Dulu , waktu aku cuti semester yang agak panjang .. aku nak cari kerja . At least bila dah habis cuti, aku ada lah duit lebih nak beli barang masuk semester baru....
Disebabkan waktu tu aku agak malas nak cari kerja yang jauh , plus kenderaan kat rumah pun limited, aku minta abah aku tanyakan kalau-kalau Tadika kat area rumah aku tu ada ambil part time cikgu untuk mengajar. Mana tahu kalau-kalau tak cukup cikgu ke waktu tu , ada cikgu cuti bersalin ke .... btw tadika kat area rumah aku tu Tadika Pasti.
Dalam otak aku waktu tu...
"Alahh , cikgu tadika. senang je. Ajar ABC,123.... takkanlah nak kelulusan tinggi. Sekadar aku nak part time kat situ , ok kot"
Tapi malangnyaaaaa...... lepas abah aku tanya pihak pengurusan tadika tu . dorang kata , dorang tak ambik part time. Kalau nak kerja , kena kerja lama sebab dah malas nak cari ganti ..
So end up. Aku kerja KFC :D
This year , suddenly rezeki menyebelahi aku . Lepas habis diploma bulan 4 haritu. Aku cadang nak rehat dalam beberapa minggu , then dalam hujung bulan 4 aku nak cari kerja supaya akaun bank aku tak $O. Dalam tempoh aku berehat tu , ada satu hari aku pergi join satu mesyuarat and waktu tu aku tumpang kereta cikgu-cikgu tadika ni lahh.
Sepanjang perjalanan ke tempat mesyuarat tu, dorang ada lah tanya pasal perkembangan aku semua... then aku katalah aku dah habis belajar. Suddenly , sorang cikgu ni cakap ,
" haaa. baguslah macamtu. Nanti bolehlah jadi cikgu ganti kalau ada cikgu Pasti pergi mesyuarat atau cuti emergency "
I said Yes for that :D
Dijadikan cerita , beberapa hari lepastu .. aku dipanggil untuk jadi guru ganti sebab beberapa orang cikgu tadika kena jadi guru pengiring kat luar. Aku kena ajar kelas 6 tahun .
Rasa nervous , takut .. and aku fikir gak , apa aku nak ajar besok. Sebaik cikgu kelas 6 tahun tu briefing aku dulu , nak kena ajar apa semua..
Dan pada hari pertama aku mengajar..... Persepsi aku yang ingat jadi cikgu tadika tu senang, berubah 360 darjah !
Its not about mengajar je , but cabaran terbesar aku haritu adalah macamana nak mendisiplinkan kanak-kanak ni.
Kanak-kanak yang kalau kau tak cari perkataan yang mudah , dorang takkan faham apa kau cakap
Kanak-kanak yang kalau kau tak keluarkan suara yang lantang , dorang akan ignore arahan kau
Kanak-kanak yang kalau kau tak kreatif mengajar , dorang akan menguap dan tak fokus belajar.
Dalam hati aku
Selepas hari pertama aku mengajar tu , betapa salute nya aku pada guru-guru tadika yang lain sebab mampu bertahan dengan job dorang yang dulunya aku rasa mudah tu.
Bagi aku , jadi cikgu tadika ni memang mencabar . Sebab setiap guru ada tanggungjawab nak pastikan kanak-kanak yang baru nak kenal huruf dan nombor ni , faham dan tahu apa yang di ajar . Nak kena pastikan dorang ni kenal suku kata , tahu menulis , tahu mengira plus...
Disebabkan Tadika Pasti ni tadika islamic , kanak-kanak ni juga kena hafal surah-surah lazim , ayat qursi , surah al-mulk , ayat seribu dinar , hadis , doa dan zikir.
Tugas aku agak mudah , cuma jadi guru ganti.... mata pelajaran pertama haritu , hafazan. Aku semak bacaan semua pelajar 6 tahun ni dengan baca surah tu bersama-sama mereka. Bila dorang baca je , aku dah impress. Banyak dah surah dorang hafal di usia 6 tahun . Kalau tak disebabkan cikgu dorang yang tegas dalam didik mereka ni untuk hafal setiap surah tu , mestilahh dorang tak selancar ni... Aku impress sekali lagi. Surah Al mulk tu bagi aku agak panjang juga ayat dia. tapi bila aku suruh dorang baca.. dorang dah hafal sampai ayat 12 dah.
huh.. Aku sendiri pun x hafal surah tu . Malu jap kat adik-adik ni.
Then... ada satu hari ni pula ... aku kena ajar kelas 5 tahun..
Ni lagi tough dan aku tukar sikit cara mengajar aku. Sebab pelajar 6 tahun ni lebih faham apa yang kita arahkan berbanding pelajar 5 tahun yang masih mcm 'baby' bagi aku. Plus aku dapat tahu , kelas 5 tahun ni ada sorang budak hyperaktif . Makin risaulah aku. Macamana nak kawal kelas nanti..
Memang aku rasa cabarannya mengajar kelas 5 tahun berbanding 6 tahun.
Bila aku suruh tulis , semua macam blurr..
Kena bagi arahan 2 3 kali baru nak dengar.
Kena libas rotan kat meja baru semua reti nak senyap ..
Tapi aku still have fun dengan dorang . Alhamdulillah semuanya masih terkawal dan walaupun dorang blur , tapi lama-lama dorang buat juga apa yang suruh..
Hmmmm.. tu baru jadi cikgu ganti , belum jadi cikgu permanent kat situ .
Jadi, apa yang aku nak cakap kat sini espescially kat mak ayah yang ada anak kat tadika ...
Katalah anak tu tak pandai sangat membaca atau senang cerita tak mencapai expectation yang diharapkan...
Janganlah sepenuhnya salahkan cikgu tu sendiri.
Aku percaya cikgu tu sendiri dah berusaha bersungguh-sungguh mendidik pelajar tu
and kita kena tahu yang tak semua budak boleh cepat faham apa yang di ajar sebab maybe dorang susah nak fokus .. so as a good parents , ambil tahu apa yang anak-anak buat kat sekolah. Tanya cikgu tentang attitude dan respon dorang ketika di ajar . Bukannya salahkan cikgu bila anak tu tak pandai dan sebagainya..
Sebab lepas dah rasa sendiri jadi cikgu tadika , aku tahu kerja ni memang mencabar. Nak mengajar , nak jaga keselamatan budak-budak ni lagi ..
Akhir kata , terima kasih kepada guru tadika aku Pn Marbiyah Mohd sebab dah ajar aku , yang kenal kan aku pentas dan mikrofon sampai sekarang aku ada confident bila kena buat persembahan kat pentas.
Semoga Tuhan merahmati sesiapa sahaja yang bergelar guru . :)
So I left you with this video , when Hafiz teaching me Bahasa Arab and ak saja buat-buat salah dan malas, just to see his respond. Hahahahaha...
Tschussss !
hyeee, walaupun dah tahun 2024 baru baca. Seronok bila dapat tahu ada org yang fikir apa yg saya fikir >_<. My first impression masa masuk tadika. Terkejutttt budak se usia itu boleh hafal surah al kahfi huhu kita pun x hafal >_<
ReplyDelete