Saturday, December 23, 2017

Spontaneous Saturday : Favourite quote from Kisah 25 Filsuf Barat



Heyyaw.. Assalamualaikum !

Tahun ni, aku langsung tak treat diri aku dengan beli buku. Fyi, I love to read and shopping books. Kalau pening sangat birthday aku nak beli hadiah apa.. Beli je buku. Confirm aku sayang kau selama-lamanya.

Tapi janganlah gi bantai pergi beli buku latihan buat nota tu 




Tapi haritu, kebetulan aku ada duit lebih sikit. So aku decide untuk beli buku Kisah 25 Filsuf Barat karangan Mat Luthfi. Basically aku beli buku ni sebab content dia yang different plus menarik.

Kita tak selalu ada peluang nak baca karya-karya ahli falsafah barat. Well kalau ada peluang pun, aku rasa, maybe aku takkan faham apa yang cuba disampaikan sebab aku rasa bahassa orang-orang falsafah ni sangatlah complicated macam diri aku.

So idea matluthfi untuk karang buku ni bagi aku tersangatlah bernas sebab at least dapat juga tahu falsafah-falsafah barat dengan bahasa yang lebih mudah.

and harini, aku nak share sikit several quotes yang menarik dari buku ni. Plus, boleh relate dengan kehidupan seharian dan jadi iktibar untuk kita semua~

1- Kata-Kata Plato tentang pasangan yang baik

" Cinta sebenar ialah kekaguman"

Ia bermaksud orang yang kita pilih untuk bercinta alah orang yang mempunyai kualiti yang kita tidak ada. Dengan mendekati mereka, kita sedikit sebanyak akan mengambil manfaat daripada kualiti mereka. Tetapi kita perlulah membiarkan mereka memanifestasikan kualiti mereka itu. Kalau kau halang kebebasan dia, macam mana dia nak keluarkan bakat dia.

Orang yang sesuai dengan kita ialah orang yang dapat membantu membangunkan potensi kita kepada tahap yang lebih baik. Dalam perhubungan yang baik:

"..pasangan tidak sepatutnya mencintai satu sama lain seperti mana mereka sedang mencintai satu sama lain sekarang"

Mencari psangan yang menerima kita seadanya memang penting, tapi kita sepatutnya komited untuk terus mendidik dengan menggalakkan satu sama lain untuk menjadi diri mereka sendiri, pada tahap yang lebih baik.

2- Aristotle dan perkara yang membuatkan manusia bahagia

Orang yang baik dan berjaya mempunyai sifat-sifat yang mulia. Manusia perlu mengetahui sifat-sifat mulia ini supaya mereka dapat membangunkannya dalam diri mereka dan menghargainya dalam diri orang lain. Ada sebelas sifat terpuji kesemuanya iaitu :

Keberanian, kesederhanaan, kebebasan, keindahan, kemurahan hati, harga diri, kesabaran, kejujuran, kepandaian berjenaka, kemesraan dan kerendahan diri.

Kita tidak boleh mengubah sifat kita dengan mudah walaupun setelah mengetahui kesemua sifat mulia ini. Perubahan sudah tentunya susah, tetapi ia tidaklah mustahil. Kebaikan moral kata Aristotle, adalah kesan daripada tabiat. Ia memerlukan masa, latihan dan dorongan.

Orang yang kekurangan sifat-sifat mulia adalah sebenarnya orang-orang yang bernasib malang dan bukannya orang-orang jahat. mereka patut dikasihani. Mereka tidak perlu dimarahi atau diperli, tetapi mereka perlukan tunjuk ajar dan guru yang bagus dan penyabar.

3- Aristotle dan pandangan tentang kegunaan kawan-kawan

Kawan sebenar tidak semestinya berperangai seperti kau tetapi kawan yang berkongsi sifat-sifat mulia dan menghapuskan kelemahan masing-masing.

Kawan sebenar ialah kawan yang saling melengkapi kelemahan satu sama lain. Kau kisah sangat tentang dia seperti mana kau kisahkan diri kau. Kesedihan dan kegembiraan mereka adalah kesedihan dan kegembiraan kau,

Mereka membuatkan hidup kau lebih terdedah kepada risiko kecelakaan emosi, teapi mereka juga boleh memberikan kekuatan dan motivasi yang orang lain tidak boleh berikan.

Kau akan keluar daripada orbit pemikiran dan hidup kau akan mengembang masuk dalam lingkungan hidup mereka.

4. Epikurus (Epi-kiu-ri-yes) dan hubungan romantik

Kesalahan pertama apabila manusia menganggap kegembiraan itu semestinya perlu datang daripada hubungan romantik dan intim. Epikurus kata kegembiraan tidak akan datang dengan hubungan sebegini. Kalau ada pun ianya hanyalah bersifat sementara dan kepura-puraan.

