Tuesday, December 31, 2013

Its a Wrap ! : 2013 Memories

" Yesterday , all my troubles seems so far away "- (The beatles )

Assalamualaikum .

Pejam celik , celik pejam .. dah sampai pun ke penghujung tahun 2013 . Sekejapnya masa berlalu . Tak sangka besok , semua orang akan menginjak usia satu tahun kedepan . Harap bukan usia saja , malah pemikiran , tingkah laku , tutur kata , ibadat , pencapaian semua maju kehadapan . Insya Allah .

Post kalini , nak mengimbau kenangan dan aktiviti sepanjang 2013 yang telah aku tempuh , lalui , dsb .

1- Kerja Part Time

Teringat dulu awal-awal tahun aku kerja part time jadi Setiausaha Ketua Kampung . Tugas aku catat minit mesyuarat , taip surat , emel surat permohonan ke ahli parlimen . First time datang meeting JKK . Wah , sumpah awkward gila waktu tu sebab aku paling muda .Pada mulanya , aku main kerja je..aku tak tahu pun gaji aku berapa . Boleh tahanlah sebab aku kerja 5 hari je dah dapat RM 300 . hehe

* rindu gila office dan kerusi gedabak ni :D

2- Ambil Lesen

Another moment yg tak dapat dilupakan . Ambil lesen Motor ! Korang boleh baca balik kisah pasal aku ambil lesen dekat sini .Teringat balik bila aku risau gila nak buat emergency break dn yang paling aku takut nak buat double stand . Tapi akhirnya aku berjaya atasi ketakutan tu dan mendapat lesen P dengan bergaya.


Alhamdulillah , sejak dapat lesen ..senang aku nak berjalan . Macam-macam situasi trafik aku dah tempuhi . Hampir kena langgar ada , langgar side mirror kereta orang , langgar lampu lepastu kena hon , minyak habis tengah jalan , semua aku dah rasa . After this , kena belajar bawa kereta pula . hehehe ..

3- Ambil result SPM

Waktu ambil result SPM , aku saja pakai baju sekolah kononnya nak nampak rare lah kan sebab orang lain pakai baju biasa je . Alhamdulillah , dapat result yang aku sendiri kategorikan as not bad lah even tak dapat macam yang aku target . Nak buat macamana , dah itu rezekinya . :)

4- Tahun Temuduga

Boleh dikatakan , 2013 sarat dengan temuduga. Lebih kurang 3 temuduga aku dah pergi tahun ni . Yang pertama , Temuduga kemasukan Diploma Komunikasi dan Media , Temuduga Pinjaman Pelajaran Negeri dan Temuduga Suruhanjaya Penjawat Awam . Banyak yang aku dah belajar sepanjang menghadiri temuduga ni , dari soalan dia sampailah cara nak jawab soalan dia . Alhamdulillah , 2 dari 3 temuduga yang aku hadiri keputusannya adalah berjaya .

5- Masuk Universiti

Excited gila bila dapat masuk uni , lagi-lagi bila dapat course yang kita nak . Menempuhi minggu orentasi yang memenatkan , perah otak jawab exam dan bila dapat roomate senior waktu semeseter satu . Sekarang aku berada di semester 2 . Alhamdulillah , keputusan pada sem 1 amat memberansangkan dan aku harap aku dapat tingkatkan prestasi pelajaran aku .

6- Hadiah Hari Jadi paling bermakna .

Hari Jadi aku jatuh pada 28/6 dan tahun ni aku dapat hadiah yang paling tak dapat aku lupakan iaitu dapat pergi Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe Melaka pada 30 June . Thanks kepada kak Eisha yang sudi tumpangkan kereta dia untuk pergi ke showcase tu . Sumpah seronok bila dapat jumpa Semesta and of course FT sendiri . Waktu tu pulak aku betul-betul duduk depan stage . Jelas gila muka FT kalah HD TV . hehe.


