Tuesday, May 7, 2013

Pencerahan tentang Pas kuda tunggangan DAP


Assalamualaikum .
 Recently , I make some research about politics .You know me aitee ?
Aku bukak lah FB . Then nampak satu post yang kawan Balong aku share kat FB dia .
Aku agak tertarik juga . Ianya tentang isu Pas kuda tunggangan DAP , yg sering di perkatakan 
oleh rakyat Malaysia sekarang ni . So ni lah penjelasannya .

Dipetik daripada status Encik Shamsuddin Kadir .

DAP dan MCA majoriti ahlinya adalah Cina bukan Islam, cuma yang bezanya di dalam parti DAP ada Melayu Islam dan di dalam MCA semuanya cina. Kerana parti DAP boleh disertai oleh semua, parti MCA untuk Cina sahaja.

Mengatakan Datuk Nik Aziz @ PAS sudah dipengaruhi oleh DAP?, saya melihat papan-papan tanda di bandar dan di seluruh Kelantan perlu menampilkan wanita yang berpakaian sopan, sekiranya Melayu perlu pakai tudung. Menutup aurat ini adalah ajaran Islam ataupun arahan DAP?

Di negeri yang diperintah oleh Datuk Seri Najib @ UMNO, saya melihat papan-papan tanda di bandar dan diseluruh tempat boleh menampilkan wanita-wanita yang tidak menutup aurat, adakah tidak menutup aurat itu Ajaran Islam ataupun di atas arahan MCA?

Di Kota Bharu terdapat banyaknya lambang Allah dan Muhammad di letakkan di kebanjakan jalan di Kota Bharu, bagi mengingatkan manusia kepada Allah, adakah itu yang dikatakan PAS menjadi Tungangan DAP?

Di kebanyakan bandar dan Kuala Lumpur yang sudah ternyata secara 100% dimiliki oleh Allah, tetapi hendak jumpa perkataan Allah dan Muhammad hanya boleh cari di Masjid dan satu di Bangunan Tabung Haji, rakyat diajar untuk mengingati Allah sewaktu di Masjid dan Surau sahaja? Adakah ini ajaran Islam, ataupun adakah itu arahan MCA ?

Di Kelantan semua akaun duit kerajaan negeri dipindahkan dari akaun riba kepada akaun bank Islam, selepas PAS mengetuai kepimpinan di Kelantan daripada UMNO, adakah itu atas arahan DAP?

Bagaimana akaun duit negeri di kebanyakan negeri yang diperintah oleh UMNO sekarang adakah semuanya di akaun Bank Islam atauupun di bank lain tetapi bukan akaun Skim Perbankan Islam? Adakah itu dilakukan kerana tunduk kepada MCA ataupun itu ajaran Islam.

Di Kelantan setiap hari Jumaat ada tazkhirah Agama di tengah-tengah bandar Kota Bharu yang mengupas dan membicarakan tentang ayat-ayat Al Quran sejak 1990 tanpa henti sampai sekarang secara puratanya, adakah PAS melakukan kerana tunduk kepada DAP?

Di Kuala Lumpur adakah ianya tidak dilakukan, kerana tunduk atuapun atas arahan MCA, takut nanti MCA kecil hati.

Di Kelantan semua wakil rakyatnya yang beragama Islam memiliki isteri yang menutup aurat, adakah kerana pemimpin PAS tunduk kepada pemimpin DAP?

Di Kuala Lumpur berapa ramai wakil rakyat UMNO di parlimen termasuk yang menjadi menteri, berapa ramai isteri mereka tidak menutup aurat? Adakah kerana Pemimpin UMNO tunduk kepada MCA, ataupun takut MCA tidak sokong mereka.

Esok, masing-masing beli suratkhabar Utusan dan Berita Harian, lihat sekiranya kita berikan kemenangan kepada Barisan Nasional di Kelantan, berapa kerusi yang kita perlu beri kepada MCA ? Jawapan awal 1.

Sekiranya kita memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, jumlah kerusi yang PAS terpaksa bagi kepada DAP adalah sangat banyak iaitu kosong, kosong, kosong,

Siapa tunduk kepada siapa? PAS menjadi tungangan DAP, ataupun UMNO menjadi tunggangan MCA,

Mohon maaf, saya perlu bersuara, apabila orang suka bercakap tanpa hujah,

"Trust in God, everything else provide data, data here means real fact'

Saya ada terlampau banyak lagi hujah yang ada fakta, tetapi saya tidak berminat, kerana saya suka fakta-fakta itu kita kaji sendiri dengan menggunakan pemikiran yang waras.

Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan Kalendar Islam sebagai kalendar rasmi, adakah itu juga atas arahan DAP?

Kerajaan Kelantan memberikan cuti Hari Jumaat untuk Muslim bersolat bersama keluarga dan membimbing keluarga solat Jumaat dengan dapat mendapat pahala sunat kerana mandi sebelum menunaikan solat Jumaat, adakah itu kerana tunduk kepada DAP?

Kerajaan UMNO menukar satu persatu negeri supaya cuti kepada hari Ahad dari hari Jumaat., bagi memberi ruang kepada orang dengan agama lain supaya dapat pergi rumah ibadah mereka, tidak mengapa Orang Islam boleh pergi sembahyang Jumaat hari bekerja, dan kita dapat lihat di kebanyakan Masjid banyak budak-budak sekolah masih bercakap sewaktu kutbah berlangsung, gara-gara ibu bapa terpaksa bekerja dan solat di Masjid yang berdekatan dengan tempat Kerja.

Mohon rujuk kepada fakta bukan suratkhabar yang dimiliki oleh mana-mana pihak yang ada kepentingan. Maksud saya tidak perlu rujuk mana-mana akbar, buat kajian sendiri...



Ok . Itulah penjelasannya .  
:)

No comments:

Post a Comment