Persahabatan jauh lebih bagus daripada hubungan romantik. Dalam persahabatan, manusia tidak akan cuba memiliki. Orang lebih ikhlas, lebih sopan, dan tidak pentingkan diri dalam persahabatan. Persahabatan adalah hubungan manusia yang paling manis sekali.

Justeru, manusia sebenarnya perlu berjumpa dengan sahabat lebih kerap daripada berjumpa dengan psangan hidup kerana ia membawa lebih banyak kebahagiaan.

5- Epikurus dan cara-cara menjadi gembira.

Terdapat 3 cara yang diamalkan sendiri oleh Epikurus untuk memperoleh hidup yang bahagia :

Pertama, dia memperbanyakkan pergaulan bersama kawan-kawannya

Keduanya, Epikurus dan kawan-kawannya bekerja sendiri. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja dengan orang lain. Apabila mereka mengetahui makna dan sumbangan pekerjaan mereka, mereka menjadi  lebih gembira dan lebih sedar akan kewujudan hidup.

Ketiga, mereka berhenti berharap kepada dunia luar . Epikurus percaya bahawa kegembiraan datang daripada ketenangan dalaman dan bukannya daripada perkara-perkara luaran. Kalau manusia dapat mengawal apa yang di dalam, mereka akan dapat mengawal kegebiraan mereka.

Epikurus dan kawan-kawannya selalu berbincang, bermuhasabah, berfikir, bermonolog, mebaca dan menulis apa yang mereka fikir; dan itu sudah cukup  untuk membuatkan mereka gembira.

6- Stoic dan keresahan

Apabila kau rasa resah dan gelisah, orang-orang yang kisah dan sayangkan kau akan berkata,

" Rilekslah kawan. Semuanya akan menjadi okay. Tak payah risau lebih-lebih"

Stoic tidak sukakan ayat-ayat yang memberikan harapan palsu sebegini. Harapan adlah candu kepada emosi, kata mereka. Harapan ini harus dipijak henyak dan dinyahkan daripada hati manusia. dengan itu barulah manusia dapat mencapai kebahagiaan abadi. Ini adalah kerana lagi tinggi harapan, lagi tinggilah kau akan jatuh, dan lagi sakitlah kau akan terhempas.

Stoic kata, apa yang sepatutnya kita perlu lakukan apabila berada dalam kecelakaan adalah mengatakan kepada diri,

" Okay..aku memang sedang berada dalam situasi yang lahanat. Aku sudah tentu aku akan terseksa, aku akan menangis, aku akan kena marah,  aku akan dimalukan, orang akan memandang hina kepada aku TETAPI rileks... benda ni akan berlalu. Bila dah selesai semuanya, aku akan  kembali stabil seperti sediakala "

Aurelius mengatakan bahawa kita sebenarnya lebih perkasa, lebih tahan lasak dan lebih cekal daripada apa yang kita sangkakan.

" Untuk mengurangkan kerisauan kau, kau perlu menganggap bahawa apa yang kau takut mungkin terjadi akan semestinya terjadi."

7- Stoic dan kemarahan

Kemarahan berpunca daripada kebodohan diri dan kepalsuan maklumat yang dia dapat tentang dunia ini.

Kemarahan terjadi apabila sesuatu harapan yang menggunung telah terhempas ke atas tanah realiti, tidak kiralah menggunungnya harapan itu adalah kerana diangkat oleh harapan palsu atau memang dibina atas harapan yang benar yang tinggi. Walau bagaimanapun, kemarahan bukanlah satu-satunya kesan hempasan tersebut. kesan lain mungin termasuk kekecewaan, tangisan atau gabungan antara ketiga-tiga kesan ini.

Kau tak marah kepada semua benda lahanat yang terjadi kepada diri kau. Kau hanya marah apabila terjadinya sesuatu benda lahanat, dan kau tak sangka benda lahanat itu akan terjadi.

Orang yang bijak kata Stoicialah orang yang sudah menjangkakan banyak benda lahanat yang boleh terjadi dalam kehidupannya. Dengan mempunyai jangkaan yang sedemikian, tidak banyak benda yang boleh mengacau dan merosakkan emosi dan pemikirannya.

8- Stoic dan kehilangan perspektif

Kehilangan perspektif berlaku apabila kita terlalu memfokuskan hidup ini hanya kepada perihal diri kita sahaja. Kesannya benda-benda kecil pun akan nampak besar kepada kita.

Stoic kata jangan nak perasan sangat. Dunia ini bukan berlegar dan berkisar tentang kau pun. Kalau kau mati, bumi masih berputar, orang yang kau sayang akan meneruskan hidup mereka, kekasih kau akan mencari penggantinya dan pokok akan terus berbuah.

Stoic mencadangkan supaya kita merenung langit dan menyedari betapa kecilnya kita ini. Kau rasa kau penting sangatkah sebagai  satu habuk kecil dalam dunia ini yang mengandungi entah berapa banyak bintang, planet, bulan, lohong hitam, meteor, taik bintang....

Dengan menyedari akan sedemikian hal, manusia akan sedar betapa tidak relevannya perasaan mereka dan seterusnya mendapatkan semula perspektif yang betul tentang kehidupan.

9- Montaigne dan tanggapan terhadap normaliti

"Jika (sesuatu pasangan) belum bersedia, mereka tidak patut mencuba untuk tergesa-gesa. Daripada jatuh ke dalam kecelakaan yang berterusan dengan disambar dengan kesedihan pada penolakan pertama, adalah lebih baik... untuk tunggu kepada satu detik berpeluang.... seorang lelaki yang menderita ditolak patut membuat ujian-ujian dan kemesraan -kemesraan yang lembut dengan lawak-lawak kecil yang pelbagai....."

Dalam erti kata yang lain, usahlah bersungguh sangat kalau orang dah tak ingin. Bukanlah sesuatu yang tidak normal pun jika tiada pasangan.

10- La Rochefoucauld (La Khof-fu-co) dan tanggapan terhadap pujian dan cinta.

"Orang yang enggan menerima pujian untuk pertama kali, berbuat demikian untuk mendengarnya buat kali kedua"

" Ada orang yang tidak akan pernah jatuh cinta, jika mereka tidak pernah mendengar tentang perkara tersebut"

" Sebab mengapa pencinta tidak pernah penat dan bosan dengan kehadiran pasangannya ialah kerana mereka tidak pernah bercakap tentang benda lain melainkan diri mereka sendiri"

11- Pascal , ketidakgembiraan dan cabaran

"Kesemua ketidakgembiraan manusia datang daripada ketidakbolehannya untuk duduk dengan tenang secara bersendirian di dalam bilik"

" Kita bergelut dengan cabaran, tetapi setelah ia di atasi, rehat terbukti tidak boleh ditoleransikan kerana kebosanan yang ia hasilkan"

12- Hegel dan masa lepas

Apabila kita bernostalgia tentang masa lepas, kita sebenarnya sedang mengenalpasti nilai-nilai pada masa lepas yang tidak ada pada masa sekarang. Kita tentulah tidak boleh pulang kepada masa lepas tetapi kita tidak boleh mengambil nilai-nilai pada masa silam untuk dibawa kepada masa sekarang dengan mempelajari sejarah, supaya dapat menjadikan masa hadapan lebih baik.

13- Schopenhauer dan persepsi terhadap kegembiraan

" Hanya ada satu sahaj kesalahan semula jadi dan ianya adalah tanggapan bahawa kita hidup adalah untuk menjadi gembira. Selagi mana kita kekal dengan kesalahan semula jadi ini....dunia akan nampak kepada kita penuh dengan percanggahan . Kerana untuk setiap langkah, dalam perkara-perkara yang besar dan kecil, kita akan terikat dengan pengalaman bahawa dunia dan kehidupan semestinya tidak diatur untuk tujuan menjadi puas. Itulah (sebab) mengapa muka-muka hampir kesemua orang-orang tua terukir dengan begitu dalamnya dengan kekecewaan itu "

14- Kierkegaard tentang keresahan dan kegelisahan

" Hidup ini harus difahami secara kebelakang, tetapi harus diteruskan secara kehadapan"

" Penyelesaian pertama yang sesuai dengan semua orang sama ada bertuhan atau tidak, adalah dengan ketawa. Kierkegaaard kata ketawa ialah cara orang bijak menanggani kegilaan dan kebodohan dunia"

15- Sartre dan Kepercayaan Mengarut (Bad Faith)

Bad faith berlaku apabila manusia percaya bahawa mereka ditakdirkan untuk buat perkara yang mereka sedang buat dan mereka tidak ada kebebasan untuk memilih untuk melakukan perkara yang lain. Bad Faith merupakan satu pembohongan yang kita bisikkan kepada diri kita untuk mengelak daripada kesakitan berhadapan dengan realiti bahawa kita bebas dan perlu berfikir dan memilih.

Sartre memerhatikan bad faith boleh menjadi salah satu penyebab kerosakan hubungan romantik. Dia mengatakan bahawa ada sesetengah pasangan yang mahu meneruskan hubungan dan perkahwinan mereka walaupun mereka tahu mereka tidak sepadan. Mereka memaksa diri mereka untuk percaya bahawa mereka boleh hidup gembira bersama.

Dalam contoh Sartre, seorang wanita mahu dicintai kerana akalnya, tetapi dia sendiri tidak mahu untuk memberikan perhatian kepada keraguan yang tersembunyi dalam dirinya bahawa pasangannya sebenarnya lebih berminat dengan badan dan paras rupanya.