7- Jatuh Motor

Antara moment yang aku tak dapat lupakan , bila first time jatuh motor . Al kisahnya waktu tu hujan . Takla berapa lebat , nak kata renyai pun tak juga. Aku pergi rumah kawan ayah aku , untuk dapatkan tandatangan dia sbg saksi pinjaman pelajaran aku . Balik je dari rumah kawan ayah aku tu , aku bawa moto agak laju , jalan licin , aku tak pakai helmet dan aku tak berapa nak nampak jalan . Disebabkan itu , aku terlanggar bumper and tak brek before lalu bumper tu , membuatkan aku melantun mcm angry bird . Kaki aku luka sikit and part lain lebam je. Sebaik cedera ringan je. Tapi itu pun dah seksa sebab kaki terseliuh teruk sampai jalan pun tak betul . Sejak kejadian tu , aku trauma gila bila jumpa bumper . hehe :D

Aku rasa itulah antara memori yang tak dapat dilupakan sepanjang 2013 ni . Tahun ni adalah tahun yang paling banyak aku berbelanja dan tahun yang paling banyak membuatkan aku sedar tentang banyak perkara.
Semoga kita lebih tabah menghadapi 2014 ! aminn :) Salam tahun baru dari saya , Sri Nazwa Mars ! Keep the FaiTh !


-you will never know the meaning behind this picture . :')

Cuti Sekolah Bersama Adik .


Heyyawwwww ! Assalamualaikum semua . Wahh . Lama gila tak berupdate blog kesayangan tuan hamba ni . Tah ada lagi ke yang nak baca blog aku ni ? InsyaAllah , adalah kot . So , sekarang aku tengah bercuti . Alhamdulillah , cuti aku penuh aktiviti . Maklumlah aku ni bukan jenis suka duduk diam .




Cuti mid sem ni , aku habiskan masa bawa adik-adik aku berjalan . *untunglahkan dapat kakak macam aku. hahaha . So,aku decide pergi Berjaya Times Square Theme Park . Sedikit info tentang tempat ni , BTS Theme Park ni adalah Indoor Theme Park yg paling besar seluas 133000 kaki persegi . Ada 2 seksyen iaitu ,Galaxy Station ( khusus untuk remaja dan dewasa) dan Fantasy Garden (sesuai untuk family ) . Bayaran untuk dewasa RM 38 dan kanak-kanak RM 28 . Sekali bayar je and korang boleh main sampai lebammm !




Boleh katakan best dan boleh buat korang muntah pening dan teberanak pun boleh bagi yg mengandung . Game yang paling best , mestilah supersonic odyssey roller coaster ! Tutup mata aku naik benda tu . Hahaha. sumpah laju gila . Tips kepada korang yang rasa nak pergi theme park ni ialah

1- Jangan makan dulu ! Sebelum naik apa saja yang ada dalam themepark ni , better korang jgn ambil apa-apa makanan berat sebab takut termuntah je . Aku yang tak makan apa-apa time tu pun rasa nak muntah dah .

2- Bawak air mineral .

3- Pada yang perempuan , pastikan jangan pakai skirt . Pakai seluar .

Terkena gak la aku haritu , sebab aku pakai skirt . Yelah since badan dah berisi , aku lebih suka pakai skirt bila keluar . Then tempat duduk untuk game mcm roller coaster tu pulak kena kepit kat kerusi dia ..memang susahlah kalau pakai skirt. Tapi aku kisah apa ? Aku dah bayar kan .. Bantai jelah naik ..Sumpah best gila . Berangin je. Hahahahha :D

-Segalanya ada di Malaysia , pergilah bercuti ! :)

Thursday, October 24, 2013

Spontaneous Thursday : 3 Years


" Ketawa , kecewa , terpisah " (Sungai Lui , Aizat )



Dah 3 tahun . Tanpa sedar , masih segar di ingatannya akan peristiwa itu . Percutian yang baginya akan menjadi percutian yang indah , itu hanya mimpi malam semata . Apabila si dia ucapkan kata putus pada malam sebelum percutian itu .

Semalaman tidak lena dibuatnya . Menangis . Pada keesokan harinya , murung sahaja . Diam tanpa banyak kata . Percutian yang hambar dan sedih sahaja . Melihat si dia tersenyum , ketawa bersama rakan yang lain membuatkan hatinya begitu geram . Tak menyangka bahawa haritu , bakal menjadi hari terburuk . Peluang kedua yang diberinya seolah-olah tak berguna bagi dia .

Pun begitu . Disini jualah dia bertemu teman baru . Masih ingat lagi yang ia memanggil dia si penyangak . Mana tidak , dia yang sentiasa memakai snowcap dan mukanya seolah-olah seperti penyangak . Walaupun sudah lama ia kenal si dia di sekolah . Namun disinalah buat pertama kalinya ia berkenalan dengan si dia . Sehingga akhirnya , si dia menjadi orang yang istimewa dalam hatinya .

Dan kenangan yang paling tidak dilupakan . Selepas turun dari mendaki Gunung Berembun . Ia tersungkur sehinggakan dagunya berdarah . Walaupun cuba disembunyikan dari pandangan mata-mata liar. Namun terlihat juga , membuatkan ia susah menjawab persoalan mereka .

- dan ia , takkan mungkin melupakan segala peristiwa disitu . Miss you . Highlands .

Monday, October 21, 2013

Pengalaman dan Tips Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam , Latihan Separa Perubatan / Bertaraf Diploma Jururawat Gred U29


"Salam mula cara kita sejahtera semua " ( Adrenalin , FT )

Assalamualaikum and heyyaw !
Panjang tak title post aku kalini ? Rasanya inilah post yang ada tajuk paling panjang dalam blog aku .
Go on with the story .


Jadi pada hari ini 21/10/2013 . Aku menghadiri sesi temuduga Latihan Separa Perubatan di Putrajaya . Actualy lama dah mohon benda ni , dari bulan April . Tunggu punya tunggu , barulah surat temuduga sampai ke rumah . Excited juga waktu tu . Dalam banyak-banyak jawatan yang aku pohon . Yang sangkut , jawatan Jururawat Gred 29 . So , sambil tunggu tawaran ni , aku belajar kat UiTM . and jangan tanya aku lagi , sama ada aku akan tinggalkn UiTM kalau temuduga aku berjaya nanti . Itu masih dalam proses 'fikir masak-masak lagi '

Selepas menempuh Hujan , lecak , jalan under construction .. Sampailah jugak aku kebangunan SPA tu .
Temuduga ni ada 2 bahagian . Bahagian pertama , Ujian Minat . 271 soalan kalau tak silap dan jawab dalam masa 40 minit . Soalan tu , just jawab Ya atau Tidak , dan soalan yang hujung2 dia tanya tahap kemahiran kita , sangat tinggi , tinggi , sederhana , lemah atau sangat lemah . Actualy jawab 15 minit pun dah boleh siap . Eventhough , ujian minat je . Markah ujian ni amat penting sebab melalui markah tu lah dia tengok betul ke kita ni minat bidang atau jawatan yang kita pohon tu . And soalan dia , adalah sama macam soalan Uji Minat Kerjaya Anda yg disediakan oleh UiTM .

Bahagian Kedua . Berjumpa dengan panel temuduga . Part ni lah yang paling ditunggu-tunggu . Kalau nak dapat giliran awal . Just jawab Ujian Minat tu laju-laju , hantar kat pegawai SPA and terus pergi daftar nama untuk temuduga . Alhamdulillah . Turn aku nombor 6 . Tu pun lama jugak tunggu . Bagi aku . Kalau pergi temuduga , aku tak suka dapat number yang terlalu awal atau terlalu lambat , dapat jadi 3 terawal pun ok . Sebab lagi lama tunggu , lagi tak senang duduk dibuatnya . Lepastu mengantuk pulak tu tunggu turn . hehe





Tiba je giliran aku , ketuk pintu and bagi salam . Yang paling penting senyum . Jangan buat muka seposen ke , muka annoying ke , muka duckface lagi jangan cakap lah kan . Dalam tu ada 2 orang . Satu Pegawai SPA , satu lagi wakil dari KKM . Alhamdulillah , dapat panel perempuan . So antara soalan yang ditanya kepada aku ..

