Friday, April 8, 2016
Subjek-subjek Masscomm yang Hardcore.
Heyyaw and Assalamualaikum !
First entry in 2016 . Sorry for being missing for a long time. Its already April , how fast the time flies leaving us. The latest news about me ? Alhamdulillah , I've done my 6th Semester in Masscomm . Lets pray that, there will be no another semester for me . Jika ada rezeki, tahun depan pakailah jubah konvokesen tu. Aminnn.
Sepanjang 3 tahun jadi pelajar masscomm. Banyak benda baru yang aku belajar. Banyak orang yang aku kenal. Banyak alatan baru aku belajar pakai. Tak sia-sia aku pilih course ni, sebab course ni memang dekat dengan jiwa dan minat aku. Thats why , kepada adik-adik yang baca entri ni. If nak masuk masscomm atau tak kesahla course apa sekalipun , pastikan minat betul-betul. Sebab bila kita buat benda yang kita minat , kita takkan pernah rasa beban untuk belajar benda tu eventhough benda tu susah tahap kau rasa nak quit belajar universiti.
Macamana nak tahu benda tu kita minat ke tidak ?
1st : You realize by yourself
2nd : Tanya pendapat orang sekeliling apa potensi yang dorang nampak kat diri kita.
3rd : Bila kau dah addict on something.
So cukuplah introduction aku yang panjang lebar tu . Now, aku nak share sikit subjek-subjek Masscomm yang hardcore.
Semester 1
COM 167 Introduction to Communication and Media Studies - Jujur aku cakap, kalau kau dapat lecturer yang tak best , kau akan tidur sepanjang kuliah. Sebab subjek ni pasal sejarah. sejarah TV, Radio. Waktu zaman aku dulu , boleh pulak kelas ni start time petang. Betapa mencabarnya waktu itu. Disebabkan subjek ni subjek sejarah , means dia banyak fact yang kau kena lebih banyak hafal dari fahamkan. So you know how tough it would be in the examination ?
LIB 101 Introduction to Sociology - Subjek ni amat seronok dipelajari . sebab we learn about our society . Tapi ia agak tough bila kita kena kuasai all the theory and terms dengan baik. Jangan risau , subjek ni, kalau faham semua topik yang di ajar , dah boleh jawab exam dah dan dapat markah yang memberansangkan.
Pesanan aku untuk pelajar semester 1. Kalau boleh dapatkan dekan or 3 pointer start dari sem 1 ni lagi. Buat past year, so kau akan tahu bentuk2 soalan yang akan ditanya. Rajin-rajin tanya lecturer bab yang masuk exam or format dia. Nak dapat carrymark tinggi , buat assignment betul2, buat consultation dengan lecturer , so you can make correction and get a better marks. Alert dengan tarikh-tarikh exam , termasuk exam koko and susun jadual belajar sebaik mungkin. Untuk dapatkan sontoh-contoh soalan past sem , google (eqps uitm) :)
Semester 2
INC 271 Interpersonal Communication and LIB 2012 Principles of Psychology- Dua 2 subjek ni memang best belajar . Sama macam subjek Sociology , 2 subjek ni kita pasal diri kita dan orang sekeliling . Yang membuat subjek ni tough ialah terlalu banyak terms dan teori yang perlu dikuasai.
Semester 3
CIT 261 Instructional Communication - Subjek yang best tapi agak teknikal. Sebab kita belajar about the process in making instruction. Dalam proses buat instruction tu , di setiapnya kita kena tahu apa objektif we create the instruction and etc. Buku teks paling hambar sekali . Sebab banyak word , warna hitam putih je dan kau takkan jumpa gambar-gambar menarik selain dari gamba rajah kotak2. Subjek ni perlu kan tahap kefahaman yang amat tinggi barulah dapat master dgn baik.
ETR 300 Fundamentals of Entrepreneurship - Dari segi pembelajaran teori , insyaAllah taklah susah mana pun nak faham. Cuma bila part assignment dia tu yg akan mencabar mental dan emosi. Waktu batch aku and junior aku , assignment kiterorg adalah untuk set up one company , kita kena create one business and buat business proposal. Buat business proposal ni mudah je sebenarnya , cuma kena ada disiplin dan perancangan yang teratur . Barulah korang dapat buat proposal ni dengan baik . Aku nasihatkan , janganlah buat proposal ni last minit sbb aku yakin korang takkan cukup masa untuk siapkannya dalam masa 5 jam sekalipun. Aku nasihatkan lagi , carilah groupmate yang korang rasa korang boleh kerja sekali dengan dorang and kalau boleh awal-awal sem dah tahu dan nak buat bisnes apa. So senang nak expand the idea and gather the material. Subjek ni memang boleh buat kau kelam kabut dan murung for the entire day or month. If lecturer kau senyap je, rajin-rajinlah bertanya . Make an effort.
Semester 4
BRO 231 Broadcasting - Aku tak tahulah assignment junior -junior aku lepas ni macamana. Tapi waktu batch aku . Kiterorg kena create either music video / documentary / short film. Subjek yang menelan perbelanjaan paling banyak . Kena ada teamwork yang bagus , idea yang menarik and pastikan jangan buat last minit . Lagi-lagi part editing. Pastikan lepas dapat je tugasan , tiap minggu buat group meeting and mesti ada flow kerja.
COM 361 Introduction Communication Research - Subjek yang teknikal sebab kena buat research. Make sure ada tajuk yang menarik dan tahu format assignment tu betul-betul. Setiap minggu kena ada draft kerja dan tunjuk kat lecturer.
Semester 5
COM 367 Multimedia Design and Production - Subjek yang perlukan kemahiran teknikal yang tinggi , sebab dulu , assignment dia adalah kena create website dan game. Eventho benda ni boleh je belajar kat youtube but aku nasihatkan jangan lah ponteng kelas ni . Sebab teknik yang di ajar dalam kelas adalah benda yang kena di aplikasikan dalam assignment .So if ponteng kelas , memang kau kena minta kawan kau ajar , itu pun kalau dia nak ajar lah kan :P . Assignment dia jangan buat last minute or dia akan buat hidup kau haru biru, sebab so many steps yang involve in creating the multimedia tu.
End of discussion . Apa yang aku tulis kat atas ni berdasarkan pengalaman dan pendapat aku . Mungkin kalau kau tanya orang lain tentang subjek masscom yang susah , dorang akan jawab benda yang berbeza. Thats because level kepandaian dan ability seseorang tu lain-lain. To summarize my post today , I would say that :
1 - Subjek Masscomm kena banyak membaca dan faham
2- Course yang memang banyak duit kena keluar sebab assignment
3- Selalunya kena score kat mid term exam , quiz and assignment sebab percentage carrymark lagi tinggi dari final exam ( Usually 60 % carrymark : 40 % final exam )
4- Jangan buat last minute ! alert dengan dateline.
5- Cari ahli kumpulan yang terbaik.
6- Kalau ahli kumpulan kau macam hampeh je semua , jangan berkira kerja . Niatkan dalam hati , lagi banyak kau buat , lagi banyak kau boleh belajar dan improve skill kau. Kau tak rugi apa-apa pun. Memanglah penat bila kena buat semua kerja . But jgn fokuskan penat , fokuskan dekat kebaikan yang bakal kau dapat.
Thats all for today . See you in the next post ! Tschusss :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hi. saya budak f5 tahun ni. lately saya rasa macam berminat dalam pembaca berita eventho sebelum ni saya nak ambik tesl tapi sejak bi saya makin lama makin kelaut saya rasa mcm tkleh ambik tesl. kalau pembaca berita sama juga ke tugas mcm diatas tu?
ReplyDelete