Saturday, May 21, 2016

Pengalaman Temuduga Komunikasi dan Pengajian Media [Degree]


Assalamualaikum and Heyyaw !


Rasa macam baru je dulu aku share pengalaman IV aku time Diploma , now dah Degree ? Wahh. masa berlalu dengan begitu pantas tanpa sedar. Alhamdulillah, setelah diuji dengan beberapa perkara sebelum keluar result diploma, aku tak sangka aku masih berpeluang mendapat status Dekan untuk semester terakhir dan tamat pengajian dengan Anugerah Dekan. Aku nak bagitahu yang bukan senang aku nak fighting waktu aku betul2 di bawah dan semuanya depends on me. Thanks kepada semua yang ambil berat. Thanks semua yang bertanya khabar , thanks yang support . I really appreciate it.

Straight foward to the topic. Macam biasa temuduga Degree ada 2 bahagian bertulis dan lisan.

Tajuk untuk ujian bertulis pada intake kali ini adalah .................


- Explain the Role of Mass Media in Nation Development-

Aku buat research before gi IV kat blog orang lain *even aku sendiri pun banyak cerita pasal course ni
So my expectation kononnya maybe soalan dia akan sama juga . Soalan yang lepas2 adalah 'Your opinion regarding mass media in Malaysia' . Rupanya dia ubah soalan. Jadi untuk ujian bertulis aku gunakan jela prinsip "Redha jela diknon" . hahaha..

Interview kalini aku katakan memang 180 darjah berbeza dengan apa yang aku experience time diploma dulu. Kalini giliran aku paling awal, student2 yang gi IV tu pun kebanyakannya aku kenal plus jangka masa temuduga tak selama macam diploma dulu. Soalan yang dia tanya pun bagi aku taklah mencabar sangat , Maybe sebab aku dah prepare kot or sebab penemuduga tu malas nak tanya banyak :P

Soalan untuk IV lisan kalini adalah .

1) Please introduce yourself
2) Kenapa nak jadi journalist ?
3) Apa yang awak share kat blog ?
4) Apa isu semasa yang awak tahu di Malaysia ?
5) Awak pernah join debate ke ?
6) Ada nak tanya soalan ?

Haaaa guys ? Senang tak soalan dia ?
senang kan?

Aku nak bagitahu yang soalan IVwer selalunya berdasarkan apa yang kita cakap time kita introduce diri kita kat dia. Itu apa yang aku experience tadi. Soalan kedua yang dia tanya bermula dari jawapan soalan pertama aku, bila aku kata aku nak jadi journalist . Terus dia tanya kenapa nak jadi journalist.
So antara tips yang aku nak bagitahu kat sini adalah

*Make sure korang prepare awal-awal apa yang korang nak cakap waktu Interview tu. Pastikan korang tahu lebih mendalam tentang course yang korang nak pilih. For example , aku minat journalism . Jadi aku buat research pasal tokoh wartawan, journalism etique, journalism institute, and future company yang aku nak bekerja. Evethough aku taktahu la dia nak tanya ke tak . Tapi tu mmg tanggungjawab aku untuk tahu.

*Sentiasa yakin dengan preparation yang dah dibuat . jangan sibuk hal orang lain sampai kita terlalu nervous dan lupa apa yang kita dah prepare. Lagipun bukannya ada sorang Interviewer je, and kita tak dapat predict pun personality penemuduga kita and apa soalan dia nak tanya. So just be confident and bila ada kawan2 dalam hold room dah settle IV, tanyalah pengalaman dorang macammana.


Tips yang lain ? korang boleh baca sendirilah kat post lama aku time IV Diploma. Sebab aku still apply benda yang sama :) Link di sebelah kanan blog under Masscom Talks.

Semoga Sri dapat sambung pengajian Degree dalam bidang Kewartawanan.
Aminnn.

1 comment: