .. Nak tanya Saya lepasan Stam kalau x de diploma masscom boleh ke amik degree masscom saya betul2 minat bidang pengacaraan deejay dan sebangainya

    ReplyDelete
  12. hai assalamualaikum , let say sy dip computer science tpi dismiss sebab cgpa under 2.00 bcause tk minat kos ni , and minat masscomm and ada yt channel sndiri . so how to apply dip in masscom under uitm or ipta ? need to buy new BSN pin and mohon under UPU balik ?tq

    ReplyDelete
  13. Assalamualikum, saya nak tanya kalau saya nk jadi pengacara tv iaitu pengacaraan, dalam mascom bahagian mana ye?, sbb mascom terbahagi kepada beberapa bahagian jadi saya x tau pengacaraan dlm bahagian mana satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik..akak jus share ya..kawn akak budk masscom..now jd exe.di mediaprima..diakata...nak jd pengacara tk tgok sgt sijil mana..tp skill bercakap dan gaya tu kene latih..hihi...dri skrg mulakan study seni menyampai..study video ..study semualah...dan pegi casting tiap tahun..cubamasuk apa saja contest..asah bakat..dan jgn lupe naikkan rating IG follower tu..sbb tv3 nak org yg follower ramai skrg..huhu..klau nak tau psl tourism sila lawat https://studypelancongan.blogspot.com/2013/

      Delete
  14. salam..i nk tnya, sepanjang class or maybe sepanjang study masscom ni mmg lecturer speaking in english je ke?

    ReplyDelete
  15. Hi, lepasan Masscom ni boleh ke jadi translator?

    ReplyDelete
  16. Kak kalau nak jadi translator kene masuk masscom ke x? Or amik diploma yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik..ilmu translatorskrg dh bole akses dlm internet saja.....bole je mascomm or PR..hihi...kalau nak msuk bidgtourism /pendidikan awal kanak-kanak bole wsp sis 011-16930576..sis bantu

      Delete
  17. nak tanya degree dkt shah alam tu apa je ya selain journalism?

    ReplyDelete
  18. Macam best je masscom? I'll try ma best kalau tetiba minat tu memang gila2. Nak sambung research laa. Chiaoo...😘

    ReplyDelete
  19. saya nak jadi videographer± editor
    patutkah sama ambil mascom

    ReplyDelete
  20. Kalau nak ambil bidang masscom, apakah jurusan yyg perlu pilih di matrikulasi?

    ReplyDelete