-So, please introduce yourself (yg part ni jawab dalam bahasa inggeris )
-Memang minat ke jawatan ni . Kenapa minat ?
- Apa peringkat-peringkat jururawat ?
- Apa yang dimaksudkan dengan pemakanan yang baik .
-Ada tak diantara ahli keluarga kamu yang terlibat dalam bidang perubatan 
-Menjadi jururawat ni , kadang-kadang kita akan hantar ke pendalaman , naik sampan semua , bolehkah anda menghadapi situasi berikut.
-Apa beza jururawat kerajaan dengan jururawat swasta
-Ada apa-apa soalan nak tanya . 

Ok. Itu antara soalan yang aku ingat . Dia langsung tak tanya aku pasal menteri keseihatan ke , tugas jururawat . Penat gaklah hafal sejarah ,tugas jururawat semua tu . Tapi tak tanya . But its okay . Alhamdulillah , soalan tak mencabar sangat . 

Tips ringkas yang aku boleh bagi kepada mereka yang bakal pergi temuduga , maybe pada tahun-tahun akan datang adalah :-

1- Buat persediaan rapi , dokumen , sijil , pensel , knowledge about jawatan yang dipohon
2- Amalkan 2S sebelum dan sepanjang temuduga . Iaitu sebelum masuk pintu bilik temuduga tu , bagi salam dan sepanjang temuduga tu , senyum . 
3- Jangan gugup , suara mesti jelas dan berkeyakinan
4- Jangan jawab sepatah je
5- Bila dia tanya , ada soalan tak ? Bagi je soalan apa-apa . Contoh soalan yg boleh ditanya , "jadi sekiranya temuduga saya ini berjaya ,pihak SPA akan menghubungi saya melalui apa " . Pastikan soalan kita , menampakkan kita betul2 berminat dengan jawatan tu . Takpe,kalau soalan yang kita nak tanya tu kita dah tahu jawapan dia. Tanya je . Sebab ada point dekat situ.
6- Jangan sesekali cakap , nak masuk Kolej Kesihatan under KKM ni pasal nak dapat elaun semua . Nanti nampak sangat minat dekat elaun , bukan dekat jawatan yang dipohon tu .

*mcm wanita umno jek -.-' . 

So result 2/12/2013 . Waktu tu , barulah aku decide . Di mana halatuju aku selepas ni .
Samaada stay atau move on .
But anyway , I'm hoping for the best . Aminnn .

Saturday, October 12, 2013

Quotes .

*No Caption :D

Recently , I just scrolled my FB wall and saw a very simple quotes but its very meaningfull for me .
It said

"Hidup ini memang memerlukan pengorbanan. Kadang kala untuk kita bahagia adalah memberi kebahagiaan itu kepada orang lain. Sanggupkah anda berkorban sedikit untuk insan yang lebih memerlukan? "

* oh yeah . I will .


-maybe ? ihiks .

Friday, October 11, 2013

Semester Break


Heyyaw ! Assalamualaikum
How are you readers ? I'm fine, Alhamdulillah .

So . I just finished my first sem in UiTM . Allah je yang tahu betapa mencabarnya 4 bulan pertama dekat sini.
Bila first time jawab kuiz . Gila serabut study sampai ke pagi . Then , terfikir .. ni baru kuiz , macamana pulak dengan test dengan exam ? Macam gini haaaa ...


Bila keluar carry mark . Gila sadis . Macam-macam ragam markah ada . Sungguh menakutkan . Kadang-kadang terfikir , mana silapnya semua . Mungkin tak cukup fokus lagi agaknya . Mungkin tak cukup ulangkaji , tak cukup serius . Senang cerita , serba tak cukup .

Tapi .
Aku bersyukur . Sebab sentiasa ada yang memahami . Sentiasa bagi kata-kata jitu pembakar semangat . Aku harap aku tak kecewakan mereka .

