Sunday, July 31, 2016

Hidangan Lobster dengan Harga Murah !



Aku ada satu habit iaitu , bila aku craving nak makan something , aku akan pastikan aku akan dapat makan benda tu .

Ada satu hari tu , aku termimpi kan pau coklat , lepastu bila terjaga , tak memasal rasa teringin nak makan pau coklat. That time , aku still takda lesen motor nak pergi keluar jauh-jauh . sekadar area rumah aku tu , aku beranilah nak bawak motor takda lesen . At last aku ajak member aku teman merempit sama-sama gi pasar cari pau coklat . Sampai macamtu sekali :'D

Then , beberapa minngu yang lepas , aku tengok Majalah 3. Dia tunjuk pasal satu cafe ni (Woop 2 Lobster ) yang jual hidangan lobster dengan harga yang murah dan berpatutan . Bila aku tengok menu yang dihidangkan tu , apa lagi , mulalah aku rasa teringin nak makan lobster.

Aku pun bagitahu abah aku , bagitahu abang aku yang aku teringin nak makan lobster. Disebabkan lobster ni memang tak jual kat kedai makan biasa , dan juga tak boleh dipancing di sungai belakang rumah aku .... terpaksalah aku suarakan keinginan makan aku tu kat family. Beberapa minggu gakla aku tunggu sesiapa bawak aku pergi makan lobster . Then baru aku terfikir nak google tempat makan lobster murah..

n what I found was , this......



Hase Ikan Bakar dan Lobster , Terletak di Medan Makan betul-betul bersebelahan dengan McD Damansara Damai . Tak sangka ada juga tempat makan Lobster yang murah kat area rumah aku. Mulanya aku cadang nak makan dekat restoran The Red Lobster, tapi bila fikir masa and semua orang busy , aku pilih la makan kat sini. Waktu tengok review kat page Oh Bulan , starting price lobster kat kedai ni RM 25 .. mulanya memang tak percaya . Lepas datang and makan sendiri kat sini , baru lah nak percaya :D


So , on that day , aku order Grill Slipper Lobster yang dihidangkan dengan jagung bakar n mash potato . Dan abang aku order Slipper Lobster masak 3 rasa yang dihidangkan dengan nasi putih . Kedua- dua menu ni aku pilih berdasarkan menu book kat bawah ni :


Well , untuk harga RM 25 dan dapat saiz lobster yang macamtu , bagi aku berbaloi gak la. Tak terlalu kecil dan tak sebesar yang macam selalu tengok kat TV tu.  Tapi kalau korang rasa tak puas nak makan lobster yang saiz sederhana macamtu , dekat restoran ni ada juga jual jenis lobster yang besar macam Boston Lobster , Green Lobster , Rock Lobster and Lobster Gajah. Korang boleh google sendiri gambar2 lobster yang disebutkan tadi :B


So , selain dari menu Lobster shj , Hase Ikan Bakar & Lobster ada juga menu-menu lain and pakej set yang disertakan dengan menu seafood yang lain , dengan pelbagai range harga !






Kepada yang duduk area Sungai Buloh or sekitar Damansara Damai , boleh la try datang ke Restoran ni kalau korang teringin nak makan Lobster dengan harga yang murah dan berpatutan . Plus , masakan dia memang tak mengecewakan ! For more info , korang boleh search FB restoran ni : Hase Ikan Bakar & Lobster . 

See you later ! Bye :)

2 comments:

  1. rindu seri! tgok blog update jelah nak lepas rindu :')))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jajaaaa Top ! hahahahaha.... alaaa. Ape2 dm je aku kt fb . :D

      Delete