Bagi lelaki pula, dia terus mengatakan kepada dirinya bahawa pasangannya itu sukakan dirinya secara seksual, walaupun dia tahu perempuan itu tidak sukakannya kerana faktor seksual. Mereka berdua berbohong kepada satu sama lain. Oleh kerana itu mereka akhirnya walaupun berjaya untuk bersama, tetapi mereka gagal untuk menjadi gembira bersama. Kepercayaan mengarut akan membuatkan mereka menyalahkan satu sama lain dengan mengungkit kelemahan pasangan mereka padahal masalah sebenarnya adalah terletak pada tindakan dan pilihan mereka sendiri...


Ok...itulah antara quote2 favourite aku dalam buku Kisah 25 Filsuf Barat ni. Basically aku suka quote2 ni sebab ada related dengan life aku personally.

So kalau korang nak tahu lebih lagi content buku ni, korang bolehlah beli buku ni kat MPH, Kinokuniya, n etc... E-book pun ada kalau malas sangat nak beli physical copy..

Thats all for today, havva nice day people ! Tschusss !

Friday, July 21, 2017

Spontaneous Saturday: Soalan Yang Tak Pernah Ditanya


"How to be you ? 
Whats your secret ?
You inspired me a lot "

*

Ada masa-masa tertentu, Z akan bergaduh dgn A  tentang perihal-perihal hidup yang selalu Z ambil mudah. Bila dah bergaduh tu, mulalah Z rasa A ni seorang yang poyo dan tak faham akan masalah yang dia hadapi.

Bagi Z, bila A ni membebel kat dia pasal hal-hal hidup, contohnya pasal duit..

Z mesti rasa yang A ni cakap, tanpa fikir situasi Z
Z mesti rasa yang A ni cakap, tanpa faham diri Z tu macamana

Tapi bila dah susah nanti, Z cari juga A. Sebaikla A ni still nak tolong dia.

Z memang rapat dgn A. Boleh dikatakan minat dorang sama lagi-lagi bab muzik.

Tapi, serapat-rapat Z dengan A. Z tak pernah cerita masalah peribadi mcm masalah family, relationship or kawan-kawan dekat A. Z selalu prefer orang lain kalau dia nak bercerita bab-bab ni.

Tapi A, tak tahulah macamana.

Isnin sampai Jumaat bz kerja
kadang balik kerja malam
Nanti dah sampai rumah, kadang-kadang dia sambung lagi kerja dia tu
Nanti hujung minggu, sama ada dia siapkan kerja office dia,
takpun pergi join seminar, takpun main game, baiki motor atau pergi servis kereta.

Nak kata hangout dengan kawan?
sebulan tu mungkin sekali dua atau tak langsung.

Z selalu terfikir kan... dalam kesibukan A, dia ni tak pernah ada masalah ke?
Dia tak pernah pula cerita dengan Z
Cerita dengan parents dia? A takdelah rapat sangat dengan parents dia.. biasa-biasa je.

Z tahu, A ada je problem personal dia.

Tapi perangai si A ni, dia memang suka simpan sorang-sorang.

dan bagi Z, A ni memang seorang yang misteri dan diam- diam ubi berisi.

Buatkan Z rasa kagum bila tengok A..

Semua orang yang di sekeliling A, memang takkan dapat teka, dia ni ada masalah ke tak, kalau tengok life si A ni.

Diwaktu kawan-kawan  Z banyak yang dah menamatkan zaman bujang, begitu juga lah dengan A. Kawan-kawan A lagi ramai yang dah kahwin kalau nk dibandingkan dengan kawan -kawan si Z..

Tapi dia nampak tenang je..
still cool takda girlfriend
atau sibuk nak fikir yang dia ni tak laku ke ?
takda siapa minat kat dia ke ?

Kalau ada orang tanya dekat A pasal bila dia nak kahwin ?
A akan slumber menjawab yang mak dia tak kasi dia kahwin.
Haahahahahaha... Tu alasan yang paling tak masuk akal pernah Z dengar.

Duit banyak, tapi lifestyle biasa-biasa je
tak berapa nk into trend macam nak gi travel ke, foodhunting ke, beli baju-baju branded..

Ok.. pergi travel tu adela.. tapi tu pun kalau outstation kerja..
kalau dengan kawan-kawan tu.. sekali setahun atau pun memang tak da langsung..

Yelah, bagi Z, kalau Z ada duit mcm si A ni.. memang comfirm nk pergi travel dengan kawan-kawan.. beli itu ini..

Tapi itulah yang membezakan Z dengan A.. tahap power si A ni nak tahan desire dia untuk having fun dengan life, memang buatkan si A jadi idola si Z.

Z tahu one day dia akan jadi tak rapat dengan si A.
Waktu tu maybe Z dah tak ada kawan nak cuba benda baru, nak kenalkan dia dengan benda-benda yang dia tak pernah nak ambil tahu .

Bagi Z, A ni adalah orang yang rare pernah dia jumpa...
Kalau nak cari orang macam A ni, memang susahlah Z nak jumpa.