Cuti semester pun bermula . Tapi otak ni terbayang-bayang apalah result semester pertama ni . Dan cuti semester ni , aku sibuk menguruskan urusan pinjaman pelajaran , nak study untuk temuduga lagi . Baru plan nak menambahkan fulus dalam dompet . Tapi tengoklah kan macamana .

Have a nice day people ! =)

p/s : Wish me luck for this upcoming interview ! 


Friday, August 30, 2013

Ceritera Bulan Sabit Merah


ehemmm. Test mic 123 .
Assalamualaikum ! How are you people ?
I'm fine , alhamdulillah . 
So , quite a long time tak menaip kat blog . Bukannya tak da idea 
but , kalau boleh , nak post cerita yang gempak-gempak je . *kononnyelahkan .

Okay . This is story about my co activity at uni . Time orientasi , actualy before nak masuk uni lagi ,
memang terfikir nak masuk PBSM . Dipendekkan cerita , aku dapat lah masuk PBSM seperti yg dirancang .


T-shirt PBSM dekat Uni tak sama warna mcm dekat sekolah . :D

Aku ingatkan , masuk PBSM ni , chill lah sikit kan . Aku ingat PBSM ni stand for Persatuan Bulan Sabit Merah , tapi rupa-rupanya Persatuan Boleh Sakit Mental ~ hahaha . Ada sebab nya aku cakap macamni . Satu , sebab menurut senior-senior , PBSM ni lah ko yang paling susah nak skor sbb jurulatih susah nak bagi markah . Dua , sebab salah seorang jurulatih kiterorang ni askar . Ya Allah , kasar gila dia and dia treat kami ni macam askar . Sampai aku kadang-kadang terfikir , PBSM kat Uni ni nak serve askar ke apa ? . Jurulatih PBSM ni muka semua nak kerek je . Kadang kita tak buat salah besar sangat pun , tapi cara dia marah tu mcm salah yang sebesar alam . Huh . Tapi disebabkan mereka jurulatih , kita kenalah respect kan ? But . Lebih baik kalau kita respect each other .Kami student pun ada perasaan juga :) *emosi gila . hehe

-Me and Laila-

Tapi , walau sesakit mental mana pun aku rasa bila datang Ko . Aku tetap rasa semangat . Semangat ni datang dari Groupmate PBSM aku sendiri . Diorang sumpah happening dan hubungan kiterorang rapat macam keluarga . Even kiterorang jumpa seminggu sekali je , tapi kami semua tak pernah kekok nak berborak atau bercerita mcm hari-hari jumpa . Itulah satu-satunya sebab , aku tetap happy dtg Ko even kena denda , kena marah dengan jurulatih  :)

Dah tak lama dah nak habis sem 1 .
Cepat betul masa berlalu . :)
Tschuss ! 

Saturday, June 29, 2013

Hai Melaka *Part 3*


Assalamualaikum and Heyyyawww !
Ini adalah post terakhir untuk kisah aku dan Universiti . hehe
Dalam post ni aku akan ceritakan pasal classmates aku .

TBH , pada mulanya aku sangat susah nak get along dengan dorang .
Sampai aku mengadu dekat bestie aku .
Dia kata normal la tu . But for me , itu langsung tak normal .
Aku ambil masa yang terlalu lama nak adapt dgn environment baru aku . Padahal,
waktu aku masuk form 1 cepat je aku masuk dengan suasana baru . haha..
But now, alhamdulillah . aku dah ok . Aku dah dapat bergaul dengan semua orang . 
and this is my classmates :)



-Zatul , Shahira Zahari , Shahira Fateha-


-Pajee and Shafikah a.k.a Bas -

-Shaf , Qila and Tasnim-

- Aizat a.k.a bobo a.k.a Class Rep , Muiz , Syabil and Syazu -

-Aril and Shahira Fateha-

-Syamwill , Iqa , Zatul , Leeya, Jaja , Gee ,Shahira , Me and Aril -

-Aril , Shahira and Me-

-My Class Rep , Aizat -

-Aizat , Nini and Ros-

-Iqa , Shahira , Zatul , Gee , Syazu and Zul -

- Shahira , me , Gee , Jaja and Leeya -

Faktanya , kelas aku ada banyak nama Shahira dan Shafika . So agak payah nk panggil dorang .
Kelas aku terdiri dari 30 orang .

and the last one ~

 Abaikan senyuman aku yang annoying tu . 

THE END :)



Hai Melaka *Part2*


Assalamualaikum . Heyyawww !
How are you dear readers ? I'm fine alhamdulillah :)
Do you miss me ? Exactly yes aitee ? hahaha *koya*

Alhamdulillah . Dah hampir sebulan di bumi UITM Melaka .
Punyalah berusaha untuk masuk dengan suasana dekat sana . Akhirnya berjaya .
Oh yahhh ! dalam post ni . I wanna share about Minggu Destini Siswa yang dijalankan selama 6 hari .
2 Jun sampai 6 Jun .


- MDS = Program yang penuh dengan taklimat + tak cukup tidur + penat .

- Sepanjang minggu tu . Kena jalan kaki untuk ke Dewan Utama yang gila jauh . Macamana lah aku nak gemuk macamni kan : /

Actualy , aku pun tak reti nak describe MDS ni macamana . Sebab bagi aku minggu ni takdelah best sangat .
Yang bestnya sebab dapat makan free then dapatlah sikit info pasal UITM , but still tak faham jugak .
Secara jujurnya MDS yang aku alami haritu , gila kelam kabut . Aku tak tahu lah apa masalahnya .


Tag yang kiterorang kena pakai sepanjang MDS . Yang sebelah tu jiran aku . Dia orang first yang aku tegur sesampainya aku kat UITM . Nama dia Mastura :)

Seminggu aku tidur dalam bilik sorang-sorang . Punyalah menanti siapakah roomate aku . 
Rupanya roomate aku merupakan 2 orang senior . Serious , mula-mula awkward . But now , Aku dah boleh meriot dengan dorang sekali .


Setiap hari  tempat ni lah yang semua nanti-nantikan nak pergi. hehe. Khemah Makan . Alhamdulillah puas hati dengan makanan yang mereka sediakan. Terima Kasih biro Makanan !


Yang ni time Mini Karnival Palapes. Aku bengang gila dengan pokok sebelah Mas tu . hahahaha
Aku benci dia . Dahlah menakutkan . sebaik dia tak menyergah orang . :D


and inilah kediaman aku . Alhamdulillah dapat kolej yang baru dibina 3 tahun yang lepas kalau tk silap aku .

Serious , MDS ni tak menarik . Tapi kena tempuhi jugak . hehehe .

To Be  Continued :)

Thursday, May 30, 2013

Jagalah Diri .


Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali


Takdir mengubah hubungan kita
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa


Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir


Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya ... "


-Memory never fade away .




Saturday, May 25, 2013

Cry Again .


"Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi 
Sekali lagi

Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah
Dalam sejarah

Apakan daya
Aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk kesekian kalinya
Dan kisah cinta yang luar biasa
Habis kau ragut semua
Kejam dirimu, kejam dirimu

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya
Kata-katamu

Puas di depan mata
Terbuktil engkaulah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna

Aku kecewa ..oh pedihnya
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persendakan
Pergi kau pergi 
Tinggalkan aku 
Biar aku sendiri

Luka aku, terus meratapi
Luka-luka kecewa
Dan aku tahu.. ku tahu 
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala "

Friday, May 17, 2013

Hai Melaka *part 1*


Assalamualaikum and Heyawww !
How are you ? 
I'm not okay actualy . Too many miserable things happened to me . 
But , tetap kena senyum dan bersabar . Tak rock lah sedih-sedih :D
Move on widda story yaww !

Alhamdulillah . Aku telah dirisik oleh seseorang . *hambar
Ok . Aku telah dirisik oleh pihak UITM untuk meneruskan perjuangan pelajaran aku .
Jen jen jenggggg .