Ini membuatkan Z rasa sedih if one day, dia terpaksa kena berjauhan dengan A.


" When I felt so miserable with my life,
I wonder, how you survive "

Friday, May 12, 2017

Spontaneous Friday: Kisah Aku. Air Terjun dan Sungai Chiling.

\
Assalamualaikum and Heyyaw !

So haritu waktu cuti Wesak, me and my friends plan nak pergi mandi air terjun. We decided  to go to Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. Dari Shah Alam adalah dalam 1 jam 30 minit perjalanan. Itupun sebab guna google map. Maybe kalau betul-betul tahu jalan, takla selama macamtu.

Sepanjang perjalanan ke Sg. Chiling tu maybe korang akan lalu di kawasan Empangan Kuala Kubu Bharu yang sangat cantik dan menenangkan !


Dari empangan tu. sekitar 15 minit korang akan sampai ke destinasi. Kereta kena parking dekat luar. So dari entrance gerbang yang tulis 'Santuari Ikan Sungai Chiling' tu, korang kena jalan kaki ke main entrance.

(Main entrance Santuari Ikan Sungai Chiling)

(Di sekitar kawasan pos kawalan)


Sampai je kat main entrance, korang boleh terus daftar nama kat pondok kawalan dia and buat bayaran sebanyak RM 1 per head. Untuk ke air terjun, korang perlu jungle trekking dan melintasi 6 anak sungai. Kadar masa perjalanan dari pondok kawalan ke air terjun adalah lebih kurang 45 minit, kalau korang tak berhenti rehat atau tak sesat jalan.

Antara tips yang aku boleh bagi kepada korang yang maybe first time nak pergi mandi air terjun kat sini, adalah:

1- Pakai pakaian yang bersesuaian. Kalau boleh waktu nk jungle trekking tu, pakai seluar panjang. Sebab, korang akan melalu jalan berair, berlumut, semak kiri kanan. So untuk mengelakkan dari ada binatang kecil melekat kat kaki, better pakai seluar panjang. Sebolehnya pakai kasut supaya senang nak lintas sungai nanti.

2- Jangan bawa banyak barang yang banyak ketika jungle trekking. Ini untuk memudahkan perjalanan korang terutamanya waktu nak melintas sungai. Arus air agak deras dan agak mencabar. Tapi kalau korang memang sukakan cabaran atau jenis dah biasa hiking n everything. Just go with it.

3- Tak perlu bawa baju spare waktu jungle trekking. Terutamanya bagi yang perempuan. Korang boleh tinggal je baju spare korang maybe kat surau atau di kawasan pos kawalan. Sebab, dekat area air terjun tu, takda tempat pun nak tukar baju. So buat penat je nak usung beg baju yang ada macam-macam barang tu waktu jungle trekking. Tapi, if nak bawak juga, make sure wrap dalam plastik. So waktu lintas sungai or kalau hujan, baju korang tak basah. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Hahahaha.

4- Jangan lupa alas perut before jungle trekking and bawak air yang mencukupi.

5- Datang pagi sebab kawasan air terjun akan ditutup pada pukul 5 dan mungkin awal daripada itu.

Ok. itu adalah beberapa perkara yang aku boleh share dekat korang yang first time nak pergi mandi air terjun kat Sg Chilling ni. Bagi aku, trek dia agak mudah untuk dilalui cuma bila part nak lintas sungai tu yang agak mencabar sikit. Sampai selipar dengan tuan selipar ni, hampir di bawa arus sungai. Hahahaha

Aku start jungle trekking sekitar pukul 11.30 dan sampai ke air terjun lebih kurang 12.45 macamtu. Lambat sampai sebab bebarapa obstacles plus first time lagi. hahaha. Walaupun penat tapi puas hati sebab finally dapat tengok keindahan air terjun Sungai Chilling nii............ !



So pukul 2.30, me and my friends dah bersiap untuk balik ke pos kawalan. n otw nk balik tu, hujan lebat yang amat. Hahaha. Merasa lah kiteorang hiking dalam kehujanan..

Aktiviti ni memang mengajar aku erti kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. I think I dont need to join team building programme pun. Cukupla gi jungle trekking kat Sg Chilling ni. Hahahahaha. Macam-macam drama ada.

But I really hope that will be an organization yang akan cuba bangunkan tempat ni. Sebab dari segi fasiliti kurang memuaskan. Tandas yang boleh digunakan hanya 2 dan kemudahan surau pun tak selesa sebab kecil. Plus, aku nak nasihatkan korang, untuk dengar cakap staff yang bertugas kat pos kawalan supaya takda perkara yang tidak diingini berlaku.

But overall I'm still having fun ! thanks to my buddies sebab ajak iols join this trip. Next time kita pergi lagi k ? HAHAHAHAHAHA

Havva nice day people !
Tschusss !

Friday, March 10, 2017

Law in my perspective.



What is law for me ?

Basically law is a written rule that guide the citizen of a country, so they know what things can be do and not. This law been created not only to ensure the stabilize of the country but it is also for the goodness of its citizen. For example like the traffic law that require all the motorcycle rider to wear helmet when riding the bike and the car driver to wear the seat belt when driving.

In Malaysia, the process of creating a law happened in the parliament where the bill will goes through three readings. The bill should win majority vote from the member of parliament and then it will be a statutes.

For me, law can be formal and informal. The law that informal been called as taboos and it been created by our ancestor. They believed that, if a person violate a taboos then something bad will be happened to them. The concept still the same with the formal one, just maybe the implementation have a bit difference.

So, whether we like it or not, we must obey the law, as long as it did not violate what our religion has taught and as long it give goodness to us.

Wednesday, February 15, 2017

A Thought of Him.



Aku tertarik dengan kata-kata ni which aku dapat dari blog Budak Tomato

"
"I used to write because writing is my remedy, but guess now I’m truly healed. That’s why I stopped.
Or maybe because I don’t want to re-live the pain."
Terus fikiran ni ter- 'pop-up' nama kau .

Aku sedar sebenarnya sejak tahun 2015 aku dah mula slow down untuk tulis pasal kau. Bayangkan lepas kau pergi je, aku terus create 2 Tumblr account just untuk tulis pasal kau. Boleh katakan setiap hari aku menulis. Even kau tak pernah tahu pun aku tulis pasal kau.

Masuk 2016, memang aku totally stop menulis dekat page tu. Even page Tumblr lagi satu tu pun, kalau aku update, bukan pasal kau lagi. I totally have a new inspiration.

I admit, lepas je kau pergi, my personal life jadi quiet miserable until now. Orang-orang yang tahu pasal kau, still tanya if I'm still waiting on you.. Aku pun tak reti nak jawab macam mana.

Aku dah kalah dengan kau atas banyak benda. Aku dah tak ingat apa kau pesan dan aku langgar semua janji aku. Aku terfikir, kalau kau still ada, mesti semua baik-baik je.

Tapi

Kenapa aku mesti bergantung pada kau untuk tunggu benda baik terjadi.

Aku pun tak tahu

*

dan malam tadi kau datang.
sampai aku dah tak kenal kau siapa. Aku kena pandang kau lama-lama baru aku kenal kau siapa.
Selama ni kau tak pernah nak senyum kat aku. Kau selalu ignore aku .
Tapi malam tadi kau senyum.
Aku tak tahu apa maksud kau ?
Aku tak rasa kau akan datang balik. Itu tak mungkin.

Tapi kalau kau balik ?


*
Sebenarnya kan , aku tak tahulah betul ke aku dah berhenti berharap

atau

aku sebenarnya berserah je dengan perasaan aku.

Ni tahun Ke-4. Aku tengah fikir macam mana nak wish birthday kau nanti.

*
Dear Allah, please take care of him where ever he go.
and Dear Sea, please be nice to him.


Kisah Aku. Lelong dan Kawasaki Ninja. (Pengalaman Menyertai Lelongan Motorsikal)


Assalamualaikum and Heyyawwww !

So basically aku dah nak masuk semester yang ke 3 dan memandangkan aku boleh dikategorikan dalam kalangan senior, kemungkinan besar aku dah tak dapat kemudahan untuk tinggal kat kolej. *Aktiviti kolej pun tak aktif.  So kalau tak dapat tu, memang faham la kenapa. 

Disebabkan aku ada kemungkinan untuk tinggal di luar kampus atau maybe ulang alik je dari rumah aku, aku pun cuba nasib mengusulkan permohonan kepada abang aku untuk membelikan adik dia ni sebiji motor, supaya senang nak pergi kelas. Aku minta dia belikan yang 2nd je sebab aku pun bukan nak guna lama sangat + taknakla dia spend banyak duit sangat, dia pun ada commitment lain.

and he agreed :D. Yayyyyyy !

So, puaslah aku godak laman web Mudah, group FB, nak tengok motor. Tapi ada je halangan untuk beli dari dealer tu.

Finally, my brother came out with the idea, why not both of us try to join motor auction and I'm so lucky bila someone dalam group FB, bagitahu ada auction motor kat area office my brother. This auction was organized by PJ Automart Sdn Bhd. Setiap bulan, syarikat ni akan buat auction kereta dan motorsikal. 

Jadi, if you were interested to join an auction or baru nak cuba-cuba sertai auction. Ini adalah beberapa step yang aku boleh kongsikan .

STEP SEBELUM NAK JOIN AUCTION

1- Pastikan organizer auction tu boleh dipercayai.

2- Tahu tarikh, masa dan tempat auction tu akan di adakan.

3- Mempunyai dan mengetahui list kenderaan yang akan diauction pada hari lelongan. Dalam list ni akan dinyatakan reserve price bagi setiap kenderaan.

Bagi yang tak tahu reserve price ni apa... Reserve Price ni harga yang ditetapkan oleh pihak lelongan di mana, kenderaan tu akan start dibida mulai harga yang ditetapkan. (Contohnya : Reserve Price bagi sebiji Motor LC adalah RM 2800.. Jadi kalau korang nak bida Motor LC, starting price dia adalah RM 2800.

Harga tu akan semakin meningkat kalau ada orang lain nak juga motor tu. Kalau takda siapa yang nak atau lawan, korang akan menang harga reserve tu.


(Ni contoh list auction yang akan dikeluarkan oleh organizer)

Dalam list ni juga, akan ada beberapa information lain. Untuk auction yg di organize oleh PJ Automart ni, listnya akan keluar sehari sebelum hari auction atau beberapa jam sebelum auction bermula. Keep update dengan organizer auction.

Macam PJ Automart ni memang aku pujila customer service dia, sebab even tanya soalan melalui komen kat FB ,dia akan reply dengan cepat.

4- Buat perbandingan harga. Selalunya memang harga reserve lagi murah dari harga kenderaan 2nd yang dijual oleh kedai ataupun individu. Tapi tak semestinya kita menang harga reserve and kebanyakan kenderaan lelong ni kadang takda kunci dan ada beberapa masalah yang memerlukan kita keluarkan duit lagi. Jadi, berdasarkan list reserve price yang kita ada tu, letak target kita nak bida sampai harga berapa. Tengok juga, market price kenderaan tu berapa harganya untuk yang baru dan 2nd. Buat perbandingan ni penting untuk elakkan kita dari kerugian dan mungkin kita boleh jimat banyak.

5- Buat inspection. So sebelum hari auction, korang boleh pergi tengok dan check kenderaan-kenderaan yang akan dilelong. Penting untuk kita buat inspection bagi memastikan kenderaan yang kita nak bida tu dalam keaadaan yang ok. Kalau dia ada masalah pun, maybe masalah yang kecil yang tak memerlukan kos repair yang tinggi. Selalunya kita tak boleh test ride kenderaan lelong ni, so apa yang kita boleh check adalah milage, tayar, rantai, brake, tempat kunci dan kick starter motor tu. Check juga motor tu banyak calar ke, ada yang bengkok sana sini ke sebab berkemungkinan motor tu dah pernah involve dengan accident dan condition dia agak tak baik . Waktu buat inspection, pastikan bawak sekali list auction tu untuk reference. 




Itu adalah 5 STEP yang perlu korang follow before join auction. Bila dah buat semua tu, now you'are ready to be the bidders ! So, apa pula yang korang akan buat waktu hari auction tu ? Kalau korang join auction yang di organize oleh PJ Automart, ini adalah apa yang korang perlu lakukan..

STEP SEMASA HARI AUCTION

1- Mengisi borang pendaftaran. Hanya perlu satu borang perndaftaran je even nak bid banyak kenderaan.

(Borang pendaftaran yang korang kena isi before join auction)

2- Lepas dah isi borang tu, korang boleh hantar kat staff yang bertugas dan terus bayar duit deposit. Duit deposit ni bukan reserve price tau. Haaa ! jangan nak keliru pula. Duit deposit ni lebih kurang macam yuran penyertaan la.

Duit deposit untuk join auction motorsikal adalah sebanyak RM 712 per motorsikal. Means, kalau korang nak bid untuk 2 biji motosikal, deposit tu korang kena gandakan lagi la k. Boleh bayar cash/ guna check tak pun credit card. Duit deposit akan dipulangkan semula jika korang tak menang bid, so jangan risau k.

(Nilai deposit per kenderaan)

(Peserta auction yang tengah hantar borang reg. dan bayar deposit)

3- After bayar deposit dan mendaftar nama, korang akan dapat number. Then, bolehla masuk ke dewan auction tu dan bersedia. 

( Bidders Card yang korang akan dapat lepas daftar and bayar deposit)
(Suasana dalam dewan auction)
                           



4- Apabila sesi auction dah nak bermula, jurulelong akan bacakan no.lot kenderaan, jenama dia , no.plat dan reserve price dia. Then dia akan kira sampai 3 sebelum bidaan ditutup. Dia akan cakap macamni " LOT 001, KAWASAKI NINJA, NND 1998, RM 4000". After dia habis je cakap lafaz lelongan tu, korang dah boleh angkat kad nombor yang korang dapat tu untuk membida. Then tukang lelong akan cakap " Once, Twice... Sold !"  ( Dia akan cakap macamtu incase kalau takda siapa yang lawan korang) .

Kalau ada yang lawan, tukang lelong akan bacakan harga bidaan yang semakin meningkat... agak-agak takda siapa lagi nak lawan harga tu, dia akan kira macam tadi, and pembida tertinggi akan dapat kenderaan tu. Untuk motorsikal, harga bidaan akan meningkat sebanyak RM 100* apabila ada persaingan di antara pembida. (*Kadar peningkatan harga bidaan adalah berdasarkan reserve price motor tu. Lagi mahal reserve price dia, lagi tinggi kadar peningkatan harga bidaan. RM 100 tu adalah peningkatan paling minimum yang dikenakan pihak PJ Automart)

Oh ya ! Pastikan korang sentiasa alert ketika proses auction dijalankan. Pastikan korang tahu nombor lot kenderaan yang korang nak bida Jangan salah pula, karang tersalah bida dah susah.

5- Bila korang dah menang bidaan, staff dia akan ambil number korang dan minta korang untuk isi satu borang. Then korang ikutlah arahan seterusnya oleh staff yang bertugas.

*
So hanya 10 step je yang korang perlu hadam dengan baik untuk join auction. Tak susah pun sebenarnya. Sorry sebab tak dapat nak share step lepas menang bidaan.

SEBABBB

Haritu aku kalah bid. sobsobsob :( . Sedih weiiiii .

My brother bayar deposit untuk 2 biji motor tapi kiterorg lawan untuk 4 biji motor. Salah satu motor yang kiterorg nak bid adalah ~~~

( Hensem gila awakk sampai jadi rebutan semua orang.. RP RM 4K, dan sold dengan harga RM 9600. Huh)


It was a new experience for me sampai abg aku gelakkan aku sebab nervous sangat waktu nak bid tu. Mana taknya, dahla kena lawan dengan tauke2 kedai semua. Kehangatan sesi auction tu sampai tak rasa aircond dah bilik auction tu. Hahahahahaha

I hope that post ni membantu korang yang baru first time nak join auction kenderaan. Step mungkin ada perbezaan sikit depends on organizer. But 10 step yang aku share tu lah basic dalam setiap auction..

Korang boleh ke laman web PJ Automart (www.pjautomart.my) atau FB (PJ Automart) untuk tengok video auction session yang dijalankan serta information pasal auction yang dorang buat.

Have a nice day people !

Tschusss !



Tuesday, February 7, 2017

Spontaneous Tuesday : My Fault


Now Playing : All I Do // Yuna

Dedicated this post to Sri Nazwa since she's struggling in solving her own problem by sleeping all day long  -_-'



Aku pilih apa yang aku nak.

Salah AKU- Kalau aku sakit hati atas sesuatu benda walaupun aku ada pilihan untuk tak sakit hati.

Salah AKU- Kalau aku cemburu tengok orang bahagia sebab aku tak bahagia macam dorang, walaupun aku ada pilihan untuk jadi bahagia. 

Salah AKU- Kalau aku marah someone rapat dengan seseorang yang aku sayang walaupun aku ada pilihan untuk rapat dengan orang lain juga .

Salah AKU- Kalau aku marah someone sebab tinggalkan aku untuk orang lain walaupun aku ada pilihan untuk tinggalkan dia juga untuk orang lain.

Salah AKU- Kalau aku selalu fikir pasal someone yang selalu tak pernah care pun pasal aku walaupun aku ada pilihan untuk tak fikirkan pasal dia.

Salah AKU - Kalau aku buat benda yang memang aku dah tahu salah walaupun aku ada pilihan untuk tak buat.

Salah kita, bila kita sentiasa ada pilihan yang baik untuk solve masalah kita, tapi kita tetap nak pilih jalan yang buatkan perasaan kita getting worst or we choose to stay in that problem. 

Jangan nak jadi bodoh salahkan orang lain bila kau sendiri boleh pilih dan tentukan apa yang kau nak dalam hidup kau. Kau hanya boleh salahkan orang lain in situation if dorang yang buat pilihan untuk hidup kau, lepastu hidup kau jadi tak menentu. 

Kadang-kadang kita rasa dengan meletakkan sesuatu kesalahan ke atas orang lain, rasa beban yang kita tanggung dalam hati kita tu kurang. Tapi tak. Satu jari tunjuk dekat orang, empat jari tunjuk ke kita balik. 

Lagi satu, When we make a decision on something, make sure tahu akibat yang bakal dihadapi, supaya kita sedar diri bila bad things tu terjadi kat kita, eventhough kita memang minta simpang la benda tu dari berlaku. 

Remember. You always have the power to CHOOSE ! and you always have a better choice over everything.

C'mon girls. You've been in the same storm last time and you still alive right now. You're laugh still the loudest. Take your time. I believe you can handle this.


***************************
Thanks for this write up.
Thanks to everyone who always backing me up, giving me the endless support
Thanks to everyone who never give up on me
Thanks because always be a good listener for the same problem
Thanks for the advice.
Eventhough sometimes you mad at me. You mad for my own goodness.
Still you be the one who understand what I'm facing.
Thank you because always pray the best for me.
May Allah bless you.