Setelah menunggu dengan penuh kesabaran sambil berharap 
penantian aku berbaloi . 
Aku sanggup tanggung risiko tolak Form 6 demi result Uni ,
yang entah dapat ke tidak . Tapi bila parents aku bagi semangat .
Bertambah keyakinan aku and see the result ? 

Aku berharap aku dah buat pilihan yang betul . 
Semoga apa yang aku pilih ni , mampu membantu aku untuk mendapatkan kerjaya satu hari nanti . InsyaAllah.
Doakan yang terbaik untuk aku . Harap aku tak homesick sgt . Harap aku tak dapat kejutan budaya yg terlampau . Harap aku mampu berdikari . Harap aku boleh dapat result cemerlang. Harap aku dapat kawan yg baik-baik . Harap dapat lecturer yg sempoi . Harap aku dpt tempuh Minggu Destini Siswa dgn penuh bersemangat . Harap dapat Senior yg tak jahat sangat :D . Dan aku harap perjalanan aku disini , berjalan lancar . Wish me Luck :)

UITM Melaka . Wait for me :)


Thursday, May 16, 2013

Depression .


Depression is like one big black hole .
After it pulls you in . You cant get out .
So you spend countless nights crying yourself to sleep . You spend days in your room
You feel like you doing absolutely nothing .
You're constantly hoping that things will get better , but also wondering
if they ever eventually will .
And the worst part ?
When you finally start to get happy again,
depression pulls you back in . 
You crash harder than before.

For you . Yes You !
It's not the goodbye that hurts ,
but the flashbacks that follow me .
Now , I must face the reality that I'm losing you .
How I wish I could forget you just as easily as you forgot me .
Eventhough deep inside i'm hurt . But I'll be pretend to be happy with your happiness .


"sekurang-kurangya , Tuhan dah selamatkan aku
dari orang yang tak setia .
Hey ! Semoga Bahagia "

Monday, May 13, 2013

Bila Rindu .


"Dikeheningan malam,

Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata"


"Bila rindu,

Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini."

"Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua"

"
Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula"

"Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi"

really miss you  .
and you know who you are :)



Tuesday, May 7, 2013

Pencerahan tentang Pas kuda tunggangan DAP


Assalamualaikum .
 Recently , I make some research about politics .You know me aitee ?
Aku bukak lah FB . Then nampak satu post yang kawan Balong aku share kat FB dia .
Aku agak tertarik juga . Ianya tentang isu Pas kuda tunggangan DAP , yg sering di perkatakan 
oleh rakyat Malaysia sekarang ni . So ni lah penjelasannya .

Dipetik daripada status Encik Shamsuddin Kadir .

DAP dan MCA majoriti ahlinya adalah Cina bukan Islam, cuma yang bezanya di dalam parti DAP ada Melayu Islam dan di dalam MCA semuanya cina. Kerana parti DAP boleh disertai oleh semua, parti MCA untuk Cina sahaja.

Mengatakan Datuk Nik Aziz @ PAS sudah dipengaruhi oleh DAP?, saya melihat papan-papan tanda di bandar dan di seluruh Kelantan perlu menampilkan wanita yang berpakaian sopan, sekiranya Melayu perlu pakai tudung. Menutup aurat ini adalah ajaran Islam ataupun arahan DAP?

Di negeri yang diperintah oleh Datuk Seri Najib @ UMNO, saya melihat papan-papan tanda di bandar dan diseluruh tempat boleh menampilkan wanita-wanita yang tidak menutup aurat, adakah tidak menutup aurat itu Ajaran Islam ataupun di atas arahan MCA?

Di Kota Bharu terdapat banyaknya lambang Allah dan Muhammad di letakkan di kebanjakan jalan di Kota Bharu, bagi mengingatkan manusia kepada Allah, adakah itu yang dikatakan PAS menjadi Tungangan DAP?

Di kebanyakan bandar dan Kuala Lumpur yang sudah ternyata secara 100% dimiliki oleh Allah, tetapi hendak jumpa perkataan Allah dan Muhammad hanya boleh cari di Masjid dan satu di Bangunan Tabung Haji, rakyat diajar untuk mengingati Allah sewaktu di Masjid dan Surau sahaja? Adakah ini ajaran Islam, ataupun adakah itu arahan MCA ?

Di Kelantan semua akaun duit kerajaan negeri dipindahkan dari akaun riba kepada akaun bank Islam, selepas PAS mengetuai kepimpinan di Kelantan daripada UMNO, adakah itu atas arahan DAP?

Bagaimana akaun duit negeri di kebanyakan negeri yang diperintah oleh UMNO sekarang adakah semuanya di akaun Bank Islam atauupun di bank lain tetapi bukan akaun Skim Perbankan Islam? Adakah itu dilakukan kerana tunduk kepada MCA ataupun itu ajaran Islam.

Di Kelantan setiap hari Jumaat ada tazkhirah Agama di tengah-tengah bandar Kota Bharu yang mengupas dan membicarakan tentang ayat-ayat Al Quran sejak 1990 tanpa henti sampai sekarang secara puratanya, adakah PAS melakukan kerana tunduk kepada DAP?

Di Kuala Lumpur adakah ianya tidak dilakukan, kerana tunduk atuapun atas arahan MCA, takut nanti MCA kecil hati.

Di Kelantan semua wakil rakyatnya yang beragama Islam memiliki isteri yang menutup aurat, adakah kerana pemimpin PAS tunduk kepada pemimpin DAP?

Di Kuala Lumpur berapa ramai wakil rakyat UMNO di parlimen termasuk yang menjadi menteri, berapa ramai isteri mereka tidak menutup aurat? Adakah kerana Pemimpin UMNO tunduk kepada MCA, ataupun takut MCA tidak sokong mereka.

Esok, masing-masing beli suratkhabar Utusan dan Berita Harian, lihat sekiranya kita berikan kemenangan kepada Barisan Nasional di Kelantan, berapa kerusi yang kita perlu beri kepada MCA ? Jawapan awal 1.

Sekiranya kita memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, jumlah kerusi yang PAS terpaksa bagi kepada DAP adalah sangat banyak iaitu kosong, kosong, kosong,

Siapa tunduk kepada siapa? PAS menjadi tungangan DAP, ataupun UMNO menjadi tunggangan MCA,

Mohon maaf, saya perlu bersuara, apabila orang suka bercakap tanpa hujah,

"Trust in God, everything else provide data, data here means real fact'

Saya ada terlampau banyak lagi hujah yang ada fakta, tetapi saya tidak berminat, kerana saya suka fakta-fakta itu kita kaji sendiri dengan menggunakan pemikiran yang waras.

Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan Kalendar Islam sebagai kalendar rasmi, adakah itu juga atas arahan DAP?

Kerajaan Kelantan memberikan cuti Hari Jumaat untuk Muslim bersolat bersama keluarga dan membimbing keluarga solat Jumaat dengan dapat mendapat pahala sunat kerana mandi sebelum menunaikan solat Jumaat, adakah itu kerana tunduk kepada DAP?

Kerajaan UMNO menukar satu persatu negeri supaya cuti kepada hari Ahad dari hari Jumaat., bagi memberi ruang kepada orang dengan agama lain supaya dapat pergi rumah ibadah mereka, tidak mengapa Orang Islam boleh pergi sembahyang Jumaat hari bekerja, dan kita dapat lihat di kebanyakan Masjid banyak budak-budak sekolah masih bercakap sewaktu kutbah berlangsung, gara-gara ibu bapa terpaksa bekerja dan solat di Masjid yang berdekatan dengan tempat Kerja.

Mohon rujuk kepada fakta bukan suratkhabar yang dimiliki oleh mana-mana pihak yang ada kepentingan. Maksud saya tidak perlu rujuk mana-mana akbar, buat kajian sendiri...



Ok . Itulah penjelasannya .  
:)